Wednesday, May 28, 2014

SOAL JAWAB - PERMASALAHAN ANAK LUAR NIKAH


SOALAN:

Salam. Maaf ganggu ustaz, nak tanya, sah ke perkahwinan wanita yang sedang hamil 6 bulan (luar nikah). Dia berkahwin dengan kekasih yang menghamilkan dia.

JAWAPAN:



1. Pasangan hendaklah bertaubat kepada Allah.
2. Sah pernikahan.
3. Jika wanita itu berkahwin dengan lelaki yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah si lelaki (setelah sah jadi suami) menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

SOALAN:

Status anak tu mcm mane ustaz? Dia di bin kan dengan ayah kandung dia ke mcm mane?

JAWAPAN:

Jika berdasarkan pendapat para ulama' secara umum, boleh dilihat sebagai berikut:-

1. Pertama;
1.1. Tidak dinasabkan (tidak di'bin'kan) kepada bapa anak luar nikah.
1.2. Mahram kepada bapanya.
1.3. Tidak berlaku hukum pewarisan antara keduanya. 
[Inilah qaul Jumhur]

2. Ke dua;
2.1. Tidak dinasabkan pada ayahnya.
2.2. Bukan mahram kepada ayahnya.
2.3. Tidak berlaku hukum faraidh. 
[Syafiiyyah]

3. Ke tiga;
3.1. Dinasabkan pada bapanya 
3.2. Tidak berlaku hukum pewarisan 
[Malikiyyah]

4. Ke empat;
4.1. Dinasabkan kepada bapanya secara syar’i 
4.2. Berlaku segala hukum seperti anak yang sah taraf juga.
[Ibn Taimiyyah]

Dari segi undang2 Malaysia:-

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA


Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
Anak dari keterlanjuran cinta atau anak luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak, hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.
Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf adalah menjadi tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.

Wallahu a'lam.

OLEH ; USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL AZIZ

-

 ~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

No comments: