Sahabat-sahabatku
sekalian, bacalah sejenak..
Diriwayatkan bahawa
:
Apabila penghuni
Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat
mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia, mereka pun bertanya tentang sahabat mereka
kepada Allah :
"Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia yang solat bersama
kami, puasa bersama kami dan berjuang
bersama kami."
Maka Allah
berfirman :
"Pergilah kamu
ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman
walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak
dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri
berkata : "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki
Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah
berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis :
"Jika kalian
tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya
kepada Allah tentang aku :
"Wahai Rabb
Kami..
Hamba-Mu si fulan,
sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.. Maka masukkanlah dia bersama NANTI di
Syurga-Mu"
SAUDARA-SAUDARA ku..
Mudah-mudahan dengan
ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat
besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ.
يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Ya Allah
Aku Memohon
kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat
yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah
PERSAUDARAAN kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa
ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga & jalan-jalan
kebaikan.
WAHAI SAUDARAKU
SEKELIAN
JANGAN LUPA
BERTANYA TENTANGKU NANTI...
JIKA AKU TIADA DI
SYURGA NANTI
Pesanan dari Tuan
Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
No comments:
Post a Comment