BISMILLAH
ASSALAMUALAIKUM
WMT WBR.
Sedikit
cacatan saya buat tatapan rakan-rakan dan pembaca yang dihormati.
Saya mengetuai
Team Doa yakni team sukarelawan da'wah kepada orang asli di bawah MAIS. Buat
masa ini, tumpuan banyak di berikan kepada Kampung Orang Asli Ulu Batu, Gombak
Selangor.
Setelah
mengikuti beberapa program bersama Orang Asli yang dijalankan oleh MAIS dan JAKOA,
saya merancang untuk menjalankan program ‘follow up’ ke kampung orang
asli. Atas nasihat ustaz, Kampung Orang
Asli Ulu Batulah tempat awal untuk kami menjalankan program kami.
Saya bersama
anak, pergi ke kampung tersebut untuk bertemu Tok Batin bagi memaklumkan
perkara tersebut. Setelah mendapat
persetujuan Tok Batin, saya mula
meninjau-ninjau kawasan kampung yang tidak berapa luas itu.
Anak-anak
yang pernah mengenali saya semasa program bersama MAIS terdahulu mengekori saya
berjalan dan meninjau keadaan sekeliling. Dengan
bantuan anak-anak kecil itu, saya mendapat sedikit sebanyak maklumat yang saya
perlukan untuk tindakan awal.
Dengan
berbekalkan medium facebook dan wassup, saya menyatakan hasrat untuk
menjalankan program tersebut yang bertemakan BIMBING DAN DA’WAH. Target awal saya hanya untuk anak-anak mereka
dahulu.
Alhamdulillah,
sambutan dari sukarelawan yang telah memberikan nama amat baik sekali, wang
ringgit dan tenaga dan dibantu pula oleh Rakan-rakan sekolah dalam reunion
sekolah, serta rakan-rakan facebook yang mengenali saya (yang tidak dapat
bersama tapi turut membantu), dengan menjadi sponsor makanan
dan kewangan, maka hasrat untuk menjayakan program tersebut telah dapat kami
jalankan. Walau mungkin tidak sebaik
mana, namun ianya mendapat sambutan yang amat baik dari anak-anak orang asli
dari kampung tersebut. Diharapkan usaha
kerdil dapat memberi sesuatu yang berguna untuk mereka.
Semasa
hendak pulang, anak-anak mengerumi dan bertanyakan bilakah kami akan datang lagi,
hampir menistis air mata saya kerana mereka sangat mesra dan mudah menyayangi
kerana mungkin dengan kehadiran kami mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru
dalam hidup mereka. Itu tanggapan saya.
Pada 20hb
April 2014 yang lalu, kami telah sekali lagi melakukan program BIMBING DAN DA'WAH untuk siri ke 2 di kampung tersebut.
Seperti sebelumnya, saya akan bungkuskan sedikit makanan, biskut atau
apa-apa yang dapat terkumpul untuk saya hantar rumah ke rumah kepada penduduk kampung. Tujuan saya supaya dapat lebih dekat untuk mengenali
penduduk kampung serta membina ukhuwah yang lebih mesra.
Pada
program BIMBING DAN DA'WAH kali ini, setelah pemerhatian yang lalu, saya telah
cuba membuka mulut untuk mengajak salah seorang ibu (beranak 2) dari rumah yang
diziarahi untuk turut serta hadir dalam program kami bagi belajar membaca
al-quran bermula dengan mengenali huruf Hijaiyyah.
Saya
tidak berapa yakin yang beliau akan datang, namun atas cubaan saya untuk
menjemput sedikit demi sedikit warga orang asli (yang dewasa) bagi bersama
program kami, maka saya meneruskan hasrat menjemput beliau. Kemudian rombongan kami
terus menziarahi dari pintu ke pintu yang berbaki untuk menyampaikan sedikit
buah tangan yang kami bawa.
Selesai
program ziarah tersebut saya bersama rombongan kembali ke surau dan saya amat
terkejut kerana ibu muda tadi telah ada didalam surau bersama dengan anak-anak
lain. Dia membisikkan, dia teringin untuk mendirikan solat, membuatkan air mata saya tergenang.
Hati saya
mengucapkan syukur dan sangat merasa terharu rupa-rupanya mereka ada keinginan
untuk mendalami Islam walaupun terpaksa belajar bermula dari membaca alif.. ba..
ta.. lagi, walaupun ketika ziarah yang saya lakukan tadi saya hampir tidak
percaya kerana masih ada dikalangan mereka yang tidak memahami apa
tanggungjawab mereka dalam Islam yang mereka terima untuk anuti.
Kehadiran
ibu muda tersebut membuatkan saya memanjatkan rasa syukur dan berdoa kehadrat ALLAH
agar diberi kemudahan dan pertolongan dalam kami meneruskan usaha kerdil ini
untuk membimbing mereka menjadi hamba ALLAH yang sebaik mungkin, agar ianya
menjadi tarikan kepada rakan sekampung yang masih lagi belum menerima hidayah ALLAH.
Pada sesi
akan datang, Insyaallah saya akan memberanikan diri untuk membuka mulut bagi
mengajak seorang dua lagi penduduk KAMPUNG ORANG ASLI ULU BATU untuk bersama
kami dalam Tarbiyah Awal yang mampu kami usahakan adapun setelah mereka
memiliki asas kesedaran mencintai dan ingin mengamalkan cara hidup Islam, maka
ilmu yang lebih mendalam wajar diteruskan oleh pihak yang berwajib yang lebih
layak dan lebih arif lagi.
“Ya ALLAH,
hanya sekadar ini ilmu dan kadar kemampuan kami untuk menyebarkan agamamu… Semuga
ianya mendapat keredhoan dan keberkatan-MU dan yang paling penting, KAU ampunilah
segala dosa-dosa kami yang telah kami perbuat.. Berilah kami kekuatan, Aamiin”
Tanpa rakan sukarelawan dan dermawan saya tidak akan mampu untuk melangkah meneruskan usaha kedil ini...
Kepada
pihak-pihak yang membantu saya ucapkan JAZAKALLAH dan hanya ALLAH yang dapat
membalasnya dengan sebaik-baik balasan.
Akan saya
coretkan titipan pengalaman saya lagi di masa akan datang…
Salah silap saya mohon kemaafan.
Miza shahar
Team
DOA
-
~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~
No comments:
Post a Comment