Walaupun bergelar OKU, namun Roslan mempunyai kelebihan dalam menyuarakan sesuatu yang ingin di kongsikan buat Insan-insan yang tak pernah jemu membaca apa juga yang boleh mencanai minda agar terus berfikir dan terus berfikir.
Jadi, pada kawan-kawan yang punya kelebihan, bolehlah dapatkan ANTOLOGI TAJAM FATAMORGANA ini.
hubungi ROSLAN di Facebooknya di KLIK SINI
Atau hubungi saya di talian 012 555 0546 - Omar
Salah satu puisinya bertajuk TERBAKAR SUKMA yang telah disiarkan di radio SalamFM ;
TERBAKAR SUKMA
bahasa rasa
titipan jiwa
puja dan doa
dinyata dan diabstrak
dipercik api terbakar sukma
bemulalah rahsia pemuja
ayu bukan rupa
manis tak terasa
madu yang bertuan
bahang menyentuh sukma
cinta yang maknawi
sesudah mimpi itu
aku kunci mulutku
takkan bersuara
angin,alam dan hati
biarlah jadi serasi
kerananya ku perah puisi
ku jadikkan air dingin
ku minum sambil bermadikan asap setanggi
dengan maksud suci hakiki
sayang bukan cinta
kasih bukan dendam
satu yang tak terpandang
hangus kalau terpegang
terbakar sukma
berasapkan bicara
kalam rasaku yang berahsia
padaMU
satu doa ku
biarilah satu itu jadi pinjaman ku
untuk secalit rindu.
NUKILAN ; SAHABAT OKU FIZIKAL - ROSLAN SYARIFF
LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR
Link-link untuk mengenali Roslan dengan lebih dekat ;
1 - KLIK
2 - KLIK
No comments:
Post a Comment