Tuesday, September 10, 2013

Kereta OKU 1 Malaysia




Bilalah agaknya nak di lancarkan
kereta OKU 1 Malaysia ni?

Pergerakkan dan perjalanan ni
1 mende yang penting untuk sesuatu
urusan bagi meneruskan kehidupan
sebagai rakyat yang sejahtera didalam
negara 1 Malaysia yang aman damai ini...

Mungkin ianya bukan masalah besar bagi
orang yang sihat dan ada sebahagian OKU
yang lain, namun ianya tidak bagi aku...

Sebabnya ada oku yang boleh naik turun
kereta dengan sendiri tanpa bantuan
orang lain... (macam ni - KLIK)  mungkin kerana tangan
mereka kuat, atau ada cara untuk mereka
naik turun kereta... pun merasakan ini
bukan masalah besar dan kenapa
tak bersyukur dan bising-bising...
Suara OKU ini mewakili pihak-pihak
yang merasakan OKU macam aku
sengaja mengada-ngada nak tuntut
itu, ini... OKU macam ni yang selalu
langsi...

aku kalau nak naik kereta, kena ada
2 orang "bodybuilder" yang kena "eskot"
aku, barulah aku boleh pegi kemana-mana
tempat yang diminta aku pergi kepadanya.

nak di jadikan al-kisah, pada 4 september
2013 aku dipanggil ke baitulmal untuk
temuduga bantuan baitulmal yang akan
tamat pada oktober 2013

aku pon telipon mobiliti... 
sekali tak ada kekosongan,
maklumlah... 6 7 biji van mobiliti
nak kena bawak OKU sekitar KL dan Selangor...

anak aku yang kerja opis tu pulak tak boleh
cuti... aku pun pening.. jadi aku telefon
ustazah baitulmal tu, alhamdulillah dia bagi
can anjak temuduga tu pada 12 september 2013

yang nak aku bagitau ialah nak order mobiliti
sekarang dah memerlukan seminggu atau 10 hari
sebelum.. surat sampai kadang-kadang lewat ada
ada mase 3 4 hari je sebelumnya.. macam mana
nak dapat gunakan perkhidmatan mobiliti tu..

sepatutnya, kerajaan yang memerintah buatlah
perkhidmatan macam ni.. tak kirelah melalui
DBKL ke, kementerian pengangkutan ke, 
kementerian kerja raya ke... kementerian
pendidikan tinggi ke... kementerian pertahanan
ke... atau apa-apa kemeterian yang ada...

pastu bagilah... apa namani... apa namani...
lupe pulak istilah tu, jap nak google...

haaa.. bagilah subsidi kat perkhidmatan mobiliti
untuk OKU tu.. disamping OKU membayar juga
sedikit dari perkhidmatan itu macam apa
yang mobiliti lakukan...

atau mintaklah tajaan mana-mana pihak macam
mase bawak k-pop dengan psy gangnam dulu..
buat hiburan boleh !!! takkan nak hiburkan hati
golongan OKU yang macam aku tak boleh ?

barulah aman dunia..
doakan mobiliti tak rosak pada
tarikh itu untuk membawa aku
kepadanya...

ok... salam



No comments: