Tuesday, September 17, 2013

Alkisah Temuduga Pembantu Pejabat


Sukri sedang menggangur dan pergi ke kota mencari pekerjaan. Setibanya di kota, Sukri membeli sebuah akhbar dan mula mencari kerja. Terdapat satu syarikat besar berdekatan dengan rumah sewa kawannya ingin mencari pembantu syarikat.

Ketika ditemuduga, majikan menyuruh Sukri melap tingkap dan menghantar surat ke satu tempat berdekatan sebagai ujian.

Selesai dua tugas itu dengan cemerlang, majikan terus memberitahu Sukri bahawa beliau telah digaji.
“Ada emel tak?” tanya majikan itu.

“Maaf. Saya tidak pernah miliki komputer. Oleh itu saya tiada emel,” jawab Sukri.

“Maafkan kami. Jika kamu tak ada emel bermaksud kamu tak layak. Dan disebabkan itu kamu tidak boleh menggaji kamu,” kata majikan tersebut.

Sukri meninggalkan temuduga itu dengan perasaan penuh hampa. Di dalam poket Sukri hanya ada RM10.

Dalam perjalanan balik ke rumah sewa kawannya, Sukri telah pergi ke pasaraya dan menggunakan semua duitnya untuk membeli bawang yang dijual pada harga diskaun.

Guni bawang itu kemudian dibawa Sukri dan dijualnya pintu ke pintu. Sukri buat tanpa fikir kerana inilah jalan terakhirnya.

Tidak disangka setelah 3 jam berusaha, Sukri telah berjaya menjual semua bawang yang dibelinya dan mendapat hasil RM50.

“Aku boleh hidup macam ini… kalau aku rajin buat tiga empat kali setiap hari, aku boleh hidup,” bisik Sukri di hatinya setelah melihat kejayaannya untuk untung RM40.
Bermula daripada hari itu, Sukri terus berusaha dan duit yang ada di tangannya telah berlipat ganda.

7 tahun kemudian, Sukri kini menjadi pembekal makanan terbesar di negerinya. Dengan duit yang ada, Sukri kini ingin melabur untuk kesejahteraan masa depan keluarganya.

“Abang ada emel?” tanya Norhayati seorang broker insuran dan hartanah.

“Tak ada,” jawab Sukri dengan selamba.

“Abang tak ada emel, dan abang mampu membina bisnes sehebat ini. Bayangkan apa yang abang dapat capai sekiranya abang ada emel,” kata Norhayati lagi.

Sukri memikirkan soalan Norhayati sejenak lalu bersenyum…

“Kalau saya ada emel, kini mungkin saya sekarang ini hanyalah seorang ofis boy,” kata Sukri sambil ketawa yang tidak difahami Norhayati.

Wahai anakku,
Yakinlah bahawa Allah telah menetapkan rezekimu, dan asalkan kamu rajin dan berusaha, sesungguhnya tiada jalan buntu di dunia ini.

Senyum







IKLANKAN PENIAGAAN ANDA SAMBIL MENDERMA UNTUK WARGA OKU - KLIK

1 comment:

Irfa said...

betul tu..hendaklah kita bersangka baik dgn Allah