Monday, December 2, 2013

KISAH ORANG GILA BERAMBUT PANJANG



Seorang pemuda yang beriman telah pergi melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai Athies dan Free Thinkers.

Pemuda tersebut tertarik dengan fesyen-fesyen rambut beberapa pemuda lelaki di bandar tersebut. Dia ingin mengikut fesyen rambut mereka. Maka diapun, masuk ke salah satu kedai gunting yang berdekatan.

Kebetulan, tukang gunting tersebut seorang yang sangat fasih berbahasa English dan amat peramah. Sambil menggunting rambut mereka berdua pun berbual-bual. Banyak perkara yang dibualkan termasuk tukang gunting bertanya apa agama pemuda tersebut.


Setelah mengetahui pemuda itu beragama islam, tukang gunting tersebut telah mengambil kesempatan untuk bertanya tentang Islam, tujuannya bukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam, tetapi lebih untuk menimbulkan rasa sangsi pemuda tersebut terhadap Islam.

Tukang gunting berkata :

"Sebenarnya TUHAN tidak ada. Kalau TUHAN ada tidak mungkin dunia ini tidak aman.  Banyak sekali jenayah, gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya. Walhal, umat Islamlah yang paling banyak mendapat bencana seperti peperangan, kebuluran, kemunduran dan sebagainya".

Pemuda itu hanya diam. Pening juga bagaimana hendak memberikan penjelasan kembali.

Tambah tukang gunting itu lagi...

"Sebab itulah kami di sini tidak menganut sebarang agama. Kami beranggapan bahawa TUHAN itu TIADA". Kamu lihat negara kami lebih aman dan makmur berbanding dengan sesetengah negara Islam".

Pemuda tadi terus membisu, jam ditangannya dirasakan teramat lambat berputar.  Namun di dalam hatinya berdoa semoga Allah membantunya agar diberikan hikmat ilmu untuk menjawab tuduhan tukang gunting tersebut.

Tukang gunting dengan senyum sinis semakin galak menerangkan tentang kehebatan dan kemakmuran negaranya yang tidak percayakan wujudnya TUHAN.  Selesai saja menggungting rambut, pemuda tadi terus membayar upahnya. Dia bergegas keluar.

Baru saja dia hendak membuka pintu kedai gunting tersebut, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki peminta sedekah yang berpakain lusuh, kotor dan rambutnya panjang tidak terurus sedang berjalan di hadapan kedai tersebut. Lalu datanglah pertolongan Allah...
Maka pemuda tadi mendapat idea...

Dia tidak jadi keluar dari kedai dan terus menoleh kepada tukang gunting sambil berkata ;

"Sebenarnya, di dunia ini semuanya ada... termasuklah adanya ALLAH Tuhan sekelian alam. Kecuali satu perkara sahaja yang tidak ada di dunia ini"

Terkejut tukang gunting tadi..  lalu bertanya;

"Apakah satu perkara yang tidak terdapat di dunia ini?"

Dengan tenang dan selamba pemuda tadi menjawab : "TUKANG GUNTING"

Kata tukang gunting dengan penuh emosinal : "Bukankah kamu yang bergunting dengan saya tadi"

Pemuda itu membalas :

"kalau ada tukang gunting di dunia ini.. tidak mungkin peminta sedekah itu berambut panjang"

Jawab tukang gunting tersebut :

"Itu salah dia. Kalau dia datang mendapatkan saya, tentu saya guntingkan rambutnya."

Kemudian pemuda itu berkata :

"Begitulah juga dengan masalah dunia sekarang. Allah sebagai TUHAN itu ada, bukannya TIADA. Itu semua salah manusia. Kalau mereka mengadu atau meminta pertolongan kepada Allah, tentu semua masalah itu akan selesai".

Pemuda itu menambah.

"Ini tidak, lari dari Allah sebagai TUHAN, malah sesetengahnya menganggap TIADA TUHAN"

Tukang gunting itu terlopong dan tunduk malu. Niatnya untuk mengenakan pemuda tadi nampaknya tidak berjaya, sebaliknya dia yang terpukul oleh perbandingan yang dikemukakan pemuda tadi...

Kemudian pemuda tadi terus keluar.

KESIMPULAN ;

Kenapakah Allah memberi (orang Islam yang beriman) dengan pelbagai ujian seperti gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya?.

Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 214 ;



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Wallahua'lam


http://oaa-microsystem06.blogspot.com/p/tawan-iklan-di-blog-atau-you-tube.html






No comments: