Monday, September 12, 2011

Sanah Helwah...

Assalamualaikum WRM WBK

Tanggal 12 September 1996, dengan kurnia Allah anak kami Wafiqa Husna telah selamat di lahirkan.  Masa bergerak pantas sehingga kini dia telah berusia 15 tahun.

Pada petang tadi dia telah bersalam dengan aku dan umminya untuk memohon ampun dan maaf di atas segala dosa-dosa dan keterlanjurannya.  Dia juga memngucapkan rasa syukurnya serta terima kasih yang bersangatan kepada kami berdua kerana telah membesarkan dia sehingga ke tarikh ini.

"Abie tiada apa hadiah hendak beri pada kak yang"  kataku menyambut salamnya.   Dia menjawab dengan satu jawapan yang membuatkan hatiku tersentuh dan sangat-sangat rasa bersyukur ke hadrat Allah.  "Tidak perlu Abie!,  sepatutnya Kak Yang yang berikan hadiah buat Abie dan Ummie... Apatah lagi Ummie,  Dia mempertaruhkan nyawanya ketika melahirkan Kak Yang.  Tidak mampu Kak Yang balas jasa dan pengorbanan Ummie untuk pengorbanan itu apatah lagi untuk membalas setiap keringat Abie dan Ummie membesarkan Kak Yang sehingga ke hari ini..."  Aku terdiam dan amat tersentuh dengan kata-katanya ketika bersalam dan mencium tanganku dan is3ku dihari ulang tahun kelahirannya.


Terfikir akan betapa benar kata-katanya bahawa sepatutnya di hari ulang tahun kelahiran, kita perlu banyak bersyukur pada Allah atas kurnia umur yang di berikan.  Serta memohon ampun dan maaf kepada kedua ibu ayah yang kerana merekalah adanya kita di dunia ini.   Memang pasti aku sendiri tidak mampu membalasi jasa kedua ibu bapaku.  Sepanjang hidupku,  tidak pernah aku menghulurkan hadiah buat ibu ayah di hari ulang tahun kelahiranku sebagai rasa terima kasih dengan memberikan sesuatu untuk mengembirakan hati mereka.   Ya... walau tidak semahal mana, tanda ingatan itu yang lebih penting bagi melahirkan rasa bahagia buat mereka.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran Wafiqah anakku dan juga kepada semua rakan-rakan.  Semuga kamu semua dikasihi Allah.   Saya buatkan Video ini sempena hari kelahiran beliau juga buat rakan-rakan.  Sampaikan peringatan ini buat semua agar di hari ulang tahun kelahiran kita berikan sesuatu buat kedua ibu ayah kita...

Kongsikanlah buat rakan-rakan yang menyambut ulang tahun hari kelahiran...


1 comment:

zalina said...

semoga dia menjadi anak solehah utk kedua ibu bapanya.....