Thursday, July 25, 2013

IBU TERCINTA




Pernah aku ditegur ibu... Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarahi...  Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu... Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk... Katanya aku manja
Pernah aku melawan... Katanya aku degil
Pernah aku menangis... Katanya aku lemah



Ibu…..

Setiap kali aku tersilap... Ibu  menghukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa... Ibu bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan... Ibu ubati dengan penawar dan semangat

dan

Pabila aku mencapai kejayaan... Ibu berkata `bersyukurlah kepada Allah`

Namun Ibu…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu... Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu…

Ibu….

Aku sayang padamu…..
Ya Allah.... Ya Tuhanku….
Aku bermohon kepadaMu
Kau ampunilah segala dosa ibuku
Kau kasihanilah ibuku...
Sebagaimana ibuku mengasihiku sejak aku kecil
Sejahterakanlah roh ibuku
Kau letakkanlah roh ibu ku
di samping roh2 para syuhadah dan
sahabat2 Rasullullah buat selama2nya…..
jadikan ibuku ahli syurgaMU


~(♥‿♥)EEza♥MK♥FTP ty May~

Apa Komen Anda?

No comments :