Wednesday, September 18, 2013

Kisah Pencuri Ubat - Kisah benar

Saksikan dalam Video ini yang memang menyentuh hati dan perasaan bagai sebenarnya sikap sedemikian amat digalakkan dalam Islam.


Anak itu terpaksa mencuri kerana ibunya sakit, namun setelah disedari oleh penjual ubat... anak itu di kejar dan di marahi.  Namun disana ada insan yang sanggup membantu setelah menyedari bahawa anak itu mencuri kerana ibunya sakit.


Lihat seterusnya dalam kisah yang dipaparkan di Youtube ini yang sangat menyentuh perasaan ;



Tanpa sedar, saya menitiskan air mata,  bagaimana sebuah kebaikan itu akhirnya dan pastinya Allah akan balas dengan kebaikan.  Walaupun dalam kisah ini, ianya memaparkan anak itu yang membalasnya kembali, namun janji Allah bahawa setiap kebaikkan pasti akan dibalas dengan kebaikkan tak kira dari siapa yang akan membalas kebaikkan itu.. Allah Maha Mengetahui.


TrueMove H melakukan iklan sebegini kerana percaya dalam kuasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Dan komited untuk membangunkan teknologi komunikasi baru bagi Thailand untuk mewujudkan peluang dan meningkatkan kualiti hidup Thailand. Setiap komunikasi . Bersambung antara satu sama lain tanpa henti.  dan video asal boleh didapati di laman youtube -->  KLIK


Jadi kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu perniagaan Warga OKU yang saya usahakan bolehlah layari --> omarbinabdulaziz.blogspot.com

atau kepada tuan-tuan yang ada syarikat seperti klinik, syarikat umrah atau apa sahaja yang ada syarikat perniagaan yang maju, mungkin boleh menggunakan perkhidmatan dari kami untuk membaikpulih komputer, networking, cctv atau lain-lain yang berkaitannya.

Tinggalkan alamat email di ruangan komen, atau sms ke no 012 555 0546 dan saya akan emailkan profil syarikat untuk penelitian pihak tuan-puan..

Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Abu Darda’ bahawasanya ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Carilah (keredhaan)ku melalui orang-orang yang lemah di antara kalian.  Kerana sesungguhnya kalian diberi rezeki dan ditolong dengan sebab orang-orang yang lemah di antara kalian”

Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."  (Hadis Riwayat Muslim).

Semuga dengan kesudian tuan/puan menjalinkan kerjasama dengan syarikat saya oAa Microsystem, saya akan dapat menjalankan perniagaan ini dengan baik dan berjaya... dengan izin Allah


KLIK untuk maklumat lanjut tentang kursus


No comments: