Thursday, December 5, 2013

PADAMKAN LAMPU TIDURMU - LIRIK



5 Disember 2013,  Seorang anak remaja perempuan, menyapa di ruang mesej di FB yang antaranya tertulis ;

"salam..sy terjumpa youtube yg uncle upload kt youtube lps tuh baca blog uncle..da agak lama..then baru2 nih try cri fb uncle ada..tuh yg add..harap x mngapa..btw terima kasih share entry baru tuh..terkejut sy..subhanallah jerniah air tuh..sy org kuantan uma mak pon banjir..dorg duduk uma abg..keep the good effort ya uncle..will always support u :)"
Akupun menjawab mesej anak tersebut dengan ucapan terima kasih dan sebagainya.



Dengan sapaan anak ini, aku teringat kepada janjiku dengan seorang anak remaja lelaki yang pernah menelefonku sebelum peperiksaan SPM.  Jenuh aku memunggah senarai yang ada, untuk mencari nombornya kembali, malangnya nombornya telah terkeluar dari senaria panggilan yang tersenarai di HPku...

Apa yang menyebabkan aku teringat kepada remaja tersebut, kerana 'janji' yang aku terlupa tunaikan dek kerana kesibukan beberapa perkara yang sengaja aku sibukkan.


Setelah memberi dan menjawab salam, antara perbualannya yang masih aku ingat-ingat lupa ;

"saya selalu mengikuti perkembangan pakcik..."
"saya selalu dok tengok video yang pakcik edit..."

dan antara kata-katanya yang aku tidak boleh lupakan ;

"pakcik, saya selalu doakan pakcik, semuga pakcik boleh jalan balik noooo..."
(dalam loghat kedah atau pulau pinang)

"Ya ALLAH... baiknya hati hang... hang dok tolong doa kat pakcik.."
antara jawapan terharu aku terhadap keperihatinan anak muda itu kepada golongan dhuafa' (orang yang lemah) seperti aku... 

"pakcik, saya nak mintak tulong bulih?" tanya pemuda itu antara celahan perbualan kami.

Aku menjawab "tulong apaa, aku bukan ada dwit banyak..."

"bukan dwiit pakcik... lagu ni... saya minat kat video yang lagu wings yang pakcik edit tu.  saya nak buat persembahan.  nanti bila habis spm, kami ada buat majelih (majlis).., so saya nak nyanyi lagu tu, pastu saya bubuh slide kat blakang tu, nak pasang video yang hat tu..., biaq depa dapat pengajaran sikit pakcik..."  kata pemuda itu dengan semangat seorang penyanyi rock yang tidak lupa untuk ajak kawan-kawan dia sedar akan hakikat rasa bertuhan.

KLIK UNTUK VIDEO YANG DIMAKSUDKAN

"ok, chanteklah lagu tu.." aku membalas.

"tapi tu yang saya nak mintak tulong pakcik tu... dalam tu ada gambaq bebudak tu... pakcik edit balik, buang gambaq depa... pakcik bubuhlah apa yang patut..." dia menyambung kata-katanya seperti seorang majikanku.

"awat pulak tak buleh ada gambaq bebudak tu?" aku cuba bertanya sebab memang malas dah nak edit-edit lagu-lagu rock ni lagi...

"pakcik, saya tak dak dwit nak bagi pakcik, kalau pakcik buleh tulong la... saya nak bagi real sikit..."  pujuknya cuba memanggil simpatiku.

"hang tak buleh bagi pakcik dwit pon, hang dah selalu doakan pakcik... itu pun dah cukup besaq bagi pakcik dik..."  aku menjawab kerana memang aku amat menhargai doa seorang sahabat tak kira kecil atau besar, muda atau tua.

"hang doakan pakcik murah rezeki zahir batin.. murah rezeki dapat hidup secukupnya... dan dapat rezeki mati dalam 'husnul khatimah' dik..." aku menjawab dengan nada persetujuan terhadap permintaannya

itulah lebih kurang (antara yang aku ingat) perbualan aku dengan dia

walaupun aku dah mengantuk gilerr... aku siapkan juga video tu demi janji dan rasa hormat aku terhadap penghormatan remaja itu terhadapku..

muga dia sempat download dan layan lagu tu yang dia suka sangat...

jangan sampai lupa Allah dah dik...

KLIK UNTUK VIDEO YANG SUDAH DI EDIT SEMULA


 
omar - aku oku



KLIK






 

No comments: