UBAT itu PAHIT..!
Oleh itu sudah tentu ramai yang tidak suka makan ubat
Tapi ubat itu menyembuhkan dengan izin ALLAH SWT jika berusaha dan berikhtiar memakannya...! Tanpa iktiar dan doa, bagaimana Allah akan menyembuhkan penyakit seseorang itu.
Begitulah juga ada sesetengah perkara kita tidak suka contohnya seperti memakan ubat ketika sedang sakit, kerana sudah tentu ubat itu pahit !
Manalah ada ubat yang sedap kan ?
Maka sama jugalah dengan mendengar ceramah untuk menuntut ilmu...
Ramai yang tidak suka mendengar ceramah namun sedarilah ianya penting untuk ubat hati kita yang sedang sakit...
Banyak melakukan dosa dan maksiat adalah berpunca dari hati yang sakit...
oleh itu, ubati penyakit hati dengan memperbanyakkan ilmu dengan mendengar ceramah dan majlis-majlis ilmu yang lain...
Dalam pada masa yang sama, tinggalkan maksiat dan dosa kerana antara penghalang ilmu masuk kedalam hati ialah dosa dan maksiat...
Sakit tubuh badan boleh menyebabkan kematian jika di biarkan tanpa usaha dan ikhtiar untuk berubat...
Sakit hati akan menyebabkan hidup kita tak tentu arah dan sering hidup dalam ketakutan dan rasa bersalah yang akhirnya boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan dalam hidup...
Dengan hati yang sakit, seseorang itu boleh membawa seseorang itu kepada tidakan membunuh kerana cinta, dadah, samun atau sebagainya...
Akhirnya bukankah ianya akan ke tali gantung jua... kematian...
Ubatlah sakit pada tubuh anggota kita...
Ubatlah hati kita yang sedang sakit...
Semuga Allah memberkati kita semua...
Ceramah Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz boleh didapati di laman Youtube bertajuk Lagu Syaitan - Sekolah Menengah Convent Jalan Peel - KLIK
Semuga Allah memberkati dan memberi kesihatan dalam kita menjalani hidup ini untuk mencari redha Allah
No comments:
Post a Comment