Saturday, September 14, 2013

MENANGISI NASIB PENCURI

Lukmanul Hakim menceritakan ;

Suatu masa dahulu terdapat seorang ulama' terkenal bernama Ali bin Fadhil. Beliau amat disayangi umat Islam di zamannya kerana tidak mempedulikan kemewahan serta kebesaran dunia. 

Suatu hari, dia telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Sedang Ali bin Fadhil melakukan tawaf, seorang pencuri telah mencuri dompetnya. Beliau tidak menyedarinya sehinggalah selesai menunaikan tawaf. 
Bagaimanapun, peristiwa itu dia menerimanya dengan tenang seolah-olah tidak berlaku apa-apa terhadap dirinya. Ini menyebabkan bapanya berasa pelik. 

Tidak lama kemudian, Ali tiba-tiba termenung dan kemudiannya menangis teresak-esak. Hairan dengan sikap anaknya itu, bapanya pun bertanya ;
"Wahai anakku, adakah engkau menangis kerana kehilangan dompet itu?"
Di jawab Ali
"Tidak, ayah. Apalah yang hendak di tangiskan kerana ia sudah ditakdirkan ALLAH." 
"Jadi kenapa engkau menangis?"
tanya bapanya lagi, lantas Ali menjawab ;
"Saya menangis kerana kasihan mengenangkan nasib pencuri itu. Apalah yang akan terjadi kepadanya nanti kerana dia tidak akan berupaya untuk membela perbuatannya itu apabila berhadapan dengan ALLAH kelak." 

kiriman - Farah Ana

No comments: