Thursday, August 4, 2011

SUP DAGING Power

Assalamualaikum

Di Bazar Ramadhan PPR Laksamana, ada SUP DAGING istimewa di sediakan untuk tetamu yang tidak berkesempatan untuk menyediakan juadah berbuka.
 
Selalunya pada bulan-bulan yang lain, kebiasaan pada hari Jumaat, orang dari jauh dan dekat akan datang ke Masjid Jame' Alam Shah, Jalan Tun Razak berhampiran Pasar Pudu KL,  sebelum solat jumaat, mereka akan 'pekena' sup daging masakan Wak Sururi di kedai makannya yang berhampiran dengan masjid tersebut.

SUP ni memang power dan sedap!

Jika sahabat-sahabat ingin menyajikan juadah berbuka, bolehlah singgah di Bazar Ramadhan PPR LAKSAMANA Jalan Peel KL,  ada gerai sup tersebut di situ...  Banyak lagi makanan yang di sediakan di gerai-gerai lain.    Jemputlah.

Selamat Melengkapkan Ibadah Puasa anda dengan juadah yang disediakan.



No comments: