Showing posts with label KONGSI ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label KONGSI ARTIKEL. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

MUTIARA PERINGATAN BUAT SAUDARIKU MUSLIMAH... APAKAH ENGKAU INGINKAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI?

Saudariku Muslimah,

Sesungguhnya kebahagiaan itu semuanya ada dalam ketaatan kepada Allah . Seluruh kebahagiaan ada bersama ketika meniti di atas manhaj (jalan) Allah dan di jalan Rasulullah, Allah berfirman:
… Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Al-Ahzab: 71)

Sesungguhnya kesengsaraan (kesesatan) seluruhnya berpunca dari kemaksiatan dan perlakuan yang ingkar kepada Allah. Sebenarnya kita memilih kebinasaan yang berpanjangan jika kita menuruti jalan yang lain selain dari manhaj (jalan) Allah dan Rasul-Nya, Allah berfirman:
Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata. (Al-Ahzab: 36)

Saudariku Muslimah,


KISAH UMAR DAN HABISH - KENYANGKAN PERUT RAKYAT

“Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya.”

Begitulah tuturkata indah yang pernah ditutur oleh lidah khalifah kedua umat Islam, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tatkala beliau dihadiahkan makanan istimewa daripada Utbah bin Farqad, gabenor Arzerbaijan. Makanan yang terkenal paling lazat di Arzerbaijan ini diberi nama habish itu dibuat daripada minyak sapi dan kurma.

Sejurus makanan tersebut dihidang di hadapan khalifah, Saidina Umar lantas bertanya apakah nama makanan tersebut dan adakah seluruh rakyat di sana dapat menikmatinya..?


Beliau dimaklumkan bahawa makanan ini hanya dapat dinikmati golongan atasan.


Kisahnya seperti berikut  ;

Tuesday, November 11, 2014

PERINGATAN BERHARGA BUAT LELAKI


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah

Allah SWT berfirman melalui Surah An-Nisa ayat pertama :
Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Menjadi ketua adalah satu ketetapan Allah kepada setiap lelaki…


Samada ketua keluarga, atau ketua kampung atau ketua sesuatu organisasi atau lain-lain lagi. Ada yang merasa seronok dengan ketetapan ini. Sehinggakan terkadang manusia leka dengan ketetapan Allah SWT ini. Terkadang mereka lalai dengan pangkat mereka sebagai seorang ketua. Tanpa mengira prestasi mereka sebagai seorang ketua yang baik.

Monday, November 3, 2014

KEWUJUDAN OKU “MEMANUSIAKAN INSAN”

DR MASZLEE MALEK / 29 Ogos 2014 / SH




AMAT menarik, dalam kebanyakan agama dan kepercayaan manusia, sikap ihsan atau belas terhadap yang lemah merupakan tema utama yang begitu bermakna.

Hubungan vertikal antara penganut kebanyakan agama dan kepercayaan tidak akan cukup tanpa wujudnya hubungan horizontal yang menghubungkan antara penganut tersebut dengan sesama manusia, haiwan dan alam sekitar.

Tidak hairanlah, kebanyakan agama menyeru kepada mentaati ibu bapa, berbuat baik kepada sesama manusia, menghormati jiran, membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sunday, September 28, 2014

JALAN MENUJU KEMENANGAN : WAHAI ORANG YANG BERSELIMUT, BANGUNLAH !!

Saya telah bertemu dengan seorang tua yang telah melepasi perjalanan usia yang sudah lama dan telah menghampiri garisan akhirat. Seluruh kepalanya telah diselaputi rambut yang memutih, garis-garis penuaan meniti wajahnya yang bersih. Saya duduk di sisinya di waktu siang hari, di kala cahaya matahari menyinari bumi. Saya melihat wajahnya berseri-seri disinari cahaya taqwa, pantulan nur dari hati yang sentiasa berhubungan dengan Allah ‘Azza wa Jalla.

Dia tidak dikenali di kalangan masyarakat, namanyapun tiada siapa yang ingat. Setelah mendengar cerita saya, dia bertanya, apakah nama persatuan kamu? Saya menjawab, kami bukan persatuan, tetapi kami adalah ikhwan fillah (saudara-saudara di jalan Allah) sahaja. Kami berhimpun di atas landasan aqidah dan fikrah. Kami cuba laksanakan pada diri kami, kemudian cuba memahamkannya kepada manusia. Fikrah kami tidak lain kecuali memahami Islam, beramal dengannya dan mengajak orang lain bersama-sama kami dalam memahami dan melaksanakan Islam. 




Monday, August 11, 2014

KISAH BENAR MUJAHIDEEN AL-QASAM TERPERANGKAP DIDALAM TEROWONG

[Mujahidin Al-Qassam terperangkap dalam terowong berminggu-minggu, akhirnya berjaya keluar dengan selamat]

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap dalam terowong bawah tanah dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.

Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan selamatnya semalam. Baki anggota Briged Al-Qassam yang lain masih dicari.



KEADAAN BUMI SEBELUM DAJJAL MUNCUL DI AKHIR ZAMAN

Manusia menghadapi ujian yang sangat berat sebelum kedatangan Dajjal. Langit tidak menurunkan hujan dan bumi menjadi kering kontang sehingga tanaman tidak dapat tumbuh. 

Dalam Sunan Ibn Majah, Shahih Ibn Khuzaimah dan Mustadrak al-Hakim diriwayatkan dari Abu Umamah bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

Sunday, June 15, 2014

KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR


Khutbah Jumaat
MADRASATUL ISLAMIAH JALAN KUARI
13 Jun 2014 / 15 Syaaban 1435
Imam / Khatib bertugas : Ustaz Husnul Yaqin bin Jalius (imam 1)
Bilal : En Mohd Maghribi bin Ismail
Tajuk Khutbah : Kegawatan di Padang Mahsyar


Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Wednesday, May 28, 2014

SOAL JAWAB - PERMASALAHAN ANAK LUAR NIKAH


SOALAN:

Salam. Maaf ganggu ustaz, nak tanya, sah ke perkahwinan wanita yang sedang hamil 6 bulan (luar nikah). Dia berkahwin dengan kekasih yang menghamilkan dia.

JAWAPAN:

Sunday, May 25, 2014

SUBURKAN KASIH SAYANG


Allah amat sangat memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada segala makhluk ciptaan-Nya. Pijaklah bumi-Nya, sedutlah udara-Nya, bernaunglah di bawah langit-Nya, gunalah cahaya matahari-Nya, lihatlah keindahan cahaya bulan-Nya, makanlah, minumlah, pakailah, kerana dengan kehendaknya hamba hamba-Nya akan dapat merasakan aliran sebuah nikmat kecintaan yang maha agung dari tuan punya segala fenomena ini iaitu Allah S.W.T..

Begitulah Allah SWT, pembina kasih sayang memerintahkan supaya dunia ini diurus dengan kasih sayang.. Barulah dunia akan jadi Syurga sebelum syurga yang kekal abadi. Justeru, jika kasih sayang tidak ditegakkan, Allah telah menjanjikan bahawa dunia ini akan dijadikan Neraka, sebelum datangnya Neraka yang sebenarnya..

BANYAK MANAKAH KESENANGAN DUNIA?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji pujian tertentu bagi Allah, yang memerintah sekian alam.. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..

Dunia adalah kesenangan yang sedikit dan masanya amat terhad, dan kesenangan itu dinikmati oleh orang baik dan orang jahat. Sedangkan akhirat adalah kesenangan yang hakiki dan abadi..

Saturday, May 10, 2014

INTELEKTUAL INGGERIS MEMELUK ISLAM KERANA PUASA

Kisahnya pada suatu hari, seorang intelektual dan sasterawan berbangsa Inggeris, Sir Rowland George Allanson, menyaksikan kaum muslimin di Pakistan sedang berpuasa. Ketika itu kebetulan sedang musim panas yang sangat terik.

"Sungguh gila orang-orang ini" kata hatinya. "Di cuaca panas terik sebegini mereka tidak minum dan tidak makan!".

Setelah menyaksikan mereka yang berpuasa tidak menampakkan mereka lemah dan letih, malahan nampak lebih segar dan tetap menjalani kehidupan dalam bahagia. Maka tergeraklah hatinya ingin mencuba untuk merasakan nikmatnya berpuasa itu.

Thursday, May 8, 2014

SURAT DARI ARWAH IBU...

Aku jumpa cerita ni di wall rakan g+ dari seberang.  sedih dan pilu aku rasakan. sebab aku pun sakit dan cacat...

tak tahulah cerita ini betul atau rekaan, aku kongsikan dengan kawan-kawan semua... bacalah, sediakan tisu... 



Ya Allah, rahmatilah kedua ibu dan ayahku...

Surat yang diwasiatkan oleh seorang ibu untuk diberikan kepada anaknya yang telah lama tidak datang menjenguknya di hospital.  Menurut anaknya, dia ada tugasan di luar negara sedangkan dia tahu ketika itu ibu dia sedang sakit tenat.  Sebelumnya pun dia jarang datang melawat ibu ini, tetapi meninggalkan bayaran yang banyak kepada pihak hospital untuk menjaga ibunya yang sedang sakit dan cacat itu...

Ibu ini yang sangat rindu akan anaknya telah meminta seorang jururawat di situ untuk menuliskan surat ini dan menyampaikan kepada anaknya ketika dia telah meninggal dunia.


SURAT DARI ARWAH IBU...

Sunday, April 27, 2014

KISAH TAULADAN, BUNGKUSAN NASI DARI IBU

Cerita ini saya baca di google plus rakan Indonesia, yang sangat memberi kesedaran.  Saya susun semula dalam bahasa Malaysia atau bahasa Melayu yang mudah di fahami.  Mari kita hayati kisah ini ;

Aku bekerja malam dan habis bekerja waktu pagi. Seperti kebiasaan, aku akan dapat melihat bermacam peristiwa didalam perjalanan pulangku. Namun di satu pagi ketika aku pulang dari pejabat dengan menaiki keretaku, disatu persimpangan ketika menunggu lampu isyarat, entah mengapa mataku terpaku melihat satu peristiwa yang sangat menarik yang selama ini tidak aku hiraukan. Seorang remaja berumur dalam lingkungan belasan tahun dengan bersungguh menyelinap dicelah-celah kesesakan kenderaan disebuah salah sebuah jalan di kota Jakarta.

Dengan membawa bungkusan yang cukup banyak, dia mengayuh basikal, mundar mandir membahagi-bahagikan bungkusan tersebut.  Dia amat peramah sekali dengan setiap orang.  Bila bertemu dengan peminta sedekah atau warga gelandangan, tukang sapu dan beberapa orang susah yang berada di sekitar tempat itu, dia akan memberikan bungkusan itu kepada mereka diiringi senyuman.

Peristiwa ini membuatkan hati aku makin tertanya-tanya dan tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan peristiwa yang ku lihat itu. Fikiranku tertanya-tanya apakah yang diberikan oleh si remaja tersebut didalam bungkusan itu. Mungkin makanan... Adakah dia sedang berniaga? Kalau dia berniaga, mana mungkin seorang peminta sedekah dan orang gelandangan menjadi pelanggan tetapnya...?




Sunday, July 8, 2012

Adab Bersolek Dalam Islam

HANYA GAMBAR HIASAN

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:

1. Apabila menghadap cermin bacalah: Selawat 3 X

Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.

2. Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan Mulut, Hidung, Mata, Dahi
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

3. Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) (seperti diatas) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke Mulut, Hidung, Mata, Dagu.

Selamat beramal..

Tolong sampaikan pesanan berguna dunia akhirat ini kepada rakan anda.

-

 ~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

Wednesday, December 7, 2011

Jangan Bersedih, Inilah Jalan-Jalan untuk menuju Bahagia

Berikut adalah pesanan untuk mencapai kebahagiaan, yang diberikan oleh Sheikh `A'id Al-Qarni (Pengarang buku La Tahzan / Jangan bersedih)

Jangan Bersedih, Inilah Jalan-Jalan untuk menuju Bahagia

  • Sedarilah bahawa jika anda memikirkan hidup hanya hari ini sahaja, maka akan semakin buntulah fikiran anda, semakin bercelaru semua urusan,dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegusaran hati anda.
 

  • Inilah makna sabda Rasulullah SAW : "Jika tiba waktu pagi, janganlah menunggu hari petang; dan jika petang tiba, janganlah pula menunggu hingga waktu pagi."

  • Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, karena mengingati dan hanya memikirkan pada perkara yang telah berlalu merupakan tindakan yang bodoh dan merugikan.

  • Jangan terlalu memikirkan masa depan, sebab ia masih berada di alam gaib. Usahakan yang terbaik dan tawakkal dan pasti ia datang dengan sendirinya.

  • Jangan mudah tersinggung dengan kritikan. Jadilah orang yang tetap pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

Tuesday, November 29, 2011

Cinta & Cita-Cita


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Definisi CINTA Dalam Al Qur’an (SUMBER - KLIK)

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.

Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).”
Dalam ayat ini Hubb yakni Cinta adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia sama ada manusia beriman maupun manusia tidak.


Manakala Cita membawa makna rasa, perasaan, keinginan, hasrat gagasan, idea, angan-angan dan apa yang ingin di capai dari cita tersebut. (SUMBER - KLIK)

Setelah membaca luahan hati seorang rakan, (~KLIK SINI~) saya ingin memberi respon pada tulisan beliau muga ada manfaatnya untuk kebaikan bersama.

Wednesday, March 30, 2011

Kisah Kancil Cucuk Angin EVO7

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.  Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.  Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.
Tiba-tiba datanglah sebuah kereta EVO7 berhenti di sebelah kancil tadi.   "Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?"  tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.   "aa'ha rosak"  jawap pakcik tu simple aje.... "Ok, cam nie, saya ada tali,  nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea. "Worrait gak tu...",   tapi....,  nanti  kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan HON dan bagi HIGH BEAM" tegas pakcik kerisauan.

Tuesday, March 29, 2011

Disebalik peristiwa Tsunami - Fenomena Aneh Ikan


SUNDAY, MARCH 13, 2011
SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak.
Seorang lelaki sedang mengambil foto sebuah kumpulan kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco
Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak

Wednesday, March 23, 2011

Syair Selimut Putih

Assalamualaikum

Sewaktu kecil, hampir setiap pagi minggu,  abah akan mengejutkan kami sekeluarga agar bersiap untuk dibawa ke Kuliah Subuh di Masjid Dato Keramat atau Masjid Kampung baru. Antara penceramah yang sering mengisi jadual Kuliah Subuh yang menjadi pilihan abah ialah Ustaz Shahar yang selalunya abah dan arwah mak akan menyebutnya sebagai 'Ustaz Shahar Jeram' kerana rumahnya di Jeram, Selangor.  Sebagai kanak-kanak, mengikut abah ke Kuliah Subuh adalah satu aktiviti yang tidak digemari.  Namun abah dalam bab mengikutnya ke Kuliah Pengajian tidak pernah mahu 'berkompromi' dengan anak-anaknya.

Sampai masa mahu tidak mahu, ikut tetap kena ikut... kalau tidak, tahulah padahnya.  Selalunya sebagai kami adik beradik akan bermain-main dan bukannya mendengar kuliah sangatpun. Abah tak marah, asalkan jangan bising dan ikut sahaja dia pergi ke mana-mana kuliah.  Tetapi setelah berusia begini aku menyedari betapa peri pentingnya anak-anak dibawa mendekati masjid dan kuliah agama.  Ilmu Allah akan tetap mengalir ke sudut hati walaupun ketika itu kami acuh tidak acuh sahaja mendengarnya.  Tetapi bila kuliah yang di sampaikan oleh Arwah Ustaz Shahar, kami adik beradik akan duduk mendengarnya walau kadang-kadang tidak berapa faham akan apa yang disampaikan kerana masih kanak-kanak 'ribena' ketika itu.  Kami tidak berganjak kerana mahu mendengar Syair-Syair beliau dan yang paling aku dan adik beradik ingati ialah Syair Selimut Putih.  Kini telah lama Ustaz Shahar pergi mendahului, namun Syair itu tetap terpahat di ingatan.



Seorang rakan 'pesbuk' memintaku mensyairkan semula Syair Selimut Putih ini, setelah dalam perbualan dia bertanyakan tentang Ustaz Shahar.  "abi syairkanlah kembali syair itu,  saya teringin nak dengar!"  begitulah lebih kurang pintanya.