Monday, September 23, 2013

Cintailah Ilmu Sebelum Kita Dicintai Orang Lain


Cintailah Ilmu Sebelum Kita Dicintai Orang Lain

(Nasihat utk putera-puteriku) dari ;


Rakan-rakan Fb dan sahabat-sahabat yang dimuliakan.


Marilah sama-sama kita sentiasa mempertingkatkan kualiti diri kita (ihsan) dengan ilmu, kefahaman dan amal ibadah. Dengan bertambah ilmu dan kefahaman yang kita lebih mengenali Allah Swt, Yang Maha Berkuasa, Maha Mencipta dan Maha Mengetahui, dan juga menambah ketaatan kita kepada-Nya serta mencintai Rasul-Nya dan agama yang dibawanya, insyaAllah kita akan menyerlahkan diri kita dalam dakwah. Dakwah yang paling berkesan adalah melalui persiapan dan peningkatan ilmu, kefahaman dan amal ibadah para da’inya. Agar jiwa ini mendapatkan kemuliaan dari Allah Swt. kerana menjadi insan yang bermanfaat bagi dirinya dan ummah.

Berkata Imam Syafei : 



"Wahai saudaraku! Dikau tidak akan dapat menguasai sesuatu ilmu melainkan setelah terhimpun padamu enam perkara : 
1. Kecerdikan 
2. Tamakan ilmu 
3. Kesungguhan 
4. Perbelanjaan 
5. Bimbingan guru 
6. Masa yang panjang"



Antara kata-katanya yang masyhur ialah:
* Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadah sunat
Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu
* Ibadat yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah menuntut ilmu.
* Hiasan ilmu ialah wara' dan lemah lembut
* Ilmu yang sebenar bukannya yang dihafaz tetapi yang memberi manfaat
* Perdebatan dalam ilmu mengeraskan hati dan menimbulkan dendam

Nasihat Lokman al-Hakim:


Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.



No comments: