Sunday, September 29, 2013

Persahabatan Kerana Allah ( الاخوة في الله )

“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebahagiannya menjadi MUSUH bagi sebahagian yang lain KECUALI orang-orang yang BERTAQWA.” (Surah az-Zukhruf 42 : 67)

Persahabatan yang tidak dilandaskan kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan. Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang menyebutkan
bahawa : ”Kita akan dibangkitkan di hari
kiamat bersama orang yang kita cintai.”

Siapa orang yang kita cintai ?????

Di dalam hadis Qudsi Allah SWT berfirman :

"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah SAW baginda bersabda :

"Allah Azzawajalla berfirman; 'Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.




Sahabat yang dikasihi :

Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk amar makruf nahi mungkar.

"....Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (MAKSIAT) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." (QS. Al-Maidah 5:2)

sumber - maulana hidayat

JOM BELAJAR KOMPUTER CARA MUDAH

No comments: