Dari segi bahasa, jahiliah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahaladan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial.
Menurut ayat al-Quran surah “al-Maa’idah” ayat 50 yang bermaksud:
“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik dari (hukum) Allah SWT bagi orang yang yakin…”
Ayat tersebut menyatakan bahawa istilah Jahiliah itu membawa maksud kekufuran, keangkuhan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan kerana golongan Arab Jahiliah tidak ramai yang tahu membaca dan menulis yang merupakan asas kepada ilmu pengetahuan. Keadaaan buta huruf dikalangan masyarakat Arab ketika itu adalah amat berleluasa. Dengan ketiadaan nabi dan kitab suci yang boleh menjadi petunjuk, mereka menjadi lebih sesat dan tidak berakhlak.
Walaubagaimanapun pengertian Jahiliah telah disalah ertikan oleh golongan orentalisbarat menyatakan masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. Mereka menjadikan zaman kerajaan Saba’ sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Sebenarnya, keadaan masyarakat jahiliah bermula apabila runtuhnya ketamadunan tersebut. Golongan ini juga menyatakan bahawa masyarakat Arab Jahiliah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.
Manusia di zaman jahiliah terkenal dengan budaya:
Di antara identiti masyarakat di zaman jahiliah dahulu menampilkan perlakuan atau perbuatan seperti berikut:
Firman Allah SWT didalam surah “Yasin” ayat 6 yang bermaksud:
“Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka yang telah lama tidak diberikan peringatan, sebab itulah mereka lalai dalam kesesatan”.
Dari ayat diatas, kita difahamkan bahawa masyarakat di zaman jahiliah adalah masyarakat yang rosak akhlaknya dan juga masyarakat yang sesat didalam kehidupannya. Mereka pada masa itu sudah tidak lama di datangi utusan Allah SWT yang membawa peringatan dan pendoman didunia ini. Mereka hidup dengan berpandukan hawa nafsu yang akhirnya membawa mereka masuk terus ke neraka jahanam.
Apa halnya dengan tajuk yang saya bentangkan di sini ia itu “JAHILIAH MODEN”. Ini ada kaitan dengan perlakuan umat Islam masa kita terutamanya orang Melayu yang di ketahui umum bahawa ramai yang hidup pada ketika ini berpandukan hawa nafsu. Mereka sudah mula membunuh kaum sendiri, mer0g0l anak sendiri, mendera kaum wanita terutamanya para isteri, bunuh anak sendiri tidak kira jantina dan sebagainya. Dan ini terbukti zaman jahiliah dahulu berlaku kembali. Manusia ini sudah hilang pendoman yang berpandukan syariat Islam. Mereka yang berada dizaman yang serba lengkap, moden dan kini zaman siber masih bersikap melakukan perbuatan-perbuatan yang pernah dilakukan oleh masyarakat dizaman jahiliah dahulu.
Sekarang ini kita dapat menyaksikan bahawa umat Islam yang hidup selepas kedatangan Islam dan setelah sempurna risalah kenabian Muhamad S.A.W. walaupun telah dibekalkan dengan syariat, dipandu dengan al-Quran dan sunnah, namun masih ramai yang kekal dengan watak-watak dan sikap yang ada pada masyarakat di zaman jahiliah dahulu.
Saban hari kita diperlihatkan dengan pelbagai perlakuan jahiliah dizaman siber ini yang kebanyakkannya dilakukan oleh mereka yang beragama Islam. Dimanakah letaknya iman umat Islam masa kini? Banyangkanlah sekiranya perkara ini berterusan maka tidak harianlah zaman kini di panggil zaman jahiliah moden. Manusia kini sanggup melakukan perkara-perkara yang di kutuk oleh Allah SWT seperti berikut:
Terkini dan masih segar dalam ingatan saya bahawa saorang anak kecil berusia 3 tahun yang tidak berdosa dan belum kenal erti kehidupan yang sebenarnya di dunia ini di dera, ditampar, disepak dan dipijak sehingga mati oleh teman lelaki kepada ibu kanak-kanak ini. Jenis apakah manusia ini? Perlakuannya lebih keji daripada haiwan yang tidak ada rasa kesian dihati kecilnya. Bayangkanlah bahawa di zaman yang serba moden ini masih ada manusia yang sanggup melakukan perkara-perkara yang dikutuk oleh Allah SWT, subhanallah.
Akhir sekali, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan para pembaca yang di rahmati Allah SWT supaya marilah kita sama-sama menginsafkan diri kita keatas segala dosa yang telah kita lakukan didunia yang pana ini dengan bertaubat kepada Allah SWT dengan sesungguh-sungguhnay dan seikhlas-ikhlasnya dan saya menyeru agar kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa dan semoga dunia yang kita duduki buat sementara waktu ini dijauhi daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.
sumber - mutiara islam
JOM BELAJAR KOMPUTER CARA MUDAH
No comments:
Post a Comment