ADAB BERSAMA SAHABAT
Cintai dan sayangilah sahabat kerana Allah. Tujuan bersahabat bukan sekadar untuk mencari ramai kawan, tetapi ianya lebih dari itu kerana ianya dianjurkan oleh Islam agar kita dapat mencari sahabat seramai dan sebaik mungkin. Dari persabatan timbullah rasa kasih sayang, tolong menolong, saling mendoakan dan yang penting dalam persahabatan itu juga kita mendapat pahala dan kasih sayang Allah kerana kita menyayangi sahabat tersebut. Mari kita teliti antara Adab-adab bersahabat patut kita tegakkan dalam sebuah persahabatan ;
Cintai dan sayangilah sahabat kerana Allah dan selalu mendoakan kebahagiaan dan keberkatan hidupnya.
Cintai dan sayangilah sahabat kerana Allah dan selalu mendoakan kebahagiaan dan keberkatan hidupnya.
Cintai dan sayangilah
sahabat kita dan berusaha menjadikan diri kita disayangi dan disayangi sahabat.
Selalu manunjukkan
kegembiraan dan keriangan dengan wajah yang ceria dan senyum terhadap sahabat.
Jika kita bersungguh menyayangi
seseorang, tentu sahabat kita menyayangi kita pula.
Bersama turut
melahirkan rasa gembira jika sahabat mendapat sesuatu yang mengembirakannya.
Bersama turut memahami
masalah dan ujian sahabat yang sedang beduka dengan menenang dan memberi
kata-kata semangat untuk menghadapinya dengan tabah dan redha.
Selalu memberi buahtangan
kepada sahabat kita untuk berkongsi apa yang kita dimiliki untuk sama-sama
mensyukuri ni’mat Allah dan akan menambahkan lagi rasa kasih saya demi sebuah
ikatan silaturrahim.
Jika terjadi salah
faham dengan sahabat, Cuba beralah dan menenangkan keadaan serta sama-sama
muhasabah diri dan selesaikanlah dengan segera dengan cara yang baik.
Mengakulah dengan
kesilapan diri sendiri, dang menyederakan meminta maaf terlebih dahulu kepada
sahabat.
Kekalkan keramahan kita
kepada sahabat walau kita sendiri sedang menanggung ujian yang sangat berat.
Senantiasa mengambil berat
akan diri sahabat seperti sakit pening dan masalah yang dihadapi.
Menjadikan diri kita
dipercayai oleh sahabat dengan berpegang
teguh pada janji dan menepati masa.
Carilah sahabat yang
jujur dan beriman agar sama-sama dapat mendekatkan diri pada Allah.
Nasihati sahabat jika
sahabat telah terlanjur melakukan kesilapan dan kesalahan dengan cara yang baik.
Elakkan dari membenci
sahabat dan mengajak sahabat membenci sahabat-sahabat yang lain.
Jauhkan dari sesuatu
yang tidak disukainya atau melakukan sesuatu yang boleh menyakiti dan mengguris
perasaan sahabat walau hanya dengan gurauan yang berlebih.
Ingatlah pesan AL-Banna
: "Jadilah seperti pepohon buahan walaupun dibaling dengan kayu, namun ia
masih memberikan buah untuk kita".
Semuga dengan beberapa
panduan yang diberikan dapat difikirkan bagi membina ukhuwah yang berkekalan
dan senantiasa didalam redha dan kasih saying Allah.
Wallahu a’lam.
Aku-OKU
No comments:
Post a Comment