Saturday, April 14, 2012

7 Pertanyaan & Jawapan

"Jawapan daripada Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah terhadap 7 pertanyaan tersebut, dengan penuh hikmah”  *Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 212.


1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?
TUDUHAN PALSU LEBIH BERAT DARIPADA LANGIT.

2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?
KEBENARAN LEBIH LUAS DARIPADA BUMI.


3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
HATI YANG QANA'AH(1) LEBIH KAYA DARIPADA LAUTAN.

4- Apakah yang lebih keras daripada batu ?
HATI ORANG MUNAFIQ LEBIH KERAS DARIPADA BATU.

5- Apakah yang lebih panas daripada api ?
PENGUASA YANG ZALIM LEBIH PANAS DARIPADA API.

6- Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir(2)?
BERHAJAT KEPADA ORANG YANG BAKHIL LEBIH SEJUK, DINGIN DARIPADA ZAMHARIR(2).

7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?
SABAR LEBIH PAHIT DARIPADA RACUN
(pada riwayat yang lain)
MENGADU DOMBA LEBIH PAHIT DARIPADA RACUN.



Keterangan

(1) QANA'AH

Qana'ah ialah terhentinya keinginan (merasa cukup) terhadap apa yang telah dianugerahi/sudah diberikan kepadanya.

Qana'ah itu mengandung 5 unsur:

1. Menerima dengan rela apa yang ada.
2. Memohon kepada Allah tambahan yang pantas, dan berusaha.
3. Menerima dengan sabar akan takdir Allah.
4. Bertawakkal kepada Allah.
5. Tidak tertarik oleh tipu daya dunia.

Menilai 5 unsur diatas, kita yakin bahawa qana'ah adalah suatu sikap hidup yang harus dimiliki oleh setiap muslim. Karena qana'ah dapat menenangkan hati, bahkan menjadi suatu modal yang tidak mengenal erti ketidakcukupan.

Rasulullah Saw. bersabda: "Qana'ah itu adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap." (HR. Thabrani dari Jabir).

Menurut Abu Zakaria Abshari bahawa qana'ah adalah merasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya, yang sudah dapat memenuhi keperluannya, baik yang berupa makanan, pakaian harta dan lainnya.

Abu Sulaiman Darani berkata, "Qana'ah adalah merupakan sebagian dari sikap redha, sebagaimana wara' adalah merupakan sebahagian dari sikap zuhud. Qana'ah adalah permulaan redha dan wara' adalah permulaan zuhud".

Dalam Tassawuf Modern, Prof. Dr. Hamka menerangkan panjang lebar tentang makna qana'ah. Diantaranya beliau menerangkan, "Barang siapa yang telah memperolehi rezeki, sudah dapat makan sesuap pagi dan sesuap petang, jangan merasa ragu dan bersedih. Kita tidak dilarang bekerja mencari rezeki (malahan digalakkan), tidak pula disuruh goyang kaki dan malas atas kesenangan yang telah ada, sebab demikian itu bukan qana'ah, namun itu adalah sifat malas. Kita harus bekerja dan terus berusaha mencari rezeki, kerana manusia hidup didunia untuk bekerja. Dan bekerja itu merupakan suatu ibadah kepada Allah, maka kita harus yakin bahawa dalam bekerja itu ada yang berjaya dan ada yang gagal. Jadi kita bekerja bukan kerana mengumpul dan memandang harta yang telah ada itu masih belum mencukupi. Bekerja kerana ia adalah tuntutan Allah.

Sebenarnya agama menyuruh qana'ah itu adalah QANA'AH HATI, bukan qana'ah ikhtiar. Sebab itu para sahabat Rasulullah SAW. Orang-orang yang kaya raya; memperniagakan harta benda ke luar negeri dan mereka juga termasuk orang-orang yang qana'ah.

Adapun manfaat qana'ah amat besar diwaktu harta itu hilang dengan tiba-tiba seperti menghadapi malapetaka, bajir gempabumi kemalangan atau ujian yang lainnya.

(2) ZAMHARIR

Neraka yang paling dingin

No comments: