Saturday, September 28, 2013

KISAH WANG RM 1 (SERINGGIT) DAN RM100 (SERATUS)


Wang RM 100 dan RM1.00 sama-sama dicetak dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar dimasyarakat.

Empat bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja didalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah 'percakapan'.

Yang RM100 bertanya kepada
RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1.00 menjawab, "Ke merata aku pergi selepas aku keluar dari Bank. Aku terus ditangan orang-orang bawahan dari pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis"

Lalu RM1.00 bertanya balik kepada RM100,"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"



Dijawabnya RM 100, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, dan aku singgah di restoran mahal, di mall dan juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lagi,
"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Jawab RM 100, " Tidak pernah"

RM 1.00 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 kerana sombong dengan kehebatan dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan...

Credit: Virtual Friends

Begitulah perumpaan yang cuba disampaikan.. Kalau nak bersedekah ke, rasa cam besar jerk duit tu untuk disedekahkan.. Tapi, kalau nak ke shopping complex, tak kisah habis beratus-ratus pun, sanggup jugak.. Huhuhu.. Nasihat ni pun untuk diri aku dan kalian juga.. Renung-renungkan dan selamat beramal!! :)

KLIK UNTUK SUMBANGAN PENGENDALIAN BLOK YANG DIKENDALIKAN OLEH WARGA OKU

No comments: