Wednesday, July 27, 2011

Salingsapa - Kita serumpun

Assalamualaikum
Ada diantara segelintir kawan-kawan tidak suka malah memarahi bagi sesiapa yang punya akaun Facebook.

Memang tidak dapat dinafikan memang ada keburukan yang bakal terjadi jika Facebook digunakan secara melampau dan tiada batas panduannya.


Antaranya pandangan yang di lontarkan oleh kawan-kawan dalam ruangan laman forum

tranungkite


Jadi saya tunggu-tunggu juga para-para cerdik pandai IT dari Malaysia yang akan membina 1 laman sosial yang bukan Facebook.  Mungkin saya belum terjumpa atau mereka rasa tiada bekepentingan untuk mengujudkan laman seperti ini.

Dalam pada itu,  saya terjumpa sebuah laman sosial yang mungkin boleh menjadi alternatif pada orang Islam.  Dalam laman tersebut disediakan streaming ceramah, nasyid dan lain-lain yang boleh membawa kepada satu unsur yang baik.

Namun ianya dibina oleh rakan se islam dari negara jiran Indonesia.  Kalau Facebook kita ada akaun, saya rasa lebih elok kita menggunakan SalingSapa (Berteman dalam dakwah) untuk mencari kawan atau sahabat ke arah yang baik dan tidak keterlaluan.  Lagipun kitakan serumpun...


Klik Untuk Daftar

selanjutnya

Apa Komen Anda?

No comments :