Saturday, February 8, 2014

RINGKASAN PENGAJIAN KITAB MINHAJUL ABIDIN - USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL AZIZ

Ust Hisyamudin - Pengajian kitab Minhajul Abidin

Makna perkataan Al Abidin iaitu yang mengibadahi Allah. 

Minhaj pula Jalan2 atau cara-cara.

Minhajul Abidin- Jalan-jalan yang seharusnya ditempuh oleh hambanya kepada Allah SWT.

Imam Al Ghazali mengariskan 7 minhaj.

1. ILMU (Makrifat) - mesti sampai memakrifatkan Allah.
2. TAUBAT
3. RINTANGAN - Bila sudah kenal Allah maka pasti ada rintangan yang perlu ditempuh
4. GODAAN 
5. PENDORONG - Motivasi .
6. HINAAN
7. PUJI DAN SYUKUR


ILMU 

- Ilmu dan amal(ibadat) saling berkait
- kita diminta merenung langit dan bumi agar beroleh ilmu tentang keagungan Allah SWT. Rujuk Surah At Talak Ayat 12.
- maka datanglah kewajiban mengibadahi Allah. Rujuk surah Az Zariyat ayat 56.

konsep ibadah dan amal
1. Ibadah Khusus
- Wajib
- Sunat
( ahli ibadah)
2. Ibadah Umum 
- Menegakkan Islam
( Mujahid)
- mencari nafkah 
(Pekerja)

- Seharusnya kita akan memusatkan hati dan fikiran hanya untuk ibadah dan ilmu 
- berfikir selain untuk ibadah dan ilmu adalah batil atau sesat

KERJA SEBAGAI SATU IBADAH
Bekerja mencari nafkah, bawa ke syurga dan syaratnya;
1. Pekerjaan yang harus hukumnya mengikut syariat
2. Membetulkan niat bekerja Ikhlas kerana Allah SWT
3. Tidak melanggar prinsip-prinsip syariah
4. Natijah pekerjaan mesti betul
5. Tidak meninggalkan ibadat-ibadat yang asas.

- Ilmu lebih utama daripada ibadah
*Sabda Rasulullah S.A.W daripada Imam tirmizi 
Sesungguhnya Orang berilmu itu lebih baik daripada orang yang beribadah.
- kisah 2 orang lelaki yang di uji. Lelaki pertama ialah lelaki yang tiada ilmu tetapi dia beribadah. Mahupun lelaki yang kedua , beliau berilmu akan tetapi tiada beribadat. Maka dua lelaki ini diuji dengan seorang penguji dengan keadaan rupa parasnya yang mengagumkan. Kemudian si penguji berka pada lelaki pertama " Wahai hambaku aku telah mengampunkan dosamu" lalu jawab lelaki itu "oh , itulah yang aku harapkan selama ini" . Kemudian penguji itu pergi ke pemuda yang kedua dan bertanya soalan yang sama kepada lelaki kedua tersebut, lalu jawab lelaki tersebut " engkau fikir aku tidak kenal tuhan?"

Rasulullah bersabda yang mafhumnya ; Melihat wajah ulamak lebih ku sukai daripada beribadah setahun puasa dan qiamulail
- Rasulullah juga bersabda dengan mafhumnya " adakah hendak aku tunjukkan kepada kamu orang yang paling mulia dalam syurga?", maka berkata sahabat " sudah tentu ya Rasulullah" maka rasulullah pun berkata "mereka adalah ulamak dikalangan ummatku" 
- sabda Rasulullah juga
"Ilmu itu adalah imam kepada amal, dan amal itu adalah pengikutnya"
- ilmu umpama pohon dan ibadat umpama buahnya.
- Hasan Al Basri berkata ; tuntutlah ilmu tanpa lalai dari ibadat dan beribadatlah tanpa lalai dari menuntut ilmu «nota sumber kata imam hasan basri ini tidak terdapat dalam kitab minhajul abidin yang diterjemahkan oleh Sheikh Daud Al Fathoni, ia terdapat dalam kitab imam al ghazali yang lain»

- Berasaskan ilmu, maka ibadah akan berhasil 
- kita mesti terlebih dahulu mengenal siapa yang kita sembah.
- menjadi sia-sia ibadat oleh seseorang yang mengiqtiqadkan sesuatu yang tidak layak bagi tuhan yang di ibadatinya
(Tanpa mengenalNya, boleh mengakibatkan su'ul khatimah)

Kategori Su'ul Khatimah
1. Rosaknya keyakinan kepada Allah bila mati (hati menjadi ragu dan tidak lagi mempercayai Allah dan paling besar bahayanya )
2. Rosaknya kecintaan kepada Allah (Cintakan dunia )

Di Dalam kitab Bahrul Mazi terdapat nas yang menyatakan solat sunat boleh dilaksanakan dalam keadaan berjemaah, hadis ini disebutkan dalam bab susunan saf. Mohon sama kita rujuk.

Mutiara kata yang dapat dipetik daripada Al Fadhil Ustaz
- kena letih untuk ilmu dan ibadah
- Niat yang baik, tak boleh ditangguhkan
- kita akan mati seperti mana yang kita hidup 

Sekian di notakan.
Perkongsian Bersama . Maaf, tidak dapat sertakan matan hadis kerna handset tidak ada format arabic.

-

SIMPANAN - SUMBER


-

No comments: