Thursday, February 20, 2014

FLOWER

KLIK untuk besarkan gambar


~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 

DUA TABIAT WANITA MEMBAWA KE NERAKA


Satu hari Nabi Muhammad SAW menyampaikan peringatan kepada sekumpulan wanita. "Assalamualaikum wahai wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka." Seorang wanita bangun lalu bertanya.."Apakah yang menyebabkan demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah menjawab. "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua TABIAT kamu yang tidak elok dan boleh menjerumus kan kamu ke neraka:

LUAHAN HATI ABAH


Abah tahu kamu sukakan seseorang. Hanya dengan mendapat satu pesanan ringkas sahaja sudah membuatkan kamu tersenyum lebar. Siapakah gerangan yang mencuri hati anak perempuan Abah? Hendak juga Abah tahu. Agaknya senyuman kamu itu manis seperti itu ataupun tidak sekiranya Abah yang menghantar pesanan ringkas itu?

PESANAN BUAT WANITA


PESAN BUAT WANITA

Abaikan saja jika ada laki-laki yang suka menyanjung fizikmu setinggi bintang di langit.

AMALAN MEMBACA 3 QUL SEBELUM TIDUR


Thursday, February 13, 2014

PESAN IBU - APA YANG KAMU 'UPDATE' ANAKKU ?

Suatu hari, ibu mendekati anaknya.

Ibu: "Boleh ibu bicara?"

Anak: "Boleh sangat ibu."

Ibu: "Tengah buat apa tu? Update fb-twitter ya?"

Anak: "Ya, bu."

Ibu: "Off-lah dulu fon dan laptop. Sekejap saja."

Si anak akur dengan suruhan ibunya. Dirasakan pelik sedikit ibunya pagi itu. Tertanya-tanya sendirian, 'aku ada buat salah ke?'

Ibu: "Orang yang paling mengenali kamu adalah ibu kamu sendiri, betul tak?"

Anak: "Benar, bu."

Tuesday, February 11, 2014

BELASUNGKAWA : ALMARHUM USTAZ PAK YAZID JAAFAR DALAM KENANGAN

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

" zaman enta mudah dah ustaz,,ke mana mana pergi orang PAS ada..ceramah pun ramai orang, zaman ana pemuda dulu, PAS ni dagang,,bergerak dengan duit semua sendiri... " ujarnya dengan penuh semangat dan penuh keterujaan mengimbau kembali nostalgia gerakan Islam era dekad 50an dan 60an.

" ana ceramah di kelantan,,dekat kubang kerian..orang tak ada,,,kena sorak lagi..baru mula ceramah,,pemuda tahan lasak sorak beramai-ramai " Pak Yazid mengimbau bongkah kenangan, termasuk era tangkapan ISA kepada ulama PAS di awal dekad 60an. PAS terus memberikan pencerahan kepada masyarakat, jatuh dan bangun seterusnya muncullah PAS sebagaimana yang tersergam hari ini.

Beliau mencicip air yang terhidang di Restoran Taqwa Taman Melewar Gombak, sesekali membetulkan tempat duduk dan memandang sekeliling dengan penuh bahagia. Ramai yang tersenyum dan mengangkat tangan ke arah sosok daie tersohor ini, dia murah senyuman dan tabiatnya yang mesra.

Ustaz Yazid terus bercerita , bersulam jenaka, kadang seolah perih mengenang teman-teman yang telah meninggalkan alam yang sementara ini. Saya melontar soalan demi soalan untuk megukuhkan maklumat kajian sarjana tentang 'Pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap perjuangan PAS' di tanahair ini. Sketsa ini berlangsung pada tahun 2002, usai ceramah umum di markas tarbiah taman melewar. Beliau sering hadir dalam ceramah-ceramah besar yang dianjurkan oleh parti, kehadirannya dihormati oleh semua abnaul harakah. Tidak pelik kerana Pak Yazid begitu lama terlibat dengan perjuangan PAS, beliau mantan ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Perak, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ketua Penerangan PAS Pusat dan lain-lain jawatan penting.

Sunday, February 9, 2014

ARKIB AKHBAR - HAIWAN PELIK DI TEMUI

Haiwan pelik ditemui
MOHD AZLIM ZAINURY
24 Julai 2013


Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya
di atas daun nipah di kawasan hutan
berdekatan Kampung Alor Tuman

MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

APA ITU DEMAM DENGGI?


Apa itu Demam Denggi?


Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Saturday, February 8, 2014

RINGKASAN PENGAJIAN KITAB MINHAJUL ABIDIN - USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL AZIZ

Ust Hisyamudin - Pengajian kitab Minhajul Abidin

Makna perkataan Al Abidin iaitu yang mengibadahi Allah. 

Minhaj pula Jalan2 atau cara-cara.

Minhajul Abidin- Jalan-jalan yang seharusnya ditempuh oleh hambanya kepada Allah SWT.

Imam Al Ghazali mengariskan 7 minhaj.

1. ILMU (Makrifat) - mesti sampai memakrifatkan Allah.
2. TAUBAT
3. RINTANGAN - Bila sudah kenal Allah maka pasti ada rintangan yang perlu ditempuh
4. GODAAN 
5. PENDORONG - Motivasi .
6. HINAAN
7. PUJI DAN SYUKUR

Sunday, February 2, 2014

JANGAN MARAH

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwasanya salah seorang laki-laki berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:



أوصنى قال : لا تغضب فردد مراراً قال لا تغضب .رواه البخارى 

' Berilah wasiat kepadaku.' Nabi bersabda:'Jangan marah.'Maka beliau mengulang-ulang:'Jangan marah'"(HR. al-Bukhari rahimahullah) 

Makna hadits 

Sabda beliau:(لا تغضب ) maknanya adalah: jangan engkau realisasikan kemarahanmu, dan larangan tersebut bukan kembali kepada sifat marah itu sendiri, karena sifat marah adalah tabiat manusia dan tidak mungkin bagi manusia untuk untuk menolak sifat itu. 

Dalam hadits yang lain:





جاء رجل إلى النبى ( صلى الله عليه وسلم ) فقال : يارسول الله : علمنى علماً يقربنى من الجنة ويبعدنى عن النار قال : لا تغضب ولك الجنة 

seorang laki-laki pernah mendatangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:'Wahai Rasulullah ajarkan kepadaku suatu ilmu yang mendekatkan aku ke Surga dan menjauhkan aku dari Neraka.'Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:'Jangan marah dan bagimu Surga. 

Faedah-faedah yang bisa dipetik dari hadits di atas: 

Saturday, February 1, 2014

Maksud Bacaan Antara 2 Sujud - DOA

Ketika melakukan duduk antara dua sujud itu, disunatkan membaca doa:


Maksudnya:
"YaTuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku,angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."

Adakah kita faham dan hayati do'a dan permohonan yang kita ucapkan dan kita meyakini bahawa Allah s.w.t akan menunaikan do'a dan permintaan kita?

Marilah sama-sama kita hayati tujuh do'a kita kepada Allah s.w.t.
Ya Tuhan! Kita bermunajat dan menyeru kepada Allah s.w.t.


Pertama : Ampunkanlah aku.


Black Cat