Bila ibubapa suka mencaci
Anak belajar mengeji
Anak belajar mengeji
Bila ibubapa suka memperli
Anak belajar jadi pendengki
Bila ibubapa suka bergaduh
Anak belajar bermusuh
Anak belajar bermusuh
Bila ibubapa mungkir janji
Anak belajar menipu diri
Anak belajar menipu diri
Bila ibubapa hidup ternoda
Anak belajar hidup tersiksa
Bila ibubapa bertikam lidah
Anak belajar sumpah seranah
Bila ibubapa selalu membenci
Anak belajar bersifat irihati
Bila ibubapa suka memarahi
Anak belajar memaki
Bila ibubapa bertimbangrasa
Anak belajar menjadi dewasa
Bila ibubapa memberi galakan
Anak belajar mara ke hadapan
Bila ibubapa selalu mengkagumi/menghargai
Anak belajar menghormati
Bila ibubapa selalu menyakini
Anak belajar bersikap berdikari
BILA IBUBAPA YANG BAlK TELAH BERSEMADI
ANAK SELALU BERBUDI PEKERTI
No comments:
Post a Comment