Monday, July 22, 2013

AMBILLAH MASAMU SAHABATKU


Ambillah masa untuk tersenyum,
Senyuman itu penawar bagi jiwa,
Ambillah masa untuk bersahabat,
Inilah jalan ke arah kebahagiaan,
Ambillah masa untuk berkasih-sayang,
Inilah kurniaan Ilahi untuk hamba-hambaNya.

Ambillah masa untuk solat,
Solat itu kuasa yang paling berkesan mencegah kemungkaran,
Ambillah masa untuk bermain,
Bermain menjadikan kita sentiasa cergas,
Ambillah masa untuk bersedekah,
Hidup kita terlalu singkat untuk kepentingan diri semata-mata.

Ambillah masa untuk berfikir,
Fikiran itu sumber kekuasaan,
Ambillah masa untuk membaca,
Membaca itu asas kejayaan,
Ambillah masa untuk bekerja,
Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha



BERAMAL -->  http://omarbinabdulaziz.blogspot.com/

Apa Komen Anda?

No comments :