Showing posts with label CORETANKU. Show all posts
Showing posts with label CORETANKU. Show all posts

Friday, May 29, 2015

AMANAT TOK GURU - PENSYARAH AGAMA JANGAN JADI MAMAK JUAL REMPAH

AMANAT BERHARGA ALLAHYARHAM TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT - AL-FATIHAH




PENSYARAH AGAMA JANGAN JADI MAMAK JUAL REMPAH

AMANAT BERHARGA ALLAHYARHAM TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT - AL-FATIHAH

PENSYARAH AGAMA JANGAN JADI MAMAK JUAL REMPAH

Kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru yang amat terkesan dengan memberi peringatan kepada ORANG-ORANG PANDAI AGAMA dengan perbandingan MAMAK JUAL REMPAH...

Ikuti ceramah Tok Guru yang intipatinya seperti berikut mengikut kefahaman saya...

bagaimana sehari dua ini timbul masalah hudud, ada setengah pensyarah, bertaraf universiti, dia kata hudud ini gagal...

Ini kerana menurut pengalaman yang mereka lihat negara-negara yang melaksanakan hudud, semuanya gagal.

Tok Guru menegaskan pensyarah seperti ini, tidak mahu membela Islam, malah mematikan islam itu tanpa disedari, kerana berfikir mengikut fikiran orang lain, tetapi tidak berfikir secara menuruti kehendak dan perintah Allah

Tok Guru bertanya jika hudud ini gagal, mengapa kita mendirikan sembahyang yakni SOLAT?

Sesungguhnya sembahyang itu boleh mengikat manusia daripada melakukan perkara keji dan mungkar apatah lagi menderhakai Allah. Tetapi apa yang kita lihat ketika ramai hamba allah yang mendirikan SOLAT, perkara-perkara mungkar dan kejahatan berlaku juga..

sembahyang, sembahyang juga.. berjudi, berjudi juga.. ertinya sembahyang ini gagal.. maknanya jika berlaku judi, rasuah, membunuh orang juga, tidak perlulah mendirikan sembahyang? dah kalau sembahyang, ada juga benda mungkar dan maksiat berlaku..

"bodoh pensyarah macam ini" katanya dalam nada sinis bagi yang membentang masalah-masalah hudud tanpa mahu memikirkan cara atau jalan untuk segera melaksanakan.

Ramai sudah rakyat Malaysia mati di tali gantung.., kes dadah, kes senjata api...., tapi dadah tetap ada juga..! kes senjata api pun ada juga..! apakah bermakna bila hukuman yang dijalankan itu tidak memberi kesan, maka janganlah laksanakan hukuman lagi? kerana bila digantungpun... (hukuman yang paling ditakuti) dadah tetap ada, penyalah gunaan senjata api telah berlaku!

"Pensyarah macam ini tidak patut ada!" tambah Tok Guru lagi dalam ceramahnya.

Tok guru memberi contoh, seperti kedai mamak yang menjual rempah ratus. Bila kita pergi ke kedai mamak, kita bertanya "mamak..., lengkuas ada?? ADA jawab mamak... bunga cengkih?? ada! asam?? ada! sebarang jenis rempah semuanya ada di kedai mamak tersebut. tapi kalau suruh mamak itu memasak nasi minyak atau masakan lain, belum tentu dia boleh memasaknya. walaupun semua jenis rempah ratus ada dijualnya.

samalah seperti pensyarah ini, dia berceramah boleh, menceritakan kelemahan perlaksana hudud dengan pelbagai fakta dan contoh, tapi bukan untuk bersama bagi menjari jalan bagaimana hudud boleh dilaksanakan! Berceramah hebat mencari hujah menangguhkan, tapi tidak mampu untuk menjari hujah dan jalan dengan ilmu yang mereka ada untuk melaksanakan.

Sebab itulah Allahyarham Tok Guru memberikan perbandingan Mamak yang menjual rempah tidak semestinya tahu mengadun rempah itu agar sempuna menjadi nasi minyak.... dengan ilmu yang ada, kita tidak sekadar berceramah dan mencari kelemahan dan kekurangan hudud sebaliknya dengan ilmu tersebut kita seperti tidak tahu mengadun ilmu itu agar HUDUD berjaya dilaksanakan dengan sempurna seperti MAMAK PENJUAL REMPAH...

selebihnya dengar kuliah tok guru ini di -> KLIK

fikir-fikirkan....

Omar Abdul Aziz

kuliah di FB > https://www.facebook.com/video.php?v=890932727614500


*** RAYUAN KELAS AMAL WARGA OKU ***


Kelas Tuisyen untuk Anak Yatim, Anak-anak OKU dan Anak-anak Warga Kurang Berkemampuan sedang berjalan. Kursus ini berjalan atas tajaan rakan-rakan semua...

Pada yang ingin menyumbang

No Akaun Maybank

164 017 121 521

atas nama OMAR BIN ABDUL AZIZ

NO TELEFON : 012 555 0546

Jazakallah


Tuesday, December 30, 2014

PAK NGAH KATERING (D' LAKSAMANA CATERING)

Setiap kali ada program termasuk Projek Bimbing dan Dakwah di Kampung-kampung Orang Asli, Team DOA selalunya akan menempah makanan dekat Pak Ngah, peniaga Kedai Makan di Food Court PPR Laksamana.

Istimewanya, Pak Ngah akan memberikan harga yang 'istimewa gilerr' untuk tempahan makanan bagi projek amal terutama di Kampung Orang Asli Ulu Batu.

Sudahlah harganya yang sangat murah, Pak Ngah berikan pula kueh atau makanan lain sebagai tambahan.

Pernah 1 ketika, kami kekurangan bajet untuk menjalankan aktiviti, Pak Ngah telah meletakkan harga luar jangka murahnya bagi membolehkan kami menggunakan lebihan kewangan pada masa itu untuk keperluan lain.

Monday, November 17, 2014

KENAPA SAYA TENGOK VIDEO TAPI GAMBAR PECAH

"Bila saya tonton Video di Facebook atau Youtube, gambar dia pecah atau tak clear"


Ramai yang telah tahu cara-caranya, namun ada juga yang masih belum tahu.

Kami OAA MICROSYSTEM akan membimbing anda yang memerlukan maklumat ini.

Pertamanya pastikan kelajuan Internet mampu untuk memproses HD VIDEO dalam masa yang singkat, jika tidak anda perlu mengambil masa yang lebih sedikit.

Sunday, August 24, 2014

HARI JADI DIA... AKU MINTAK HADIAH... AKU DAPAT ! ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum.

Seronoknya aku dapat lukisan yang cantik dari kartunis yang amat baik hati.

Sebenarnya ketika buka Facebook, terlihat notification bahawa hari ini adalah hari jadi Tuan Azman MatNoh...



Semenjak dua menjak ni, aku memang malas nak ucap hari jadi kawan-kawan dalam Facebook, bukan apa... kerja akupun banyak yang tak jadi-jadi, jadi nak ucap selamat hari jadipun, aku jadi malas. Tetapi kerana hormatkan Tuan Azman MatNoh ni, akupun hartarlah jugak ucapan bergambar... bukan ada kata-katapon...

Monday, May 26, 2014

FITRAH HIDUP ; DATANG DAN PERGI

Akhir hidup ialah kematian, dan kita diminta melihat kematian sepertimana yang diperintahkan Allah S.W.T untuk kita melihatnya. Kematian dalam Islam bukanlah satu pengakhiran, sepertimana yang difahami ramai manusia. Sebenarnya mati merupakan permulaan kehidupan yang tidak lagi ada kematian selepasnya. Hidup sebelum mati itu penting, tetapi hidup selepas mati itu lebih hakiki dan abadi. Mati pada hakikatnya hanyalah satu proses perpindahan ke satu dunia lain. Sebagaimana proses kelahiran yang memindahkan kita dari alam rahim ke alam dunia, proses kematian pula memindahkan kita dari dunia ke alam barzakh.

Namun, sayangnya kita lebih banyak membuat persiapan menyambut kelahiran berbanding kematian. Sebab itu ada gurauan sinis yang mengatakan bahawa.. "Manusia lebih berminat membincangkan berkenaan kain lampin berbanding kain kapan". Perkara perkara lain dalam kehidupan seperti kelahiran, perniagaan, perkahwinan bukanlah sesuatu yang pasti, tetapi kematian adalah satu kepastian bagi setiap yang bernyawa..


Apabila berlaku kematian, kita sebut,
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎
yang bermaksud,
“Daripada Allah kami datang, dan kepada Allah kami akan dikembalikan.” 
Jadi, jika kita tahu kita akan kembali kepada Allah, adakah kita melupakan persiapannya? Kita perlu buat persiapan dan persediaan. Inilah kesan positifnya. Kita akan memperbanyakkan ibadah ibadah asas, sunat dan umum. 

Sunday, May 25, 2014

SUBURKAN KASIH SAYANG


Allah amat sangat memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada segala makhluk ciptaan-Nya. Pijaklah bumi-Nya, sedutlah udara-Nya, bernaunglah di bawah langit-Nya, gunalah cahaya matahari-Nya, lihatlah keindahan cahaya bulan-Nya, makanlah, minumlah, pakailah, kerana dengan kehendaknya hamba hamba-Nya akan dapat merasakan aliran sebuah nikmat kecintaan yang maha agung dari tuan punya segala fenomena ini iaitu Allah S.W.T..

Begitulah Allah SWT, pembina kasih sayang memerintahkan supaya dunia ini diurus dengan kasih sayang.. Barulah dunia akan jadi Syurga sebelum syurga yang kekal abadi. Justeru, jika kasih sayang tidak ditegakkan, Allah telah menjanjikan bahawa dunia ini akan dijadikan Neraka, sebelum datangnya Neraka yang sebenarnya..

Monday, September 12, 2011

Sanah Helwah...

Assalamualaikum WRM WBK

Tanggal 12 September 1996, dengan kurnia Allah anak kami Wafiqa Husna telah selamat di lahirkan.  Masa bergerak pantas sehingga kini dia telah berusia 15 tahun.

Pada petang tadi dia telah bersalam dengan aku dan umminya untuk memohon ampun dan maaf di atas segala dosa-dosa dan keterlanjurannya.  Dia juga memngucapkan rasa syukurnya serta terima kasih yang bersangatan kepada kami berdua kerana telah membesarkan dia sehingga ke tarikh ini.

"Abie tiada apa hadiah hendak beri pada kak yang"  kataku menyambut salamnya.   Dia menjawab dengan satu jawapan yang membuatkan hatiku tersentuh dan sangat-sangat rasa bersyukur ke hadrat Allah.  "Tidak perlu Abie!,  sepatutnya Kak Yang yang berikan hadiah buat Abie dan Ummie... Apatah lagi Ummie,  Dia mempertaruhkan nyawanya ketika melahirkan Kak Yang.  Tidak mampu Kak Yang balas jasa dan pengorbanan Ummie untuk pengorbanan itu apatah lagi untuk membalas setiap keringat Abie dan Ummie membesarkan Kak Yang sehingga ke hari ini..."  Aku terdiam dan amat tersentuh dengan kata-katanya ketika bersalam dan mencium tanganku dan is3ku dihari ulang tahun kelahirannya.

Saturday, August 20, 2011

Macam Khinzir (Maaf saya menyebutnya)

Dalam perbualan CHAT sebentar tadi, seorang rakan facebook menegur dan berbuallah kami pada ruang chat.  Dia menyatakan sangat terharu melihat video tentang pasangan couple yang bercinta dan terlanjur dan akhirnya membuang anak yang dilahirkan yang ada diantaranya terbunuh.

Video Korban Getaran Cinta


"dah banyak kali saya tengok video tu abie" tulisnya dalam CHAT menyambung perbualan.  "kongsikan dengan kawan-kawan, muga ada manfaatnya" tambah saya lagi.

"Abie, tadi sepupu saya datang berbuka di rumah kami dengan keluarganya, saya nak tunjukkan video tu.  Selalunya saya taip 'aku (jarak) oku' dah dapat jumpa video tu... tapi tadi saya taip 'akuoku tanpa jarak', saya terjumpa video Abie jalan dengan kerusi roda.  Senyum saya tengok video tu, tengok Abie" tulisnya lagi.

"Ye..." sambung saya ringkas seperti biasa bila tangan dah lenguh menjawab CHAT, saya akan menjawab dengan ringkas.

"Kalau saya cakap, Abie jangan marah ye..." dia bertanya yang membuatkan saya tertanya-tanya mesti ada yang tak kena dengan Video saya tu.  "Cakaplah, Abie tak marah..." pengakuan saya agar dia memberi tahu dan sememangnya saya ingin tahu.

Tuesday, March 29, 2011

Disebalik peristiwa Tsunami - Fenomena Aneh Ikan


SUNDAY, MARCH 13, 2011
SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak.
Seorang lelaki sedang mengambil foto sebuah kumpulan kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco
Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak

Wednesday, March 23, 2011

Syair Selimut Putih

Assalamualaikum

Sewaktu kecil, hampir setiap pagi minggu,  abah akan mengejutkan kami sekeluarga agar bersiap untuk dibawa ke Kuliah Subuh di Masjid Dato Keramat atau Masjid Kampung baru. Antara penceramah yang sering mengisi jadual Kuliah Subuh yang menjadi pilihan abah ialah Ustaz Shahar yang selalunya abah dan arwah mak akan menyebutnya sebagai 'Ustaz Shahar Jeram' kerana rumahnya di Jeram, Selangor.  Sebagai kanak-kanak, mengikut abah ke Kuliah Subuh adalah satu aktiviti yang tidak digemari.  Namun abah dalam bab mengikutnya ke Kuliah Pengajian tidak pernah mahu 'berkompromi' dengan anak-anaknya.

Sampai masa mahu tidak mahu, ikut tetap kena ikut... kalau tidak, tahulah padahnya.  Selalunya sebagai kami adik beradik akan bermain-main dan bukannya mendengar kuliah sangatpun. Abah tak marah, asalkan jangan bising dan ikut sahaja dia pergi ke mana-mana kuliah.  Tetapi setelah berusia begini aku menyedari betapa peri pentingnya anak-anak dibawa mendekati masjid dan kuliah agama.  Ilmu Allah akan tetap mengalir ke sudut hati walaupun ketika itu kami acuh tidak acuh sahaja mendengarnya.  Tetapi bila kuliah yang di sampaikan oleh Arwah Ustaz Shahar, kami adik beradik akan duduk mendengarnya walau kadang-kadang tidak berapa faham akan apa yang disampaikan kerana masih kanak-kanak 'ribena' ketika itu.  Kami tidak berganjak kerana mahu mendengar Syair-Syair beliau dan yang paling aku dan adik beradik ingati ialah Syair Selimut Putih.  Kini telah lama Ustaz Shahar pergi mendahului, namun Syair itu tetap terpahat di ingatan.



Seorang rakan 'pesbuk' memintaku mensyairkan semula Syair Selimut Putih ini, setelah dalam perbualan dia bertanyakan tentang Ustaz Shahar.  "abi syairkanlah kembali syair itu,  saya teringin nak dengar!"  begitulah lebih kurang pintanya.

Tuesday, March 22, 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI




Sewaktu alam persekolahan dulu, aku ada mengikuti Tuisyen di Institut Hidayah.  Tuisyen disini seronok, pelajar bukan sahaja di beri pendidikan dari sudut peperiksaan yang akan diambil,  tetapi diberi juga pendedahan demi pendedahan tentang kefahaman Islam.  Waktu Cuti tenaga pengajar akan bergabung dengan murid untuk mengankurkan kursus-kursus kesedaran dan kefahaman Islam.  Antaranya aku terjumpa kertas kerja ini yang aku simpan hingga hari ini.  Aku kongsikan buat kawan dan teman-teman...



Tanggungjawab Suami Isteri

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.   Segala puji bagi Allah, tuhan seru sekalian alam. Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Dan seterusnya kepada para sahabat, para tabi'in hingga akhir zaman. Amin.

Apabila jodoh sudah ditemui dan aqad nikah sudah dijalankan, maka bermulalah kedua-dua pasangan hidup di alam baru yang belum pernah di tempuh dan masing-masing merenung kehadapan dengan penuh yakin bahasa kebahagiaan akan di nikmati dan akan menempuh ketenteraman serta keamanan.

Sebelum masing-masing melaksanakan tanggungjawabnya, apa yang paling penting hendaklah mengenal siapa dirinya sekarang dan siapa dihadapannya sekarang.  Bagi seorang lelaki hendaklah sedar bahawa dirinya seorang suami yang di bebani amanah dari Allah, iaitu seorang wanita yang dijadikan simboliknya seperti tulang rusuk yang bengkok, jika di luruskan dengan kuat akan patah, jika di biarkn akan terus bengkok, maka fikirkan bagaimana akan menghadapi wanita seperti isterinya ini?

Tuesday, March 15, 2011

Tudung dan Topi keledar



(Sebelum ini cerita ini saya muatkan di FB saya.  Saya update sikit cerita ni sebab nak abadikan di blog ni pulak)  link 

Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut.  Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling,  datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan gendai gunting itu juga.

Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya,  budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu,


"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.


"Ya dik..." jawabnya


Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"


Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman...  lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.


Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takutpun bila tak pakai tudung kepala...!  Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...!   Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat,  kena bakar kalau tak pakai tudung!"


Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...


Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun.... 

Fikir2kanlah

Sunday, March 13, 2011

Doa ayah cepat mati

PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu.  Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.

Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.
Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.

Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.

“Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.

selanjutnya di MyMetro

Bersyukur sebahagian besar anak-anak yang punya seorang ayah yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik,  hingga lahirnya kita dalam kehidupan yang sesempurna ini sekarang.   Namun ada segelintir masyarakat yang akan melalui penderitaan hidup akibat kepincangan didikan yang akan menyebabkan mereka menanggung derita hingga memungkinkan mereka mendoakan kepada ayah mereka seperti doa di keratan akhbar di atas.

Tuesday, March 8, 2011

Menang atau Kalah dalam perjuangan


Kemenangan yang di perolehi, bukanlah tanda kebenaran atau kebathilan sesuatu yang di perjuangkan. Siapa yang menang bukan makna dia betul kerana kemenangan, siapa yang kalah pula bukan bermakna dia salah kerana kekalahan.

Friday, March 4, 2011

Memimpin Cinta Kepada Bahagia



Rasa bahagia dari alam rumah tangga yang lahir dari cinta itu, hakikatnya bukanlah meruntun kepada kesempurnaan fizikal semata-mata. Sebaliknya walaupun kurang sempurna, tetapi bila cinta dihargai dengan melalui pengorbanan, kasih dan sayang itulah yang akan menjadikan ikatan cinta itu boleh membawa bahagia.

Mohd Samadee Samsi yang menyapa di ruang chatbox FB pada 3.3.11 antara jam 11.25-12.04 telah membuatkan aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman hidupnya.


Friday, February 25, 2011

Di mana MDAM?

dan salam persaudaraan pada rakan-rakan yang bukan beragama Islam.

Dimana MDAM?

Masa saya masih bekerja di Jabatan Peguam Negara tak ingat tahun berapa, MUSCULAR DUSTROPHY ASSOCIATION MALAYSIA (MDAM) ini ada ditubuhkan untuk mengumpulkan pengidap-pengidap Muscular Dystrophy bagi membantu dan menjaga kepentingan mereka. Ketika itu, seingat saya persatuan ini dipimpin oleh Prof. Zaleha yang ketika itu dari Universiti Hospital PJ.

Friday, February 18, 2011

Kenangan - Pujaan Hatiku

Kenangan pada musim cuti hari raya yang lepas (2010). Aku yang sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang sekali setahun sahaja dapat balik ke kampung, teringin untuk tinggal agak lama sikit di kampung bagi melepaskan rindu pada Abah, Ibu dan kedamaian kampungku. Keadaan sakit yang kuhidapi ini, menyukarkan aku untuk selalu balik menziarahi Abah dan Ibu, apatah lagi Abah yang kini sering sakit mungkin faktor umurnya yang terlalu tua.


Isteriku bersama Kak Yang, Kak Chik dan Aslah (anak-anakku yang kecilku) telah pulang ke KL terlebih dahulu bersama adik beradikku yang lain. Aku memujuk Angah Ali anakku dan Angah Nazir anak saudaraku agar tinggal bersamaku untuk menguruskan perihal kehidupanku ketika di kampung seperti ke tandas, mengangkat naik ke katil dan lain-lain keperluan. Dan yang paling pentingnya untuk mengangkat aku masuk ke kereta ketika hendak balik ke KL nanti. Ayob ketika itu telah sakit dan tidak larat lagi untuk menguruskan aku berseorangan.


Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul dan sebuah kelahiran

السلام عليكم

12 Rabi'ul Awal 1432H bersamaan Isnin 15 Februari 2011 adalah merupakan hari yang mana merupakan hari lahirnya seorang Nabi dan Rasul yang menyeru kepada ketaatan dan kecintaan kepada Allah yang Maha Esa melalui jalan dakwahnya hinggalah Islam sampai kesetiap pelusuk dunia. Islam yang melengkapi dan menyusun hidup manusia dengan penuh tertib dan hikmah.

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".Surah Al-Ahzab : Ayat 21

Rasulullah membawa Ad-Deen (Islam) sebagai satu satu cara hidup yang pastinya akan membawa ketenangan dan kenikmatan apabila hidup itu dibina atas hikmah kasih sayang dan kecintaan yang membawa kepada redha Allah.

“Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu” (Ali Imran:31)

Saturday, February 12, 2011

SIAPAKAH YANG TIDAK PERNAH MEMINTA?

1 ketika dulu, seorang kawan pesbuk beriya-iya ingin 'membantu' aku katanya. Setelah Chat demi Chat, dari 1Email ke banyak Email... dia memujuk dengan istilah INGIN MEMBANTU... aku hampir TERPENGARUH dengan silauan duit yang tersusun indah... Terbayang betapa indahnya dunia bila duit sentiasa melimpah di saku... Tidaklah Panadol menjadi teman setiap hujung bulan kerana DUIT bukan lagi masalah padaku. Malah tak mencarinyapun dia akan tetap melimpah masuk seperti air sungai yang mengalir selepas hujuan...
Setelah pertemuan di buat, aku tak jadi nak 'joint bisness' yang boleh bagi aku cepat kaya... Kesimpulan yang aku berikan padanya, jika dia dah kaya nanti, tajalah PROJEK KURSUS KOMPUTER untuk WARGA KURANG MAMPU yang aku jalankan... Aku bimbang nanti bila aku DAH KAYA, aku akan lupakan PROJEK KURSUS KOMPUTER untuk WARGA KURANG MAMPU tersebut... Sian bebudak tu, tak ada lagi tempat mereka nak belajar dan buat kerja sekolah berkomputer mereka dengan berbimbingan.