Tuesday, September 24, 2013

Putik Bunga Raya -berbuah seakan rambutan

 
Siti Aminah (kanan) bersama keluarganya melihat putik bunga raya itu yang seakan rambutan.


Putik sekaan rambutan ini tumbuh dari pokok bunga raya

BALING - Penduduk sekitar Taman Sheikh Fadzir terkejut setelah mendapati pokok bunga raya milik seorang penduduk di situ, mengeluarkan buah seakan rambutan.

Pemilik pokok, Siti Aminah Jusof, 47 berkata, pokok bunga raya itu memiliki tiga putik pelik seakan rambutan.


Menurutnya, kejadian itu disedari sejak sebulan lalu apabila menyangka terdapat pihak tertentu meletakkan rambutan di atas pokok bunga rayanya itu.

“Pada mulanya, saya ingat orang baling buah rambutan, saya pun cuba alihkan, tetapi, rupanya buah itu memang tumbuh dari pokok tersebut.
Mula-mula sebiji, selepas beberapa minggu tumbuh lagi dua biji,” 

kata ibu enam anak ini.

Menurutnya, penduduk yang melihat kejadian itu berasa aneh kerana mereka belum pernah lihat bunga raya mengeluarkan putik sedemikian rupa.
 

“Ramai yang ambil gambar, sebab mereka tak pernah tengok, ada juga yang minta, tapi saya tak bagi".
 “Saya nak biar sampai buah seakan rambutan itu masak, kemudian saya nak tengok apa di dalamnya. Kalau isi rambutan, memang pelik,”

katanya.
 

Ditanya mengenai benih bunga rayanya itu, Siti Aminah berkata, benih itu diperoleh daripada jirannya tiga tahun lalu.
 

“Benih bunga ini yang biasa, tak ada yang beza. Sebab itu saya hairan bagaimana bunga ini keluarkan putik seperti rambutan,” 

katanya.

SUMBER - SIHAR HARIAN



Apa Komen Anda?

No comments :