Tiada yang istimewa yang dapat aku berikan di hari lahirmu isteriku melainkan ucapan dan doa agar kita diizinkan untuk terus bersama di syurgaNYA...
Muga dalam redha Allah sentiasa... Amiin.
Omar, suamimu...
Saturday, April 9, 2011
Thursday, April 7, 2011
Sekumpulan Debu seperti Awan...
Al-Haaqqa
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Saat yang tetap berlaku itu. (1)
Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (2)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat). (3)
Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (4)
Maka (masing-masing menerima azab dunianya), adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya. (5)
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya. (6)

Monday, April 4, 2011
Berat mata memandang...
Thursday, March 31, 2011
Kisah Burung Mengucap Syahadah
Seorang tok guru telah memelihara seekor burung yang boleh mengajuk beberapa patah perkataan yang di dengari oleh burung ini dari percakapan orang di sekitarnya. Tok Guru tersebut selalu mengajarkan burung itu menyebut khalimah لا اله الا الله. Burung yang jinak dan tidak dikurung ini akan terbang ke tempat lain dan kemudiannya akan kembali ke tempat tinggalnya di sangkar yang tergantung di rumah tok guru tersebut. Selepas penat mengajar anak-anak murid beliau, waktu lapangnya, tok guru ini akan bermain-main dengan burung itu dengan mengajarnya menyebut khalimah لا اله الا الله. Burung itu akan menyebut khalimah لا اله الا الله itu berulang-ulang dan tok guru itu amat terhibur dengan keistimewaan burung itu yang mampu menyebut khalimah syahadah itu dengan betul.
Satu hari selepas mengajar anak-anak muridnya, seperti biasa tok guru ini akan bermain-main dengan burung ini sebagai penghibur hatinya setelah penat mengajar. Dia amat terhibur bila mendengar burung
itu mampu mengucap khalimah لا اله الا الله dengan baik. Dalam keadaan dia mendengar burung itu menyebutnya berulang-ulang, tok guru itu terlelap kerana kepenatan.
Dalam masa yang sama, seekor kucing sedang mengendap untuk menangkap burung tersebut. Kucing itupun menerkam burung tersebut serta mengokak bahagian tengkok burung itu. Tok Guru tersebut terjaga dan menghalau kucing itu, namun tindakan tok guru untuk menyelamatkan burung itu telah terlambat kerana burung itu telah tercedera dan
mengerang kesakitan. Tidak berapa lama kemudian burung itu mati.
mengerang kesakitan. Tidak berapa lama kemudian burung itu mati.Guru telah berasa teramat sedih atas kematian burung itu. Beberapa hari tok guru itu termenung setelah kematian burung itu. Anak-anak murid tok guru tersebut amat merasa hairan dan pelik terhadap sikap tok guru tersebut. Tidak mungkin kerana kematian seekor burung tok guru itu sampai bersedih sebegitu rupa? Merekapun mengambil keputusan untuk bertemu dan bertanyakan hal tersebut kepada tok guru tersebut.
Kenapakah tok guru itu bersedih dan termenung sampai sebegitu rupa kerana kematian burung itu?
IKUTI KISAH SETERUSNYA DALAM LINK BERIKUT
2 - KLIK
KLIK UNTUK SUMBANGAN PENGENDALIAN BLOK YANG DIKENDALIKAN OLEH WARGA OKU
Wednesday, March 30, 2011
Cara-cara Mengelak dari terkena RASUKAN
السلام عليكم
Ketika sedang menyunting dan menyusun semula ceramah Ustaz Hishamuddin untuk dijadikan CD Ceramah jualan, saya terjumpa bab bisikan JIN yang dikupas oleh Ustaz Hishamuddin. Pada pertengahan ceramah, ustaz terdengar ada orang memanggilnya, tetapi tiada yang memanggil.
Bila saya ulang-ulang dengar memang ada kedengaran semacam suara memanggil ABAH. Jadi saya uploadkan untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan. Panggilan tu mungkin datangnya dari luar tempat Ustaz berkuliah kut...
Muga ada manfaatnya untuk kawan-kawan.
Terima kasih...
Yang pentingnya ilmu, dimana dalam ceramah ini, Ustaz telah memberi langkah-langkah untuk mengelakkan diri dari terkena rasuk (kerasukan).
Muga ada manfaatnya untuk kawan-kawan.
Terima kasih...
Kisah Kancil Cucuk Angin EVO7
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.
Tiba-tiba datanglah sebuah kereta EVO7 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "aa'ha rosak" jawap pakcik tu simple aje.... "Ok, cam nie, saya ada tali, nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea. "Worrait gak tu...", tapi...., nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan HON dan bagi HIGH BEAM" tegas pakcik kerisauan.
Tuesday, March 29, 2011
Disebalik peristiwa Tsunami - Fenomena Aneh Ikan
SUNDAY, MARCH 13, 2011
SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak.
![]() |
| Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak |
Label:
ARKIB BERITA,
CORETANKU,
GAMBAR,
ISLAM,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI,
Video
Wednesday, March 23, 2011
Syair Selimut Putih
Assalamualaikum
Sewaktu kecil, hampir setiap pagi minggu, abah akan mengejutkan kami sekeluarga agar bersiap untuk dibawa ke Kuliah Subuh di Masjid Dato Keramat atau Masjid Kampung baru. Antara penceramah yang sering mengisi jadual Kuliah Subuh yang menjadi pilihan abah ialah Ustaz Shahar yang selalunya abah dan arwah mak akan menyebutnya sebagai 'Ustaz Shahar Jeram' kerana rumahnya di Jeram, Selangor. Sebagai kanak-kanak, mengikut abah ke Kuliah Subuh adalah satu aktiviti yang tidak digemari. Namun abah dalam bab mengikutnya ke Kuliah Pengajian tidak pernah mahu 'berkompromi' dengan anak-anaknya.
Sampai masa mahu tidak mahu, ikut tetap kena ikut... kalau tidak, tahulah padahnya. Selalunya sebagai kami adik beradik akan bermain-main dan bukannya mendengar kuliah sangatpun. Abah tak marah, asalkan jangan bising dan ikut sahaja dia pergi ke mana-mana kuliah. Tetapi setelah berusia begini aku menyedari betapa peri pentingnya anak-anak dibawa mendekati masjid dan kuliah agama. Ilmu Allah akan tetap mengalir ke sudut hati walaupun ketika itu kami acuh tidak acuh sahaja mendengarnya. Tetapi bila kuliah yang di sampaikan oleh Arwah Ustaz Shahar, kami adik beradik akan duduk mendengarnya walau kadang-kadang tidak berapa faham akan apa yang disampaikan kerana masih kanak-kanak 'ribena' ketika itu. Kami tidak berganjak kerana mahu mendengar Syair-Syair beliau dan yang paling aku dan adik beradik ingati ialah Syair Selimut Putih. Kini telah lama Ustaz Shahar pergi mendahului, namun Syair itu tetap terpahat di ingatan.
Seorang rakan 'pesbuk' memintaku mensyairkan semula Syair Selimut Putih ini, setelah dalam perbualan dia bertanyakan tentang Ustaz Shahar. "abi syairkanlah kembali syair itu, saya teringin nak dengar!" begitulah lebih kurang pintanya.
Tuesday, March 22, 2011
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Sewaktu alam persekolahan dulu, aku ada mengikuti Tuisyen di Institut Hidayah. Tuisyen disini seronok, pelajar bukan sahaja di beri pendidikan dari sudut peperiksaan yang akan diambil, tetapi diberi juga pendedahan demi pendedahan tentang kefahaman Islam. Waktu Cuti tenaga pengajar akan bergabung dengan murid untuk mengankurkan kursus-kursus kesedaran dan kefahaman Islam. Antaranya aku terjumpa kertas kerja ini yang aku simpan hingga hari ini. Aku kongsikan buat kawan dan teman-teman...
Tanggungjawab Suami Isteri
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, tuhan seru sekalian alam. Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Dan seterusnya kepada para sahabat, para tabi'in hingga akhir zaman. Amin.
Apabila jodoh sudah ditemui dan aqad nikah sudah dijalankan, maka bermulalah kedua-dua pasangan hidup di alam baru yang belum pernah di tempuh dan masing-masing merenung kehadapan dengan penuh yakin bahasa kebahagiaan akan di nikmati dan akan menempuh ketenteraman serta keamanan.
Sebelum masing-masing melaksanakan tanggungjawabnya, apa yang paling penting hendaklah mengenal siapa dirinya sekarang dan siapa dihadapannya sekarang. Bagi seorang lelaki hendaklah sedar bahawa dirinya seorang suami yang di bebani amanah dari Allah, iaitu seorang wanita yang dijadikan simboliknya seperti tulang rusuk yang bengkok, jika di luruskan dengan kuat akan patah, jika di biarkn akan terus bengkok, maka fikirkan bagaimana akan menghadapi wanita seperti isterinya ini?
Label:
CORETANKU,
ISLAM,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI
IBU BAPA JUGA PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEDUA IBU BAPA
Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT ;
“Dan Kami memerintahkan kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibu bapamu! kepadaKU tempat kembali”. (Lukman:14)
Sunday, March 20, 2011
Saturday, March 19, 2011
Penghijrahan Cat Steven
Populariti dan kekayaan tidak menjamin seseorang hidup bahagia di dunia ini. CAT STEVEN, bintang pop rock era tahun '70-an, yang kemudian dikenali dengan nama YUSUF ISLAM, justeru merasakan kegelisahan hidupnya ketika sedang berada di puncak populariti dimana dia hidup di kelilingi harta. Rasa gelisah mendorongnya untuk menyusuri jalan berliku mencari Tuhan hingga dia bertemu dengan hidayah cahaya Islam dan akhirnya menjadikan beliau seorang pendakwah dengan alternatif pengalamannya dalam bidang muziknya dan aktif dalam kegiatan-kegiatan sosial yang mengajak kepada mendekati Allah .
Tuesday, March 15, 2011
Tudung dan Topi keledar
(Sebelum ini cerita ini saya muatkan di FB saya. Saya update sikit cerita ni sebab nak abadikan di blog ni pulak) link

Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling, datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan gendai gunting itu juga.
Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya, budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu,
"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.
"Ya dik..." jawabnya
Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"
Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.
Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takutpun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"
Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...
Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun....
Fikir2kanlah
Sunday, March 13, 2011
Doa ayah cepat mati
PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu. Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.
Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.
Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.
Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.
“Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.
selanjutnya di MyMetro
Bersyukur sebahagian besar anak-anak yang punya seorang ayah yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, hingga lahirnya kita dalam kehidupan yang sesempurna ini sekarang. Namun ada segelintir masyarakat yang akan melalui penderitaan hidup akibat kepincangan didikan yang akan menyebabkan mereka menanggung derita hingga memungkinkan mereka mendoakan kepada ayah mereka seperti doa di keratan akhbar di atas.

KISAH,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI
Saturday, March 12, 2011
Tsunami melanda 8.9 magnitud... Satu peringatan lagi
Pada tanggal 7 Rabiul Akhir 1432H bersamaan 7hb. Mac 2011M
Tsunami melanda...8.9 magnitud, sangat kuat. Penduduk di Pantai Timur Malaysia pun sedang berjaga-jaga, dan apakah sikap kita semua terhadap peringatan ini?
Apakah peringatan Allah ini tidak memberi kesan di hati kita semua ? Kadang-kadang Allah beri kita peringatan tetapi manusia terus leka dan tidak mahu mengambil iktibar akan segala peringatan Allah samada yang datang dalam bentuk Ayat Maqruah atau Ayat Manzurah...

Tuesday, March 8, 2011
Menang atau Kalah dalam perjuangan
Friday, March 4, 2011
Memimpin Cinta Kepada Bahagia

Rasa bahagia dari alam rumah tangga yang lahir dari cinta itu, hakikatnya bukanlah meruntun kepada kesempurnaan fizikal semata-mata. Sebaliknya walaupun kurang sempurna, tetapi bila cinta dihargai dengan melalui pengorbanan, kasih dan sayang itulah yang akan menjadikan ikatan cinta itu boleh membawa bahagia.
Mohd Samadee Samsi yang menyapa di ruang chatbox FB pada 3.3.11 antara jam 11.25-12.04 telah membuatkan aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman hidupnya.
Thursday, March 3, 2011
Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi
Ringkasan Biodata
As Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al Marbawi Rahimahullah
Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989) ialah seorang tokoh di dalam bidang persuratan yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan fiqah. Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya adalah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini.

Tuesday, March 1, 2011
Friday, February 25, 2011
Di mana MDAM?
Dimana MDAM?
Masa saya masih bekerja di Jabatan Peguam Negara tak ingat tahun berapa, MUSCULAR DUSTROPHY ASSOCIATION MALAYSIA (MDAM) ini ada ditubuhkan untuk mengumpulkan pengidap-pengidap Muscular Dystrophy bagi membantu dan menjaga kepentingan mereka. Ketika itu, seingat saya persatuan ini dipimpin oleh Prof. Zaleha yang ketika itu dari Universiti Hospital PJ.
Rasulullah SAW dengan sebiji limau
.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti teringin untuk memakannya. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabat baginda. Rasulullah SAW terus memakan limau itu. Setiap ulas yang dimakan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda Rasulullah.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti teringin untuk memakannya. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabat baginda. Rasulullah SAW terus memakan limau itu. Setiap ulas yang dimakan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda Rasulullah.
Label:
ISLAM,
KISAH,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI
Wednesday, February 23, 2011
KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Label:
ISLAM,
KISAH,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI,
Video
Sunday, February 20, 2011
Kelapa Atau Mutiara ?
السلام عليكم

