Saturday, September 17, 2011

Sifat Mahmudah (Terpuji)

Imam Al Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah (terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin

1.   Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan

2.   Takut kepada Allah (Taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat-
      sifatNya,  maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT

3.   Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh
      Rasullullah SAW

4.   Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu

5.   Sabar - Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut ;
        i.   Menahan diri dari keluh kesah dan menahan diri dari mengadu kepada selain Allah SWT
             ketika tertimpa musibah atau bencana
       ii.   Menahan diri dalam mengerjakan semua perintah Allah.
      iii.   Menahan diri dalam meninggalkan semua larangan Allah.

6.   Syukur - Sentiasa bersyukur dalam apa juga keadaan yaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat
      yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat serta sujud kepada Allah SWT

7.   Ikhlas dan benar - Sifat ikhlas ialah memfokuskan niat dalam setiap ibadah atau kerja dilakukan
      semata-mata karena Allah

8.   Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dengan
       usaha

9.   Redha dengan Qadak dan Qadar

10. Mengingati Mati - Hadis Nabi SAW bermaksud ;
            "Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan
             sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”



Lirik Nasyid Sifat Mahmudah - Hijaz

Inilah Sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata


Ya Allah,  jadikanlah Aku hambaMU yang dapat menjadikan sifat ini sebagai salah satu sifat yang menghiasi penghujung hidupku ini.  Amin...

Klik untuk Video Nasyid Sifat Mahmudah

    No comments: