Monday, September 23, 2013

JANGAN BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH SWT


Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf : Ayat 87 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir".

Pastinya ramai diantara kita yang pernah berputus asa terhadap sesuatu perkara, saya sendiri pernah melalui saat-saat seperti itu. Jika dilihat dari ayat diatas, Allah telah melarang kita daripada berputus asa daripada rahmatnya. Oleh itu, apabila kita menghadapi sesukar manapun sesuatu masalah itu, berusahalah kita untuk menyelesaikannya, pertolongan Allah pasti akan tiba sekiranya kita betul-betul sabar seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 214 yang bermaksud :

“Bilakah datangnya pertolongan ALLAH ?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Agama Allah).


JOM BELAJAR KOMPUTER CARA MUDAH - KLIK



2 comments:

Khir Khalid said...

In shaa Allah saudara.. pesanan yg amat baik utk dijadikan pegangan..

Anonymous said...

doakan saya lepas dari beban ini.,