Sekumpulan
wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa
disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada
wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka
menyuarakan persoalan masing-masing.
Keluhan
wanita pertama:
"Aduh, situ
tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni.
Apasal
laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan
atas bawah depan belakang.”
Keluhan
wanita kedua:
“Kenapa la
kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami
nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kami takpe pulak.”
Keluhan
wanita ketiga:
“Jika kita
ikut faraid, ikut surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita Sebab bahagian
harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki
dapat. Itukah keadilan?”
Keluhan
wanita keempat:
“Kenapa
Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami
kita senang saja, masa buat anak cari kita, masa nak beranak kita yang tanggung
sendiri!”
Keluhan
wanita kelima:
“Islam kata
kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu
taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan
wanita keenam:
“Bila nak
cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan
suaminya? Kenapa?”
Keluhan
wanita ketujuh:
“Wanita
takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat
dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu
kena ganti pulak”.
Kemudian
datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya mengapa mereka mengomel
tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal
dengan soalan-soalan diatas, lelaki itu
lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya menjawab setiap satu
daripadanya.
Pada wanita
pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik,
Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik, kan? Emas dan
permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang,
sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan
perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan
tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak
dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda
untuk seorang lelaki.
Pada wanita
kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang,
isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu
wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia
sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa
anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa
yang anda lakukan.”
Pada wanita
ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar
wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu
menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia
mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu
membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia
ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”
Pada wanita
keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah
dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap
kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat.
Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan
anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.”
Pada wanita
kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat
nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas
empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan
adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan
dibantu oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda,
anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”
Pada wanita
keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak
beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w. lebih suka
wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu
beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk
sebarang pintu syurga yang anda sukai tanpa perlu susah payah. Ya, dah la
syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan…….taat pada suami anda. Itu
saja.”
Pada wanita
ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya,
seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan
suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut
menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu.”
Kemudian
lelaki itu bertanya mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai
kaum hawa?”
Wanita-wanita
tadi menangis dan salah seorangnya berkata,
“MasyaAllah,
sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka
yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Allah yang
menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia,
sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
“Dan
barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (
pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.” [al
Baqarah, 216]
Jadilah
Muslimah Acuan Al-Quran
credit - khairulabdulhalim
No comments:
Post a Comment