BANGI, 1 Ogos - Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini mengejutkan orang ramai, apabila beliau ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit.
Kejadian ini menggemparkan penduduk setempat, tambahan pula di bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Sebelum ini kejadian seperti ini hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.
Segalanya atas ketentuan Yang Maha Esa.
Sahabat ini, seorang petugas PAS yg gigih, menghembuskan nafas terakhirnya dalam husnul khatimah insyaAllah.
Beliau ketika ada hayatnya juga telah banyak menghabiskan masa dan tenaga menjaga kebersihan Surau Al-Mujaahideen, Desa Surada, Bangi. Orang panggil 'Abang Lan'.
4 sebab zahiriah kita percaya dia mendapat Husnul Khatimah, meninggal dunia;
1. Ketika sujud solat sunat ba'diah zohor
2. Sedang berpuasa
3. Petang khamis
4. Di dalam rumah Allah.
Ya, Allah, tamatkan riwayat kami nanti dengan Husnul Khatimah juga ya Allah, dan masukkan kami ke syurga-Mu tanpa hisaab.
No comments:
Post a Comment