Sunday, August 24, 2014

HARI JADI DIA... AKU MINTAK HADIAH... AKU DAPAT ! ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum.

Seronoknya aku dapat lukisan yang cantik dari kartunis yang amat baik hati.

Sebenarnya ketika buka Facebook, terlihat notification bahawa hari ini adalah hari jadi Tuan Azman MatNoh...



Semenjak dua menjak ni, aku memang malas nak ucap hari jadi kawan-kawan dalam Facebook, bukan apa... kerja akupun banyak yang tak jadi-jadi, jadi nak ucap selamat hari jadipun, aku jadi malas. Tetapi kerana hormatkan Tuan Azman MatNoh ni, akupun hartarlah jugak ucapan bergambar... bukan ada kata-katapon...




Pastu aku tertengok gambo profil dia yang dilukis oleh salah sorang rakannya... maka aku dengan muka tak malu mintak dia tolong lukiskan untuk aku satu gambar macam tu... sebab, ni cakap mesjid ni... aku memang tak pandai melukis... haha

Aku tidak menaroh harapan, kerana aku tahu, lukisan adalah salah satu bahan perniagaan, dan aku mintak pree je... 

Akupon menyambong balik buat video BELAJAR INSTALL WINDOWS 7 yang telah lama diminta rakan pesbukku juga... nama pesbuknya Budak Udoh dan nama sebenarnya, rahsia.

Aku dah amik lama dah duit dia, tapi kerja tak jadi-jadi...

Otak aku pening semenjak ABAH aku sakit.. nak pegi tengok selalu, paham-pahamlah, aku susah naik turun kereta.


Namun, aku bukak software nak buat video tu, aku tenong dengan kepala yang kosong... aku selawat banyak2 dan baca ;


Alhamdulillah, akhirnya dapat idea nak buat video tu balik, pasal yang dulu harddisknya dah rosak... jadi kena buat lain.

Jadi u-turn balik pada cerita tadi, akupon meneruskan kerja-kerja buat video BEJALAR INSTALL WINDOWS 7 tu balik, tanpa menaroh ape-ape harapan.

Tetiber je dengar bunyi dekat corong speaker aku seperti ada yang menghantar komen.  Akupon setop buat video tu kejap dan pergi meninjau-ninjau Facebook aku balik...

Aku terkejot gilerr bila tengok, Tuan Azman MatNoh dah siapkan lukisan muke aku yang kacak gilerr ni...



Lama aku senyum dan rasa terharu sangat atas budi yang telah diberikan oleh Tuan yang berhati mulia itu...

JAZAKALLAH TUAN...



~Omar Abdul Aziz~





No comments: