Tuesday, April 22, 2014

KAITAN INSAN OKU ISTIMEWA DENGAN USTAZ AZHAR IDRUS


Beliau ini namanya Mohd. Farizal. Seorang pekerja stesen minyak di Masjid Tanah, Melaka.

Beliau adalah orang yang paling awal sampai di tapak program ‪#‎UAI140414‬ di Dataran Dakwah Kuala Sg Baru, 2 hari yang lalu. Beliau juga berpeluang duduk di atas pentas utama dari mula hingga ke hujung kuliah ‪#‎UAI‬.

Beliau juga antara yang bersungguh2 mengedarkan flyer kuliah di stesen minyak tempat dia bekerja.



Jam 6.30 pagi tadi, saya menunggu beliau untuk memberikan beliau tag petugas sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada beliau. Sungguh dia sangat bergembira dengan pemberian saya.

APA YANG ISTIMEWA NYER???

Istimewa nyer beliau ini adalah kerana dia insan yang PEKAK dan BISU. Tidak mampu mendengar sebagaimana kita mampu mendengar. Tak mampu bertutur sebagaimana kita bertutur. Namun dia tetap bersungguh2 mahu melihat sendiri Ustaz Azhar Idrus.

Sering saya memerhati beliau. Dia akan ketawa kalau orang sebelah dia ketawa. Mungkin beliau tidak dapat mendengar apa yang UAI ucapkan, lantas mengikut sahaja reaksi orang sekeliling.

Meletakkan diri ini di tempat beliau, terasa sgt berdosa. Apa gunanya pergi ke kuliah sedang aku tak boleh mendengar setiap butir kata sang murabbi? Apa gunanya ke kuliah sedang aku tak mampu menyampaikan ilmu kepada yang lain? Dan aku masih mahu mendengar kepada perkara maksiat fitnah dan umpatan. Masih mahu menutur perkara2 lagha dan sia2. Terasa beban dan kepenatan sepanjang program hilang dari bahu apabila melihat beliau bersungguh2 melihat kepada gerak bibir ustaz. Terasa usaha dan kerja keras menjayakan program ini amat2 berbaloi.






Semoga beliau memperoleh kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Dan semoga Allah, melindungi dan memudahkan urusan bagi diri nya. Amin...


sumber

-




~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

Apa Komen Anda?

No comments :