Tuesday, November 1, 2011

Apa Ada Dalam Kaabah (2)

GAMBAR-GAMBAR KAABAH

PEMANDANGAN KAABAH DARI SATELLET (Atas)

PEMANDANGAN KAABAH HAMPIR DEKAT

GAMBAR KAABAH TERDEKAT

GAMBAR ANTIK KAABAH

Apa Ada Dalam Kaabah (1)


APA ada di dalam Kaa'bah? Hanya orang-orang tertentu saja yang dibenarkan masuk ke dalam Kaa'bah. Pintu Kaa'bah sendiri hanya dibuka 2 kali setahun iaitu sebelum Ramadhan dan sebelum musim Haji. Jadi tidak ramai yang tahu tentang isi bangunan yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia ini.

Pemegang kunci Kaa'bah, Syeikh Abdul Qadir mengatakan lantai Kaabah dibuat dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna Hijau, emas, perhiasan, dan pintu taubat. Pintu ini dibuat daripada emas.


Beliau mengungkapkan di dalam Kaabah terdapat sebuah jubin berwarna gelap yang merupakan tempat Nabi Muhammad meletakkan kepalanya ketika letih. Terdapat pula Sejumlah lampu dari zaman Empayar Ottoman dibuat dari tembaga, Perak, dan gelas berhiaskan ayat-ayat Al-Quran.

Saturday, October 22, 2011

Infak dan Sedeqah

Assalamualaikum.


Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

Hadis Riwayat Thabrani

JOM NGAJI adalah satu usaha dari saya untuk memudahkan sahabat-sahabat semua membaca AlQuran dengan panduan bacaan Qari dan Imam terkemuka, dimana saya editkan tulisan yang mudah dibaca dan meletakkan panduan garis untuk panduan hukum dan cara bacaan agar mudah diikuti.

JOM NGAJI kelolaan Sahabat OKU beroperasi tanpa tajaan mana-mana pihak dan berharap dengan bantuan DERMA/INFAK semua pihak kami dapat meneruskan usaha Projek Sahabat OKU ini.

Kami mengalu-alukan para DERMAWAN dan sahabat semua sudi bersama-sama kami menyumbang sedekah/infak bagi menjayakan dan memastikan kelangsungan projek ini.

Nama : OMAR BIN ABDUL AZIZ
Akaun No : 164 017 121 521
Bank : Maybank
Tel : 012 555 0546

atau ;

Nama : Omar bin Abdul Aziz
Akaun No : 141 022 989 660 9404
Bank : BSN
Tel : 012 555 0546

Kita mengharapkan dengan sedekah ini juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah. Oleh itu, janganlah takut untuk memberi sedikit rezeki kepada saya, kerana saya juga adalah golongan asnaf (penerima zakat) yang juga seorang OKU TEGAR. Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kelebihan rezeki yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki. Jom sama-sama turut serta dengan ikhtiar dakwah JOM NGAJI. Semoga kita adalah sebahagian hambaNya yang gemar memberi. Amin.

Semuga semuanya beroleh keredhaan dan keberkatan Allah, InsyaAllah
Terima Kasih.

OMAR ABDUL AZIZ
Tel : 012 555 0546

Sunday, October 16, 2011

Suara OKU - Salam FM

Saya copykan semua apa yang di tulis oleh penulis BLOG ini untuk dikongsikan bersama.





SUMBER

Sunday, October 16, 2011


Apabila OKU Mula Bersuara

Omar Abdul Aziz
Kehidupan warga yang bergelar Orang Kelainan Upaya atau lebih dikenali sebagai warga OKU tidaklah setabah dan seceria orang biasa walaupun kadang-kadang terdapat sebahagian daripada mereka ceria seperti tiada apa yang berlaku.


Jauh di sudut hati pasti tercetus sedikit perasaan hiba dan sedih walaupun secara kasarnya orang melihat mereka mendapat apa yang mereka inginkan tanpa merasa pedih hati mereka.


Setiap detik dan setiap inci pergerakan yang mereka lakukan memerlukan tenaga dan semangat yang berganda-ganda berbanding dengan manusia normal walaupun hanya mengambil secebis kertas ataupun hanya bergerak untuk mengalihkan badan daripada suatu tempat ke suatu tempat walaupun jaraknya hanyalah beberapa meter. Tahap keperluan kalori dan tenaga yang diperlukan adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan manusia normal.


Setiap level kehidupan mereka memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkan kejayaan seperti warga normal. Andai ketidak upayaan tersebut bermula sedari kecil, sedari kecillah pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi lebih-lebih lagi apabila berusia tujuh (7) tahun. Andai kanak-kanak biasa tidak mengalami masalah untuk bersekolah di mana-mana, tetapi tidak bagi kanak-kanak warga OKU, perkara itu tidaklah semudah yang disangkakan.


Pelbagai 'kerenah' perlu dilalui hanyalah untuk melayakkan diri bergelar sebagai seorang pelajar. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk berdepan dengan pelbagai permasalahan tersebut, pasti kanak-kanak OKU dibiarkan di rumah tanpa pembelaan sewajarnya. Dan jika hal ini berlaku, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada penjaga kanak-kanak OKU tanpa mengetahui tekanan yang terpaksa dilalui oleh mereka.


Permasalahan berterusan lebih-lebih lagi untuk melepasi setiap level kehidupan. Contohnya level daripada bergelar pelajar sekolah rendah, berganjak menjadi pelajar sekolah menengah, kemudian ke matrikulasi/ STPM, dan seterusnya ke peringkat universiti.


Cabaran yang lagi hebat menunggu apabila melepasi dunia pelajar.. Golongan OKU amat sukar untuk diterima menjadi pekerja di sektor-sektor kerajaan dan di sektor-sektor swasta. Andai ada hanyalah sebilangan kecil sahaja daripada mereka dan yang selebihnya mengganggur di rumah seolah-olah menunggu "panggilan" daripada Ilahi.


Andai ada yang diterima bekerja, hanyalah beberapa peratus sahaja daripada mereka secara keseluruhan. Apa yang dibicarakan oleh kerajaan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 1% daripada kakitangan mereka dalah daripada kalangan warga OKU hanyalah ritorik semata-mata.


Tidak kurang juga yang diterima bekerja tetapi diberikan kerja yang tidak sepatutnya dan dengan gaji yang tidak masuk akal. Tetapi disebabkan tiada pilihan, maka golongan ini terpaksa memberi peluang untuk "diambil kesempatan" memandangkan terlalu sukar untuk mendapat pekerjaan.


Andai terdapat yang 'terlebih usaha' daripada yang 'lebih usaha', mereka akan mencuba membina kerjaya sendiri seperti berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka kedai 'top up' atau kedai kecil di tepi rumah, berjualan secara kecil-kecilan di dunia maya, mengambil upah memasak, ataupun belajar kemahiran seperti menjahit pakaian.


Bunyinya agak mudah, tetapi tidaklah semudah kita menaip di facebook, menaip di blog dan tidaklah semudah kita membaca artikel ini.


Kadang-kadang usaha mereka lakukan tidak setimpal dengan perolehan yang mereka dapat disebabkan oleh pelbagai cubaan dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi serta ketidak upayaan mereka untuk bersaing dengan orang normal demi mendapatkan sesuap rezeki.


Kekangan demi kekangan terpaksa mereka tempuhi dan kebanyakan daripada mereka tidak berani tampil menyuarakan permasalahan mereka kerana tiada siapa yang akan membantu walaupun di dada-dada akhbar, di tv-tv heboh diperkatakan mengenai keisitimewaan yang bakal diperolehi oleh warga OKU.


Hanya mereka sahaja yang sedar, dan rasa serta mengetahui bahawa apa yang dihebohkan tersebut hanyalah untuk mengaburi mata di bawah sedar masyarakat sekeliling bahawa nasib golongan OKU terbela.


Untuk mendapatkan hak-hak keistimewaan bukanlah seperti mengunyah kacang di dalam mulut. Tetapi perlu menempuhi pelbagai prosedure dan kerenah birokrasi yang memakan masa bertahun-tahun dan memerlukan tenaga dan upaya untuk turun naik di jabatan-jabatan tertentu semata-mata untuk mendapatkannya.


Bagi yang kuat, mempunyai sokongan dan kemudahan akan berjaya memilikinya tetapi bagaimana pula bagi yang lain-lain yang sukar untuk bergerak ke mana-mana apatah lagi untuk pergi berulang alik ke jabatan-jabatan hanyalah untuk mendapatkannya?


Andai mereka mempunyai duit dan sumber pendapatan, pasti akan berusaha mendapatkannya dengan prosedur seperti manusian normal yang kurang kerenahnya dan memerlukan masa yang singkat berbanding untuk melalui procedur warga OKU yang lebih bersifat membantutkan.


Ikuti wawancara bersama salah seorang warga OKU, En Omar Abdul Aziz (44 tahun), salah seorang warga OKU yang tabah yang sekarang giat menjalankan perniagaannya yang berkaitan dengan perniagaan komputer. Dan di bawah setiap video tersebut tertulis siratan wawancara beliau bersama DJ Radio Salam FM dalam rancangan Suara Insani.




Kekuatan semangat perlu menjadi suatu teras kepada usaha yang dilakukan dalam perniagaan ataupun meneruskan kehidupan sebagai warga Kelainan Upaya untuk menjadi orang yang turut sama berjaya dalam kehidupan yang mana telah Allah bentangkan di atas dunia ini dengan pelbagai nikmat yang disediakan untuk kita bersama.


Siapa pun kita.. tidak kiralah kita lebih upaya atau kurang upaya.. di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala hanyalah takwa yang menjadi penilaian-Nya.


Usaha dan kegigihan untuk menjadi maju biarpun terpaksa mengharungi seribu satu cabaran cukup membuatkan kita kagum dan berasa betapa hebatnya Allah Subhanallah yang menjadikan hamba-Nya kurang upaya di pandangan mata tetapi beribu daya semangat hidup.


Personaliti En Omar Abdul Aziz (44 tahun) merupakan seorang anak kelahiran Perak, merupakan salah seorang golongan Orang Kelainan Upaya.


Mengalami kecacatan sejak daripada kecil, kehilangan upaya untuk bergerak dan perlu bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda.


Setelah beliau diberhentikan dengan pencen sebanyak RM190 sebulan, beliau telah menubuhkan sebuah perniagaan yang berkaitan dengan komputer seperti perkhidmatan membaiki komputer, mengadakan kelas komputer, jual komputer dan sebagainya.


Beliau telah merangka beberapa strategi untuk memastikan beliau tidak semata-mata menjadi orang yang menerima bantuan sepanjag masa.


Jadi untuk merubah kepada ke arah berusaha dan berdikari, beliau telah menyediakan beberapa plan tindakan di mana walaupun terpaksa berdepan dengan persaingan hebat, namun beliau tetap meneruskan usaha dengan harapan ia tetap akan berjaya.
Adat perniagaan, ada kalanya naik dan ada kalanya jatuh meruncing.


Beliau turut cuba mendapatkan dana-dana daripada orang ramai untuk menaja pelajar-pelajar, anak-anak OKU, dan anak-anak orang warga kurang berkemampuan dan menggunakan dana tersebut dengan mengadakan kelas-kelas bagi mereka serta turut menampung bayaran-bayaran serta sewa dan tuntutan-tuntutan bil untuk meneruskan perniagaan beliau dalam usaha untuk hidup berdikari.




Segagah nama Khalifah Islam, Umar Abd Aziz, semangat dan kekuatan turut mengalir ke dalam diri En Omar Abdul Aziz.


Beliau tidak pernah kalah dengan keadaan yang beliau tempuhi dan alami. Seperti insan lain, beliau mempunyai impian dan cita-cita, juga perasaan yang membolehkan beliau melalui kehidupan ini tanpa merasa erti kekurangn kerana cabaran yang beliau hadapi tidak pernah mengenal siapakah beliau.

Dalam pada itu, beliau tidak pernah jemu untuk menghantar surat dan permohonan kepada pihak yang berwajib untuk memohon supaya mereka mempertimbangkan peluang-peluang perniagaan untuk diberikan kepada golongan-golongan peniaga warga OKU.

Contohnya kerja-kerja baik pulih komputer bagi jabatan-jabatan kerajaan dan 10% atau 20 % daripadanya disalurkan kepada golongan OKU tanpa melalui kerenah birokrasi yang terlalu banyak yang kadang-kadang tidak mampu untuk disediakan oleh warga OKU.

Contohilah acara sukan sukan olimpik, mereka pisahkan dengan sukan paralimpik semata-mata kerana mereka ingin melihat kedua-dua pihak samada peserta sukan yang sihat ataupun peserta sukan warga OKU turut akan merasai kemenangan walaupun dengan cara yang berbeza.

Dalam sukan, perkara ini boleh diasingkan dan tidak mustahil dalam usaha untuk mencari nafkah dan rezeki juga pihak penguasa atau yang berkuasa boleh memikirkan sesuatu untuk membantu golongan warga OKU. Sekurang-kurangnya mengurangkan prosedur yang perlu dilalui untuk memberi keringanan dan kemudahan kepada mereka untuk hidup berdikari tanpa perlu menagih simpati sesiapa.

Memberi sedikit peruntukan kepada warga OKU untuk berniaga membolehkan mereka ini mendapat sedikit sinar dan harapan agar perniagaan yang mereka usahakan boleh mereka jayakan dan mereka jalankan dengan lancar. Warga OKU memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak untuk bangkit menyahut cabaran dunia kehidupan yang banyak rencah kerenahnya.

Untuk membiarkan OKU berdiri sendiri, berusaha sendiri tanpa memberi sedikit suntikan dan bantuan menyulitkan lagi kehidupan mereka. Adalah tidak adil sekiranya pihak yang berkuasa membiarkan golongan OKU untuk berusaha dengan kudrat yang terbatas untuk bersaing dengan golongan orang biasa yang jauh lebih gah untuk maju.

Andai diberi kerjasama, diberi bantuan, diberi peluang kerja, warga OKU akan mampu berjalan seiring dengan peniaga-peniaga lain yang sempurna untuk berjaya dalam dunia perniagaan kerana mereka hanya memerlukan sedikit suntikan untuk turut duduk sebaris bersama-sama dengan peniaga lain.

Semoga luahan rasa yang beliau lontarkan menerusi ruangan ini mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak yang berkenaan. Moga menggamit keprihatinan masyarakat terhadap golongan Kelainan Upaya yang juga mempunyai keinginan untuk hidup berdikari.

Kepada Warga OKU di luar sana yang ingin berkongsi cerita duka, hantarkan atau hubungi :

Penerbit Salam Insani,
Bahagian Media JAKIM,
Aras 3 Blog D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62519, W.P Putrajaya, Malaysia.
Nukilan : LadyBird's Life  


LINK BERKAITAN

Friday, September 30, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan

Semuga Angah (Ali Saifuddin) dan anak-anak seusianya akan dapat menghadapi peperiksaan SPM dapat menghadapinya dengan penuh yakin dan didalam naungan bantuan dan pertolongan Allah...

























AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN... DENGAN MUDAH DAN TENANG
Assalamualaikum,
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Mengayuh Hidup Demi Cinta...

























Seorang ayah tua
hampir tertidur
kakinya kebas
mengayuh hidup

Dengan ikhlas
dijalinan masa
mengayuh hidup
gemuk, kurus
maupun tua atau sidara

namun tetap bunga mimpinya
anak yang jauh
sepi-rindu malam hari
cucu yang tak tiba
waktu dicita
seharian dia di beca seusianya
tengelam dalam damai
mimpi dunianya.

Terima kasih Pokyar ~TKO



Thursday, September 29, 2011

Bahaya Gambar Anda di Internet

Setiap gambar yang di'upload'kan di Internet ada bahayanya.  Kerana gambar itu akan mudah untuk di edit dan di ubahsuia mengikut kemampuan sesuatu perisian dan kemahiran penggunanya.

Saya kongsikan gambar-gambar yang diedit ini yang telah di hantar oleh rakan ke email saya...


Jangan Suruh Member Edit Gambar Anda


Tersebutlah kisah seorang jejaka bernama Epoi (bukan nama sebenar) meminta membernya untuk edit gambar.... Di bawah ini ialah gambar sebenar...

Maka terkejut beruklah si Epoi lantaran melihat gambar-gambarnya selepas di edit.....






Hahahahaha..... Paling tak tahan gambar last. Bahaya betol! Dah private kan gambar anda di fb??? Takut2 anda pula menjadi mangsa seterusnya... Huhu


Berhati2lah semua,  ada bahayanya...


Terima kasih Zu

Letupan di Empire Subang

SUBANG JAYA 28 Sept. - Letupan kuat dari saluran gas memasak yang disangka bom di pusat beli-belah Empire Gallery, di sini awal pagi ini menggemparkan penghuni pangsapuri studio dan hotel di kompleks bangunan itu.

Kesan letupan dalam kejadian pukul 3.45 pagi itu menyebabkan enam tingkat bangunan tersebut rosak teruk, tiga buah kereta terseret beberapa meter manakala cermin di bangunan berdekatan pecah.

Kerosakan paling teruk dikesan berlaku di tingkat bawah yang menempatkan restoran dan premis perniagaan. Sepasang kekasih yang sedang berjalan berdekatan restoran itu turut tercampak beberapa meter.

Pemeriksaan pihak berkuasa mengesahkan ia berpunca daripada paip gas memasak yang meletup di sebuah restoran. 

























Wednesday, September 28, 2011

Orang Yg Normal Sebenarnya ramai yg OKU...





Rmai yg taw kn.... apa 2 OKU.... Orang Kurang Upaya la kn.... tpi itu untuk disable person yg xbleh berdikari dan memerlukan bantuan xkira lah alat bantuan or bantuan dari caregiver.... juga org yg sudh kehilangan kefungsian...... tpi untk ini... bkn nk cita sal org yg kurang upaya.... tpi.... OKU untk org yg normal.. sihat tubuh badan... yg bleh berdikari sndri..... tpi bleh di anggap OKU.... apa kah OKU untk org yg normal???....


OKU = Orang Kurang Usaha....

Bila mengharap kan bantuan org lain... sudh la awak 2 sihat tubuh badan... tpi hanya berserah... xnk berusaha... mcm mna nk dapat kejayaan?? Zaman skang nie perlukan usaha lebih n jgn putus asa.... apa yg kita tempuhi skang insyllah hasil nya berlipat kali ganda.... jdi jgn la bersifat OKU.... aku dpt ilham pn masa dlm kuliah.... Lecturer tnya apa 2 OKU... then aku slalu pikir lain dri yg sedia ada.... heheheheehe..... Jdi jgn kita seorang yg "able person" tapi ada gelaran OKU... ORANG KURANG USAHA....... 
Pekongsian dari KLIK

Sunday, September 25, 2011

Menjemput Kematian

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl




















Muga ada manfaatnya atas nilai persahabatan.

Sunday, September 18, 2011

Semakan Daftar Undi




Jika belum mendaftar untuk menjadi pengundi... daftarlah segera.
Jika sudah, jangan lupa tanggungjawab anda terhadap negara kita!

buat semakan daftar pemilih di sini :-   KLIK

selanjutnya

Saturday, September 17, 2011

Sifat Mahmudah (Terpuji)

Imam Al Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah (terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin

1.   Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan

2.   Takut kepada Allah (Taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat-
      sifatNya,  maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT

3.   Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh
      Rasullullah SAW

4.   Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu

5.   Sabar - Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut ;
        i.   Menahan diri dari keluh kesah dan menahan diri dari mengadu kepada selain Allah SWT
             ketika tertimpa musibah atau bencana
       ii.   Menahan diri dalam mengerjakan semua perintah Allah.
      iii.   Menahan diri dalam meninggalkan semua larangan Allah.

6.   Syukur - Sentiasa bersyukur dalam apa juga keadaan yaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat
      yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat serta sujud kepada Allah SWT

7.   Ikhlas dan benar - Sifat ikhlas ialah memfokuskan niat dalam setiap ibadah atau kerja dilakukan
      semata-mata karena Allah

8.   Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dengan
       usaha

9.   Redha dengan Qadak dan Qadar

10. Mengingati Mati - Hadis Nabi SAW bermaksud ;
            "Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan
             sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”



Lirik Nasyid Sifat Mahmudah - Hijaz

Inilah Sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata


Ya Allah,  jadikanlah Aku hambaMU yang dapat menjadikan sifat ini sebagai salah satu sifat yang menghiasi penghujung hidupku ini.  Amin...

Klik untuk Video Nasyid Sifat Mahmudah

    Renungilah ke dalam Diri Sendiri Untuk Terus Memperbaiki Diri



    Seseorang yang ingin menyempurnakan diri sendiri, setelah bertaubat dari segala dosa yang telah dilakukan, maka hendaklah dia sentiasa fokus melihat keaiban diri sendiri dan meninggalkan kesibukan melihat keaiban orang lain.



    Manusia yang sentiasa mencari salah dan kelemahan orang lain sentiasa lalai daripada melihat keaiban diri sendiri. Ia bagai pepatah yang mengatakan: “kuman di seberang laut pun kelihatan, tetapi gajah di hadapan mata sendiri pula tidak kelihatan”.



    Imam Hasan Al-Bashri r.a. pernah berkata:



    “Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri daripada sibuk melihat keaiban orang lain”.



    Orang yang sentiasa fokus dalam melihat kelemahan diri, akan mudah melihat ruang kekurangan diri lalu berusaha untuk membaikinya kerana Allah s.w.t. dan dengan bantuanNya. Usaha melihat ke dalam diri sendiri ini juga dikenali sebagai muhasabah diri.


    Wednesday, September 14, 2011

    Perbualan Gadis Kecil dan Ayah

    Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

    GAMBAR HIASAN
    Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

    Si ayah terus menyambung “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

    Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)


    “Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

    “lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

    “dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

    Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

    Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

    Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

    “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

    Monday, September 12, 2011

    Kisah drama Tok Janggut

    ARKIB : 11/09/2011

    Kisah drama Tok Janggut

    KIRA-KIRA sepuluh tahun lalu RTM ada menyiarkan drama purba bersiri kisah Tok Janggut. Kalau tak silap Siti pelakon watak Tok Janggut ialah Eman Manan. Sejarah mencatatkan Tok Janggut sebagai pejuang kerana menentang British.

    Siti tak pasti dalam drama itu ada atau tidak adegan Tok Janggut mati digantung kaki di atas, kepala ke bawah oleh British. Ini fakta sejarah tentang perbuatan kejam British kepada orang Melayu. Siti tak berani nak kata Tok Janggut pejuang. Sebabnya dia menentang British, banyak orang Melayu sokong British. Ada sesetengah pihak menganggap menentang British bukan pejuang kerana banyak juga orang Melayu jadi juak-juak British. Sekarang pun tak ada yang kata British kejam.

    Tapi Siti tetap percaya British berlaku kejam terhadap orang Melayu. Banyak yang dibunuh dengan persetujuan sultan. Memanglah itu arahan sultan tapi siapa yang mendesak sultan supaya membunuh orang Melayu yang menentang British. Siti juga masa zaman sekolah dulu pernah menonton teater kisah Putum yang membunuh Residen British JWW Birch.

    Siti masih ingat, penonton bangun bertepuk tangan semasa Putum merejam lembing ke tubuh Birch. Begitu bersemangat melihat penjajah dibunuh. Tapi bukan Putum saja yang dihukum bunuh malah Datuk Maharajalela. Sebabnya sama; menentang British. Kerana itu Siti percaya kalau kita bercakap tentang kekejaman, British memang kejam. Kesan kekejaman British berbekas hingga hari ini. Tapi British bijak, mereka gunakan orang Melayu untuk bunuh orang Melayu. Sebab itu Siti tengok sampai sekarang banyak orang Melayu taksub dengan British seolah-olah British penjajah yang paling baik di dunia.

    Maka Siti pun jadi takut nak menulis atau bercakap mengenai pejuang-pejuang yang menentang British. Orang Melayu pun tak bersimpati dengan Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan Rosli Dobi dan banyak lagi yang dibunuh British. Tapi Siti harap dengan munculnya banyak “sejarawan” ketika ini, tokoh-tokoh ini boleh diletakkan di tempat yang wajar. Jangan jadi “sejarawan bermusim” sudahlah.

    SITI JARUM: Tapak Warisan Dunia kita semuanya tinggalan penjajah. Kenapa ya?

    SUMBER




    Sanah Helwah...

    Assalamualaikum WRM WBK

    Tanggal 12 September 1996, dengan kurnia Allah anak kami Wafiqa Husna telah selamat di lahirkan.  Masa bergerak pantas sehingga kini dia telah berusia 15 tahun.

    Pada petang tadi dia telah bersalam dengan aku dan umminya untuk memohon ampun dan maaf di atas segala dosa-dosa dan keterlanjurannya.  Dia juga memngucapkan rasa syukurnya serta terima kasih yang bersangatan kepada kami berdua kerana telah membesarkan dia sehingga ke tarikh ini.

    "Abie tiada apa hadiah hendak beri pada kak yang"  kataku menyambut salamnya.   Dia menjawab dengan satu jawapan yang membuatkan hatiku tersentuh dan sangat-sangat rasa bersyukur ke hadrat Allah.  "Tidak perlu Abie!,  sepatutnya Kak Yang yang berikan hadiah buat Abie dan Ummie... Apatah lagi Ummie,  Dia mempertaruhkan nyawanya ketika melahirkan Kak Yang.  Tidak mampu Kak Yang balas jasa dan pengorbanan Ummie untuk pengorbanan itu apatah lagi untuk membalas setiap keringat Abie dan Ummie membesarkan Kak Yang sehingga ke hari ini..."  Aku terdiam dan amat tersentuh dengan kata-katanya ketika bersalam dan mencium tanganku dan is3ku dihari ulang tahun kelahirannya.

    Saturday, August 20, 2011

    Macam Khinzir (Maaf saya menyebutnya)

    Dalam perbualan CHAT sebentar tadi, seorang rakan facebook menegur dan berbuallah kami pada ruang chat.  Dia menyatakan sangat terharu melihat video tentang pasangan couple yang bercinta dan terlanjur dan akhirnya membuang anak yang dilahirkan yang ada diantaranya terbunuh.

    Video Korban Getaran Cinta


    "dah banyak kali saya tengok video tu abie" tulisnya dalam CHAT menyambung perbualan.  "kongsikan dengan kawan-kawan, muga ada manfaatnya" tambah saya lagi.

    "Abie, tadi sepupu saya datang berbuka di rumah kami dengan keluarganya, saya nak tunjukkan video tu.  Selalunya saya taip 'aku (jarak) oku' dah dapat jumpa video tu... tapi tadi saya taip 'akuoku tanpa jarak', saya terjumpa video Abie jalan dengan kerusi roda.  Senyum saya tengok video tu, tengok Abie" tulisnya lagi.

    "Ye..." sambung saya ringkas seperti biasa bila tangan dah lenguh menjawab CHAT, saya akan menjawab dengan ringkas.

    "Kalau saya cakap, Abie jangan marah ye..." dia bertanya yang membuatkan saya tertanya-tanya mesti ada yang tak kena dengan Video saya tu.  "Cakaplah, Abie tak marah..." pengakuan saya agar dia memberi tahu dan sememangnya saya ingin tahu.

    Monday, August 15, 2011

    'Tribute' untuk Dr. Lo' Lo' - Slide Ramadhan

    Teringat saya pada Almarhumah Dr. Lo’ Lo’ yang telah mendahului kita tidak lama sebelum Ramadhan 1432H yang lalu. Saya penuh yakin, Dr Lo’ Lo’ sedang tenang di kubur yang luas dalam kasih sayang Allah sementara menunggu Syurga yang dijanjikanNYA.

    Ramadhan yang lalu 1431H, Almarhumah Dr. Lo’ Lo’ ada menghubungi saya dan meminta saya meng’edit’kan sebuah Video ringkas yang boleh membuka pintu kesedaran sesiapa yang melihatnya agar kembali pada hidup yang di redhai Allah. Dengan sifat penyayang yang memang menjadi darah dagingnya, Almarhumah amat peka terhadap kebajikan para remaja dan sering ingin mendekati remaja agar mereka dekat dengan kehidupan berpandukan Islam. Beliau amat risau dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi terutamanya gejala membuang anak akibat dari ‘Cinta tanpa Adab’ yang terbina dan amat merasa sayu hatinya apabila melihat bayi-bayi kecil yang tidak berdosa di buang merata-rata tempat bagi menutup dosa yang telah mereka lanjurkan bersama pasangan atas nama ‘Cinta’.

    “Kadang-kadang mengalir air mata saya… sedih dan geram.” Kata Almarhumah dalam perbualan telefon tersebut. “Sedih melihat anak-anak comel menjadi mangsa nafsu serakah yang suka sangat ber’couple’ ni, ada yang sampai terbunuh, hilang kewarasan mereka kerana cinta kononnya. Geram melihat pasangan yang langsung tak takut Azab Allah hingga sanggup membunuh anak yang lahir dari perut sendiri. Dah pandai buat, tak mahu bertanggungjawab!” sambung Almarhumah dengan nada yang memang amat kesal terhadap perbuatan mungkar yang semakin menjadi-jadi.

    “Doktor nak video yang macam mana?” Tanya saya kembali setelah turut terpanggil untuk bersama-sama Almarhumah bagi memberi sedikit sumbangan membenteras gejala yang merosakkan akhlak, institusi kekeluargaan dan keturunan ini. “Buatlah macam manapun, saya nak yang terbaik dari omar“. Almarhumah memberi arahan yang ringkas mungkin untuk memudahkan saya menyempurnakannya.


    Tuesday, August 9, 2011

    Keberkatan Bangun Sahur


    عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَال َقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

    Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

    Friday, August 5, 2011

    Anonymous-24th October Warning Malaysia


    Siapa Anonymous ?
    Kenapa mereka nak menyerang ?
    Bagaimana mereka nak menyerang ?

    itu semua persoalan setiap kali video seumpama ini muncul di laman youtube.  Apapun tujuan dan bagaimana cara mereka melakukan serangan, mungkin sukar untuk di fikirkan oleh pengguna-pengguna komputer seperti kita yang hanya tahu membaca BLOG, melayari Facebook, laman-laman borak dan beberapa WEB yang dilayari dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya.

    Bagaimana pula tindakan balas dari pihak yang sepatutnya juga mungkin di luar mampu orang-orang seperti kita untuk mempelajari dan mengetahuinya.  Dengan kecanggihan teknologi, perkembangan ilmu IT dan Teknologi, semakin berkembang pula ilmu-ilmu para hackers ini untuk mencerobohi jaringan internat untuk apa juga tujuan yang mereka inginkan.


    Pemuda ini dakwanya boleh menukar apa yang akan di baca pemberita dalam siaran TV mereka.  Benar atau tidak dakwaan mereka jika ini boleh berlaku, saya ingin meng'hack' berita-berita untuk memberitahu pemerintah bahawa golongan OKU amat terpinggir dari mendapat tawaran kerja-kerja dari projek-projek yang boleh di sediakan oleh kerajaan untuk memberi peluang mereka menambahkan pendapatan dengan melakukan apa yang mampu mereka lakukan.  Seringkali saya di ajukan pertanyaan, OKU lain boleh buat gitu dan gini... kenapa kamu tak boleh? mahu saya terangkan nama OKU itu sama tapi kemampuan mereka tetap berbeza... saya sudah penat menjelaskan pada setiap orang yang menghubungi dan bertanya soalan yang sama sedangkan hakikatnya berbeza!

    Tapi tak apa lah, selagi ada laman web 1 Malaysia, saya akan terus menghantar e-mail kepada perdana menteri untuk menjelaskan perkara ini agar di pertimbangkan dengan sewajarnya.

    Mudah-mudahan 1 hari nanti saya berjaya walaupun saya tidak tahu meng'hack'...

    LINK BERKAITAN