Saturday, June 23, 2012

Menyusuri Jalan Perjuangan Mujahid Agong - Ustaz Fadzil Noor

Imam Sufyan bin 'Uyainahberkata "عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة " bermaksud, "Apabila menyebut tentang orang-orang soleh, rahmat akan turun".

Saya tidak akan melupai pesanan Almarhum Ustaz satu ketika dulu semasa saya menjadi pengerusi ceramah di Hotel South East Asia di jalan Chow Kit.  Yang mana Almarhum, Tuan Haji Mohammad Sabu dan Tuan Haji Mohd Nor pemidato didalam ceramah tersebut.

"Sesusah mana dan sepayah manapun anta nak bergerak (setelah dia mengetahui saya OKU), perjuangan ini jangan anta tinggalkan. Berjuang selagi terdaya, pasti anta dikasihi Allah, kerana Allah amat mengasihi orang yang sentiasa memperjuangkan agamaNya"





Video ini, untuk Program









Al-Fatihah...

-

Monday, June 18, 2012

Kasih Bapa

Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?” Perempuan itu menjawab, “yang aku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku” Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya” Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjaga ku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”  (di petik dari http://saifulislam.com/4108)

Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu. Kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan balasan, samada ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.

Saturday, June 16, 2012

Projek KPOP OKU

"Saya sedang mengusahakan projek KPOP iaitu Kursus Komputer untuk anak-anak Warga Miskin dan kurang berkemampuan. Untuk menjayakan usaha projek KPOP tersebut saya ingin mencari penaja, jika ada Para Dermawan yang sudi, bolehlah menghubungi saya Omar (Peniaga Warga OKU) di talian 012-555 0546

K - Kelas komputer tajaan dermawan
P - Peserta-peserta warga kurang berkemampuan
O - Orang kurang upaya, orang miskin dan seumpamanya
P - Pelbagai modul mengikut tahapnya

Sebagai persembahannya, saya lampirkan video ini :


Macam pelik... tapi segalanya berkemungkinan dalam dunia yang serba maju ini...

Contoh-contoh projek-projek hiburan yang di taja. Semoga ada pihak yang sudi membantu Warga Kurang Berkemampuan belajar komputer, dan secara tidak langsung memberikan ruang usaha untuk kerjaya saya. Moga ada yang sudi membantu.


Jazakallah dan ribuan terima kasih.

MOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF

sumber

Fenomena Awan Luar Biasa Di Sabah 12 Jun 2012

"Awan pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.



(Video) Wanita Disumpah Jadi Batu Kerana Curang Di Paloh?

Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul ‘Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH ?’ semakin menjadi bualan di kalangan pengunjung laman tersebut.

Video berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor.

Wanita itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.

Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?

Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya?

Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.

Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi ‘voice over’ dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.

Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang ‘misteri’ sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu.

Selebihnya, kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu.

Percaya(i'tikad) bahawa Allah SWT itu berkuasa...JAGA AKIDAH.

Wallahualam.



SUMBER

Wednesday, June 13, 2012

Umar Abdul Aziz Hidup Sederhana

Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangat menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-geri Khalifah pula turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyedari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada kena mengena dengan kandungan pidato.

Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka bertanya sesama sendiri dan akhirnya diketahui rahsianya. Dikatakan bahawa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Kerana ketiadaan baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. Oleh itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.

Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sekejap lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah.

Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelumang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.

Perempuan itu bertanya lagi dan apabila mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayan, sehingga tetamu itu berasa suka dan tenang hatinya.

"Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang bancuh pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang bancuh pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tetamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang kanak-kanak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.

Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, cuba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana boleh menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.

Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalaikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua-dua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur hairan.

"Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua-dua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun bertenang. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja.

"Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Iaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya."

Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Lepas itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.

kisah dan tauladan

Tuesday, June 12, 2012

Objek Cahaya Misteri Muncul di Langit Syria

Apakah UFO muncul di Syiria? Apakah satelit ataupun ujian senjata rahsia? Sebuah objek terbang yang tidak dikenali telah muncul di kebanyakan negara Timur Tengah pada malam Khamis lepas menimbulkan suasana panik di kalangan orang ramai, balai polis dinegara-negara tersebut telah dibanjiri dengan panggilan kemunculan UFO.

Objek misteri bercahaya terang tersebut telah terbang dilangit berpusing dengan mengeluarkan putaran seperti asap. Objek terbang misteri tersebut dilapurkan dilihat di Is rael, Armenia, Turki, Lebanon, Jordan dan kebanyakan negara di rantau tersebut.

Kementerian pertahanan Is rael mengeluarkan kenyataan menafikan mereka menjalan sebarang operasi ketenteraan di kawasan tersebut.

Sebahagian ahli astronomi berpendapat bahawa objek tersebut merupakan satelit yang meletup ketika memasuki orbit, lapur akhbar Times of Is rael. Lapuran dari Lebanon menyatakan kemungkinan objek terbang tersebut adalah meteorite yang meletus dan mengeluarkan jejak debu yang bersinar di sepanjang laluannya.

Ada pihak mendakwa ia adalah ujian peluru berpandu rahsia, ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan Menteri Pertahanan Russia yang mengatakan bahawa negaranya telah berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Topol merupakan peluru ballistic antara-benua yang berkeupayaan nuklear. Rangkaian berita Russia, Vesti-24 memetik sumber tentera mengatakan ujian peluru tersebut berjaya mengenai sasaran yang ditetapkan walaupun mempunyai trajektori luar biasa.

Penganalisis angkasa, Jim Oberg mengatakan, putaran Topol pada peringkat ketiga pelancaran adalah fungsi tambahan bukan kecacatan bertujuan mengelirukan sistem senjata anti peluru berpandu US. Walau apa pun objek misteri tersebut, ia mungkin membawa petanda sesuatu yang besar mungkin berlaku di kawasan tersebut. Apatah lagi jika ia merupakan ujian senjata pemusnah termoden Russia, ia menunjukkan Russia bersedia menghadapi perang besar-besaran di asia Barat!

Video objek tersebut -  KLIK

Pengharaman Daging Khinzir : Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan

Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar. Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging khinzir dalam Islam.

Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging khinzir di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan khinzir, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging khinzir menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging khinzir telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging khinzir menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor khinzir jantan dan seekor khinzir betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.

Kemudian Abduh meminta dua ekor khinzir jantan dan seekor khinzir betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor khinzir jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan khinzir betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang ber nama khinzir tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging khinzir. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.(hubungan bebas)”.

"Subhanallah!... JazakAllah Tuan Syeikh."


SUMBER - TRANUNG

SELANJUTNYA

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.


Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.

Sunday, June 10, 2012

Wanita nashrani itu menangis mendengar baca’an qur’an Sayyid Quthb

Pada akhir tahun 1948, Sayyid Quthb (rahimahullah) meninggalkan Iskandariah, Mesir, menuju Amerika melalui Kapal Api dengan melintasi laut tengah dan mengarungi samudera Atlantik. Diatas kapal api itu banyak persitiwa yang membekas dalam hatinya. Bahkan kenangan dalam perjalanan menuju Amerika itu banyak dituangkan saat ia menulis Tafsir Fii Dzhilalil Qur’an. Salah satu kisahnya saat beliau melihat seorang misionaris Kristen berupaya mengkristenkan umat Islam yang menumpang kapal tersebut. Kejadian itu berlangsung tepat ketika waktu bergulir menuju Shalat Jum’at.

Sayyid Quthb melihat sang misionaris tidak ubahnya pendeta-pendeta pada umumnya yang menawarkan ajaran agama Kristen yang sangat kacau. Sontak saja, hal ini membangkitkan rasa dan semangat keimanannya untuk menjaga akidah saudara semuslimnya. Tidak butuh menunggu waktu lama, ia segera menghubungi kapten kapal untuk meminta izin mendirikan Sholat Jum’at di atas kapal. Semua orang Islam, berikut awak kapal pun kemudian mendatangi panggilan Shalat Jum’at yang diinisiasikan Sayyid Quthb. Ia kemudian bertindak sebagai khotib dan usut siapa sangka Sayyid Quthb ternyata tengah melakukan perubahan besar dalam kapal tersebut.

'Gadis cantik tak akan keluar mengundi'

  • MalaysiaKini
  • Ahmad Fadli KC
  • 6:17PM Jun 10 2012

Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu", kata Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas.

Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini.

Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi.

"Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi.

"Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi.

Dalam ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya berkempen "setiap malam selama 365 hari" tetapi mempertikaikan tempoh kempen sedia ada selama tujuh hari.

"Saya nak cadangkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok kita mengundi," katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC.   (SUMBER)



 LINK GAMBAR DI AMBIL - KLIK

Saturday, June 9, 2012

Lelaki Tertinggi di Dunia

LELAKI tertinggi dunia, Sultan Kosen, mengakui lega dan gembira kerana dia sudah berhenti daripada terus tinggi. Ketika melawat Hong Kong semalam, Sultan berkata dia gembira kerana keadaan dirinya sudah stabil meskipun perlu menggunakan tongkat untuk berjalan. Sultan mempunyai ketinggian 2.51 meter dan dilaporkan antara 10 orang dalam sejarah yang ketinggiannya melebihi 2.43 meter atau 8 kaki.

Foto - Reuters
Jun 8, 2012

WWW1


Bayi dilahirkan dengan enam kaki

PAKISTAN, seorang bayi malang yang baru dilahirkan, terpaksa berjuang untuk hidup apabila ia dilahirkan dengan keadaan yang ganjil iaitu memiliki enam kaki.   Bayi tersebut dipercayai memiliki seorang lagi kembar siam yang dikatakan gagal membesar dengan sempurna dilihat meninggalkan kaki yang terlekat pada anggota badannya.

Para doktor sedang menilai tahap kesihatan bayi tersebut, yang kini sudah dipindahkan ke Karachi untuk rawatan susulan. Mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan asing bagi menjalankan pembedahan rumit membuang kaki-kaki tambahan pada bayi malang tersebut. Ayah bayi tersebut merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai rawatan anaknya.

Ibunya pula yang juga merupakan sepupu kepada suaminya kini beransur-ansur sembuh dari kesan pembedahan melahirkan bayi berkenaan di rumah keluarganya di Sukkur, sekitar 280 km dari Karachi.

"Pembedahan bayi seperti ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan penilaian yang betul terlebih dahulu" jelas Dr Jamal Rezza, daripada Institut Kesihatan Kanak-kanak Karachi. "

Kita perlu menilai sama ada bayi ini memiliki kaki milik kembarnya atau bukan. Kita juga perlu menilai berapa banyak organ-organ yang telah berkembang kerana ia kelak akan memberi kesan dan mengurangkan peluangnya untuk hidup.

" Keganjilan pada kelahiran bayi ini dikatakan hanya berlaku kurang 1 kejadian daripada sejuta bayi yang dilahirkan."

SUMBER

Thursday, June 7, 2012

Mencari Penaja KPOP

Saya sedang mengusahakan projek KPOP iaitu Kursus Komputer untuk anak-anak Warga Miskin dan kurang berkemampuan.  Untuk menjayakan usaha projek KPOP tersebut saya ingin mencari penaja, jika ada Para Dermawan yang sudi, bolehlah menghubungi saya Omar (Peniaga Warga OKU) di talian 012 555 0546

K   -   Kelas komputer tajaan dermawan
P   -    Peserta-peserta warga kurang berkemampuan
O  -    Orang kurang upaya, orang miskin dan seumpamanya
P   -    Pelbagai modul mengikut tahapnya

Sebagai persembahannya, saya lampirkan video ini :




Keterangan Lanjut klik SINI

Jazakallah dan ribuan terima kasih.



Contoh-contoh projek-projek hiburan yang di taja.  Semoga ada pihak yang sudi membantu Warga Kurang Berkemampuan belajar komputer, dan secara tidak langsung memberikan ruang usaha untuk kerjaya saya. Moga ada yang sudi membantu.
GAMBAR SEKADAR HIASAN