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang ;
Pertama...
Kamu jadi seperti KELAPA..
Mudah diperolehi dimana-mana,
Boleh di kupas kulitnya,
Diparut isinya,
Diperah dan diambil santannya
Selepas itu dibuang hampasnya...
Label:
ISLAM,
KONGSI ARTIKEL,
PUISI,
SASTERA
Friday, February 18, 2011
Kenangan - Pujaan Hatiku
Kenangan pada musim cuti hari raya yang lepas (2010). Aku yang sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang sekali setahun sahaja dapat balik ke kampung, teringin untuk tinggal agak lama sikit di kampung bagi melepaskan rindu pada Abah, Ibu dan kedamaian kampungku. Keadaan sakit yang kuhidapi ini, menyukarkan aku untuk selalu balik menziarahi Abah dan Ibu, apatah lagi Abah yang kini sering sakit mungkin faktor umurnya yang terlalu tua.Isteriku bersama Kak Yang, Kak Chik dan Aslah (anak-anakku yang kecilku) telah pulang ke KL terlebih dahulu bersama adik beradikku yang lain. Aku memujuk Angah Ali anakku dan Angah Nazir anak saudaraku agar tinggal bersamaku untuk menguruskan perihal kehidupanku ketika di kampung seperti ke tandas, mengangkat naik ke katil dan lain-lain keperluan. Dan yang paling pentingnya untuk mengangkat aku masuk ke kereta ketika hendak balik ke KL nanti. Ayob ketika itu telah sakit dan tidak larat lagi untuk menguruskan aku berseorangan.
Wednesday, February 16, 2011
Syukur padaMU dan terima kasih buat semua...
.

السلام عليكم
Saya sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi bersama dengan masalah yang telah melanda kami tempoh hari, ekoran dari NOTIS terhadap sewa tertunggak yang telah terjadi semasa saya mula tidak boleh berjalan beberapa tahun dahulu.
Dengan berbekalkan pencen kerajaan sebanyak RM 191.92 sebulan, dan bantuan-bantuan lain yang bersifat tidak menentu, sudah pasti saya tidak dapat membayar hutang tertunggak tersebut.
Pada hari cuti Maulidur Rasul yang juga berbetulan sama dengan hari ulang tahun perkahwinan kami, anak saya yang paling kecil telah disuruh oleh isteri saya untuk membuka peti surat. Gembira tak terhingga rasanya kerana pihak Baitulmal telah mengirim satu surat makluman menyatakan bahawa pihak Baitulmal akan menyelesaikan hutang tunggakan tersebut.

Monday, February 14, 2011
Maulidur Rasul dan sebuah kelahiran
السلام عليكم
12 Rabi'ul Awal 1432H bersamaan Isnin 15 Februari 2011 adalah merupakan hari yang mana merupakan hari lahirnya seorang Nabi dan Rasul yang menyeru kepada ketaatan dan kecintaan kepada Allah yang Maha Esa melalui jalan dakwahnya hinggalah Islam sampai kesetiap pelusuk dunia. Islam yang melengkapi dan menyusun hidup manusia dengan penuh tertib dan hikmah.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".Surah Al-Ahzab : Ayat 21
Rasulullah membawa Ad-Deen (Islam) sebagai satu satu cara hidup yang pastinya akan membawa ketenangan dan kenikmatan apabila hidup itu dibina atas hikmah kasih sayang dan kecintaan yang membawa kepada redha Allah.
“Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu” (Ali Imran:31)

Saturday, February 12, 2011
Valentine's Day
.
.
Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian.
Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

SIAPAKAH YANG TIDAK PERNAH MEMINTA?
1 ketika dulu, seorang kawan pesbuk beriya-iya ingin 'membantu' aku katanya. Setelah Chat demi Chat, dari 1Email ke banyak Email... dia memujuk dengan istilah INGIN MEMBANTU... aku hampir TERPENGARUH dengan silauan duit yang tersusun indah... Terbayang betapa indahnya dunia bila duit sentiasa melimpah di saku... Tidaklah Panadol menjadi teman setiap hujung bulan kerana DUIT bukan lagi masalah padaku. Malah tak mencarinyapun dia akan tetap melimpah masuk seperti air sungai yang mengalir selepas hujuan...
Setelah pertemuan di buat, aku tak jadi nak 'joint bisness' yang boleh bagi aku cepat kaya... Kesimpulan yang aku berikan padanya, jika dia dah kaya nanti, tajalah PROJEK KURSUS KOMPUTER untuk WARGA KURANG MAMPU yang aku jalankan... Aku bimbang nanti bila aku DAH KAYA, aku akan lupakan PROJEK KURSUS KOMPUTER untuk WARGA KURANG MAMPU tersebut... Sian bebudak tu, tak ada lagi tempat mereka nak belajar dan buat kerja sekolah berkomputer mereka dengan berbimbingan.

Saturday, December 12, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)