Sunday, September 15, 2013

Anggaplah ini yang terakhir


Ketika akan mengangkat takbiratul ihram..
anggaplah ini mungkin solat yang terakhir dalam hidup kamu...
lakukanlah dengan setertib yang mungkin...
Ketika kamu ruku'..
anggaplah ini mungkin ruku' yang terakhir dalam hayat kamu...
ruku'lah dengan khusyu'...

Ketika kamu sujud...
anggaplah ini mungkin sujud terakhir dalam nafas kamu..
sujudlah dengan sempurna..
ucapkanlah tasbih dengan sebaiknya dan menghayati maknanya...
mungkin saja hayat kamu berakhir ketika sujud itu...
maka alangkah indahnya pengakhiran hidup kamu...

(sumber FB)
Gambar Bilal Roslan Ishak meninggal dunia ketika sujud dalam solat di Surau Bangi. Perkara ini telah menggemparkan penduduk kerana menghembuskan nafas ketika sujud atau menunaikan solat adalah mulia dalam Islam. Apatah lagi ianya berlaku di bulan yang penuh mulia iaitu Ramadhan. Roslan yang juga seorang bilal di Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi disahkan meninggal dunia ketika sedang bersujud pada Solat Zohor 23 Ramadhan 1434 atau bersamaan dengan 1 Ogos 2013.
Semuga Allah menempatkan beliau di syurga yang dijanjikan dan aku memohon padaMU Ya Allah, ambillah nyawaku di dalam pengakhiran yang baik... Aamiin


No comments: