Tuesday, December 3, 2013

ORANG PEREMPUAN TAK BOLEH PANJAT POKOK KELAPA??

Dulu jika bergaduh dengan budak perempuan, budak lelaki akan kata “awak boleh panjat kelapa ke??”  Memang panjang pokok kelapa kalau tak ada takok (tempat letak kaki) berjelir lidah dibuatnya untuk memanjatnya!!!

Masa naik ok lagi, tapi kalau turun? Kena buat stail turun lif.. (lepas tangan, hanya pegang slow-slow, dan kaki turut kawal) jawabnya nelas (tergelumpas) dada.  Ini yang perempuan tak boleh buat!!!!


Tapi di  Kampung Kubang Pekan, Kuala Kangsar, Zabedah Mansor yang juga Ibu Tunggal menggunakan kudrat empat keratnya sejak 43 tahun lalu bagi memetik buah kelapa untuk dia memperoleh pendapatan antara RM40 dan RM50 sehari dengan memanjat sendiri tanpa bantuan beruk!

“Saya mula mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun dan hanya mengambil masa dua minit untuk sampai ke puncak pokok.”

“Malah, saya juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan dan duku untuk memetik buahnya dengan tangan,”


Zabedah berkata, dia mampu memanjat antara 10 dan 15 pokok kelapa sehari dan menerima upah antara RM5 dan RM10 bergantung kepada ketinggian pokok yang dipanjat.

Ulasan ;

Jangan memandang perempuan dengan sebelah mata.
Kerana desakan hidup, manusia akan melakukan apa yang orang lain tidak mungkin mempercayainya.
ITULAH PENGORBANAN SEORANG IBU…


sumber - tranungkite


No comments: