Thursday, November 3, 2011

WANITA TUKANG CUCI

Sebuah kisah yang saya kongsikan dari sahabat negara jiran, Indonesia yang membuatkan tanpa sedar air mata saya turut mengalir seperti mana mengalirnya air mata sahabat ini. Minta maaf jika alih bahasanya agak kurang memuaskan....




GAMBAR HIASAN
Kisah ini terjadi seingat saya sekitar saya 1995. Memang sudah cukup lama, namun setiap kali ingin menyambut I’dul Adha saya sering teringat pada sebuah peristiwa yang pernah saya alami ini. Hingga saat ini saya tidak pernah dapat melupakannya.

Ketika saya berniaga bersama kawan-kawan (kami ber empat ketika itu), kami mengeluh sedikit, kerana sudah tiga hari kami mencari pelanggan, baru enam ekor yang terjual.  Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Biasanya sudah berpuluh ekor laku terjual.  Tetapi kini, hari raya sudah hampir tiba dan tinggal dua hari sahaja lagi. Kami memang merasa amat risau dengan keadaan itu.  Ketika sedang berbingcang mengenai perkara itu,  salah seorang rakan niaga mengajak saya untuk menunaikan solat Asar di Masjid yang kebetulan berdekatan dengan tempat kami berniaga.

Sesudah selesai solat, saya melakukan zikir dan berdoa, tetapi kali ini saya lebih merayu dan memohon agar Allah permudahkan urusan perniagaan kami.  Dengan penuh harapan,  muga Allah izinkan semua barangan niaga laku dan habis terjual.  Setelah selesai urusan kami menunaikan tanggungjawab,  kami terus kembali ke tempat perniagaan dan kelihatan seorang rakan yang tinggal nampak sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkerumun di tempat perniagaan kami.



Kami bergegas berlari untuk membantu rakan tersebut dan mamberi peluang untuk beliau pula bersolat. Alhamdulillah ketika itu beberapa ekor kambing telah terjual.   “Syukur padaMU Ya Allah,  kerana telah memakbulkan doaku”,  saya lahirkan rasa syukur tersebut didalam hati.

Setelah semua pelanggan dilayani,  keadaan kembali seperti biasa.  Saya melihat seorang wanita separuh umur sedang memerhatikan barang kami.  Saya perasan bahawa wanita itu telah lama memerhatikan kami menjalankan urusan berjual beli.  Saya berkata pada rakan... “Wanita itu mahu membeli agaknya, dari tadi dia hanya memerhatikan kita.  Tapi mungkin dia takut untuk tawar menawar dengan kita”.      “Tapi gayanya dia haya melihat-lihat sambil menunggu bas agaknya.” Jawab rakan saya secara ringkas.

Saya merasakan betul juga pendapat rakan saya itu,  kerana kalau dilihat dari segi pakaianmya,  dia tidak mampu membeli barang dagangan kami (mohon maaf kerana terpaksa menuliskan perkara ini…  wanita separuh umur itu berpakaian amat lusuh sambil memegang payung ditangan kanannya).   Kalau dilihat dari segi penampilannya,  tidak mungkin ibu itu ingin membeli haiwan korban dari kami.  Namun saya cuba menghampiri wanita itu dan bertanya.   “Ibu ingin membeli binatang korban ya?   Kalau Ibu ada niat...,  Ibu boleh pilih yang mana satu.”

Tanpa menjawab pertanyaan saya ibu itu terus menghampiri tempat perniagaan kami dan menunjuk kearah seekor kambing.   “kalau yang itu berapa encik?”  wanita separuh umur itu menunjuk pada kambing yang paling murah harganya daripada yang lain.   “kalau yang itu harganya Rp.600.000 ibu”   jawab saya.    “berapa boleh kurang encik?”   wanita itu bertanya lagi.   “saya bagi Rp.500.000 kalu ibu betul-betul hendak,  tapi jangan minta kurang lagi.”   tegas saya kepada wanita tersebut terhadap tawar menawar yang dilakukan.

Pada saya harga itu sudah cukup murah dan mendapat keuntungan yang amat sedikit, tapi biarlah hanya untuk perampuan ini sahaja atas rasa belas kasihan.   “tapi saya ada duit Rp.450.000 sahaja, boleh ke?”   tawar wanita itu lagi.  Saya kebingungan kerana harga yang dimintanya adalah harga modal kami.   Akhirnya saya berbincang dengan rakan-rakan yang lain.   Salah seorang rakan member pendapat,   “Bagilah… mungkin ini pembuka jalan untuk melariskan barang perniagaan kita yang lain pula, lagi pun kalau dilihat dari segi penampilannya dia seperti seorang yang susah dan kurang mampu.  Muga-muga kita dapat membantu ibu itu.”

Kami semua bersetuju.   “Tapi ibu bawa pulang kambing ini sendiri ya…!”  tegas saya tetapi wanita tersebut meminta kami menghantar juga kambing itu kerumahnya dengan sedikit bayaran pengangkutan. Dia berjanji akan membayar duit penghantaran tersebut,  dirumah nanti ketika kami menghantar kambing yang telah dibelinya. Setelah meninggalkan alamat rumahnya dab selesai berurusan,  dia terus pulang dengan berjalan kaki.

Selesai perniagaan,  sayapun menghantar kambing itu kerumah ibu tersebut.   Subhanallaah….. Astaghfirullaah…..Allaahu Akbar....,     saya amat terkejut melihat keadaan rumahnya.

Dia hanya tinggal bertiga, dengan ibunya yang telah tua dan seorang anak disebuah rumah usang dengan berlantaikan tanah dan bertingkapkan dawai besi.   Saya tidak nampakpun katil,  yang ada hanya pangkin kayu yang beralaskan tikar lusuh.  Dipangkin itulah kelihatan seorang wanita tua yang kurus sedang tidur dalam keadaan seperti tidak berapa sihat.  

"Mak… bangun mak,  tengok ni apa yang Sumi bawa balik”  (rupanya baru saya tahu,  nama wanita yang membeli kambing tersebut Sumi).  Wanita tua itu (Ibu Sumi) bangun dan berjalan keluar. “Ini ibu saya encik”  wanita itu memperkenalkan orang tuanya kepada saya.

 “Mak, Sumi dah belikan kambing untuk mak lakukan ibadah korban seperti yang emak hajati.  Nanti kita hantar ke masjid,  ye mak…”   tegas Sumi dengan nada yang gembira. Ibu Sumi amat terkejut,   namun terlihat diwajahnya rasa senang dan bersyukur sambil mengusap-ngusap kepala kambing tersebut.    “Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Alhamdulillaah, akhirnya sampai juga hasrat mak hendak melakukan ibadah korban.”   Terdengar kata-kata syukur Ibu Sumi setelah melihat kambing yang dibeli oleh Sumi itu.     “Nah, ini duitnya saya minta maaf,   kerana meminta tawar harga yang terlalu murah,  saya hanya bekerja sebagai seorang tukang cuci, saya dapat kumpulkan duit ini sedikit demi sedikit untuk membelikan kambing buat mak yang sangat berhajat untuk melakukan ibadah korban.”   Tegas Sumi.

“Ya Allah Tuhan Yang Maha Agong. ampunilah dosa hamba,  hamba rasa malu berhadapan dengan hambamu yang satu ini, walaupun dia miskin harta tetapi dia kaya dengan iman".   Aku rasakan seperti bergetar bumi ini setelah mendengar akan keikhlasan dan kesungguhan wanita yang benama Sumi itu.   Saya telah tidak sanggup duduk lama lagi di tempat itu,   dan terus memalingkan muka meninggalkan nilai sebuah kebahagiaan yang penuh bersandarkan keyakinan dan keimanan yang ada pada mereka bertiga.

“Encik, ini duit penghantarannya!”   Panggil Sumi,   “Sudah Ibu, sudah cukup duit tadi,   duit penghantaran ini sudah di bayar.”   Saya segera bergegas pergi sebelum Sumi tahu bahawa mata ini sudah basah,   kerana cukup terkesan setelah mendapat teguran dari Allah SWT yang mempertemukan saya dengan hambaNYA yang hidupnya berpegang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan,  ingin memuliakan orang tuanya,  iaitu Ibunya.


SUMBER - SALINGSAPA (Makdum Ibrahim)

 Labbaika ALLAHUMA Labbaik - لبيك اللهم لبيك

KLIK

Apa Komen Anda?

2 comments :

LadyBird said...

Salam Abi.. Lady betul2 tersentuh membaca kisah ini.. :(.. terharu sangat2 dengan niat wanita tersebut.. sanggup bekerja keras demi menunaikan perintah Allah.. besar betul keimanan beliau andai dibandingkan dnegan lady jauh bagaikan langit dan bumi.... :(..

wan_jtk said...

Astaghfirullah