Sunday, January 3, 2021

JANGAN TINGGAL ZIKIR SEKALIPUN TIDAK KHUSYUK

 


Soalan :

Assalamualaikum Datuk Mufti,

Nak tanya, apakah hukum sekiranya seseorang itu berzikir tetapi hatinya lalai seperti dia ingat kepada perkara lain dan apakah hukumnya sekiranya kita berzikir tetapi tidak tahu maknanya? Terima kasih.

Jawapan :

Berzikir dalam keadaan lalai lebih baik daripada tidak berzikir langsung. Berkata Syeikh Ibn Ataillah al-Iskandari Rahimahullah:

لا تترك الذكر لعدم حضورك مع الله فيه لأن غفلتك عن وجود ذكره أشد من غفلتك في وجود ذكره فعسى أن يرفعك من ذكر مع وجود غفلة إلى ذكر مع وجود يقظة

Maksudnya: “Janganlah engkau tinggalkan zikir hanya kerana gagar menghadirkan hati bersama Allah ketika berzikir, kerana lalai daripada berzikir berlebih bahaya daripada lalai ketika berzikir. Mudah-mudahan (kerana sebab itu) Allah akan mengangkat darjatmu daripada berzikir yang lalai kepada zikir yang sedar”. Rujuk Syarah Hikam al-Ataiyyah hal. 55

Contohnya, seseorang yang berzikir kalimah tayyibah (لا إله إلا الله) sebanyak 100 kali. Jika hatinya mula dengan lalai, mungkin sahaja pada kali ke-89, Allah campakkan kesedaran dan hadir hati. Ini lebih baik daripada tidak berzikir langsung. Asalnya, seseorang yang berzikir itu tetap beroleh pahala walaupun tidak mengetahui maknanya, tetapi adalah lebih baik dan meninggalkan kesan pada hati, jika kita dapat mengkaji makna dan menghayatinya.

Daripada Jabir bin Abdullah RA, sabda Rasulullah SAW:

أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Maksudnya: Sebaik-baik zikir ialah Lā`ilāha`illāLlāh (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah).

Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain.

Wallahua`lam.

sumber :
Jangan Tinggal Zikir Sekalipun Tidak Khusyuk
Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 04 Februari 2016
Al Kafi li al-Fatawi
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 177 (4 FEBRUARI 2016 / 25 RABIULAKHIR 1437 H)


Infak Asnaf OKU bagi membantu Pengurusan Projek OKU Jom Ngaji ;

Nama : Omar bin Abdul Aziz
Akaun No : 141 022 989 660 9404
Bank : BSN

Apa-apa kemusykilan atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya di talian 0125550546 (omar)

Terima kasih dari ;
Omar Abdul Aziz

No comments: