Thursday, May 31, 2012
Thursday, May 24, 2012
Ujian buatmu saudaraku - Teksi di hancurkan
Pada jam lebih kurang 1.45 hingga 2.00 pagi, 23 Mei 2012, sahabat saya Jamaludin Rahman seperti biasa ingin datang ke rumah saya untuk menumpang melelapkan matanya, setelah penat seharian membawa teksi untuk mencari pendapatan bagi menafkahi keluarganya dan juga perjuangannya.
Saturday, May 19, 2012
DATUK FAUZI YANG SAYA KENALI
Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.
Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal, apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, dimana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit ceramah.
Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka saya sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis, diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia”.
Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat maksiat seperti itu. Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan yang tidak dilesenkan.
Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat saya itu, saya dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah.
Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Walaupun ada rakan-rakan yang memberi komen-komen yang agak negatif dalam posting saya 3 hari lepas, saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita mengharungi perjuangan ini.
Satu perkara yang perlu saya sebut disini, di DUN Batu Kurau sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT, terutama di kampung Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS, saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno Larut dan Perak khususnya.
Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota polis, namun disana masih ada polis yang berperikemanusian. Bagi saya bukan anggota polis yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis bersikap seperti tidak berperikemanusian.
Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk Fauzi marilah bersama-sama kita berada dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai negara ini kepada warga asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi berdaftar.
Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas, Ahlan Wahsahlan, dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Nukilan ; Jamaluddin rahman (JR – Pasti Jihad)
RALAT - Kesilapan Nama ;
SUMBER - fb JR - KLIK
Subscribe to:
Posts (Atom)