hadis -91-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
(البخاري ومسلم والنسائي)
Maksud ;
Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sebilangan manusia yang di naungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya: Pemerintah yang adil; pemuda yang hidup sentiasa dalam -mengerjakan ibadat kepada Tuhannya; orang yang hatinya -sentiasa terikat dengan masjid; dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, - kedua-duanya berhimpun dan bercerai dengan tujuan mendapat keredhaan Allah; orang yang dipujuk oleh perempuan yang bangsawan lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak pujukan itu dengan berkata: "Aku takut kepada Allah; orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya; dan orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada bersamanya orang lain atau tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamalullah s.w.t."
(Bukhari, Muslim dan Nasa'i)
Berusahalah benar-benar memperolehi hidayah dan taufik supaya mengerjakan kebaikan yang diharapkan boleh menjadi sebab menyelamatkan seseorang daripada bahaya segala huru-hara masa qiamat itu, kerana ALLAH Yang Amat Mengasihani dan Maha Adil telah menjanjikan kesentosaan daripada bahaya yang tersebut kepada sesiapa yang beroleh taufik mengamalkan kebaikan yang dapat ia Sebilangan manusia yang di naungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat.
Siapakah mereka ? Telah di jelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis tersebut diatas seperti berikut ;
- Pemerintah yang adil;
- Pemuda yang hidup sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya;
- Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid;
- Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya berhimpun dan bercerai dengan tujuan mendapat keredhaan Allah;
- Orang yang dipujuk oleh perempuan yang bangsawan lagi rupawan untuk bersatu dengannya (melakukan maksiat-zyna) lalu ia menolak pujukan itu dengan berkata:
- "Aku takut kepada Allah";
- Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya;
- Dan orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada bersamanya orang lain atau tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamalullah s.w.t."
BANTU PERNIAGAAN WARGA OKU - KLIK
1 comment:
Subhanallah.. satu lagi perkongsian yg sgt baik utk dijadikan peringatan diri..T kasih.
Post a Comment