Saturday, May 14, 2011

Jawapan untuk Soalan - 2

apa khabar cik, saya merupakan seorang student kursus mekanikal designer, ingin meminta pendapat,cik sbgai seorang OKU, untuk membantu projek akhir saya yang bertajuk " barangan keperluan untuk orang2 oku".oleh itu saya berharap cik dapatlah menyumbang idea kepada sya untuk mencipta barangan keperluan untuk orang2 OKU,segala kerjasama cik,sya ucapak terima kasih, as salam....








Waalaikumsalam.

OKU satu gelaran yang di berikan kepada Warga Golongan Kurang Upaya dalam ertikata lain Cacat Anggota atau sebagainya.  Walaupun panggilan sama, namun pemiliknya gelaran itu berbeza dari segi kemampuan mengikut bagaimana kecacatan itu dimiliki oleh setiap warga itu.  Misal contoh ada Warga OKU yang tiada kaki, tetapi tangan mereka kuat untuk mengubah kedudukan tubuh badan mereka dari satu tempat ke satu tempat.

Namun ada sebahagian warga OKU, walaupun mempunyai bentuk kaki yang sempurna namun tidak boleh bergerak dengan sendiri dan memerlukan bantuan untuk pergerakan mereka dari satu tempat ke satu tempat.  Untuk membantu OKU yang tidak boleh bergerak sendiri ini satu alat bantu perlu di fikirkan untuk membolehkan digunakan oleh warga OKU ini ketika mereka mahu bergerak dari satu tempat ke satu tempat, seperti contoh untuk turun dan naik kenderaan.

Mungkin sukar di fikirkan namun, saya percaya atas kebijaksanaan, pasti ada jalan atau cara untuk membolehkan Warga OKU yang susah bergerak ini mudah bergerak dengan menggunakan bantuan alat ini.  Misal contoh, saya amat susah untuk masuk ke kereta untuk pergi kemana-mana.  Jika ada suatu alat yang boleh mengangkat untuk masuk ke kereta maka tercipta lah 1 lagi keperluan OKU.

Saya mungkin boleh gambarkan seperti di gambar seperti berikut  ;
Ilustrasi disediakan oleh anak buah kat CC ni - Hakimi

Mungkin perkara ini di pandang kecil kecil, namun ia amat penting bagi OKU seperti saya dan rakan-rakan OKU yang sewaktu dengannya.  Bayangkan untuk balik ke kampung melihat ayah yang sakit, kena 5 atau 6 orang mengangkat masuk kereta.  Kadang-kadang balik kampung melihat ayah setahun (semasa hari raya) sekali kerana kesukaran tersebut.  Ayah telah terlalu uzur dan tidak mampu lagi untuk selalu berulang alik ke KL seperti dahulu.

Amat jarang Warga OKU yang hidup mewah.  Majoritinya berpendapatan kais pagi makan tengahari dan kain petang simpan untuk makan malam karang.  Untuk membeli kenderaan yang dilengkapi alatan yang di lengkapi hydraulic mestilah jauh panggang dari ayam yang nak di buat BBQ.

Nak harapkan kemudahan yang tersedia ada... maklumlah, sekadar ada jangan tak ada.  seperti contoh 6 buah Mobiliti untuk tampung Warga OKU sekitar Selangor dan KL... berebut dan kena booking.  Itupun untuk penghantaran sekitar KL.   Kalau ada keperluan jalan jauh, kena bayar lebih yang pasti poket Warga OKU tidak pernah sempat cukup untuk menyediakannya.  Perkhidmatan ini masih lagi belum pemerintah fikirkan untuk di ujudkan di negeri-negeri lain.  Kalau tidak boleh juga dari KL naik MOBILITI ke KLIA - sebab tiket kapal terbang OKU separuh katanya - dan bila sampai Ipoh naik MOBILITI Ipoh ke kampung rumah ayah... kan senang.  Mungkin nak tunggu projek PERMATA terlaksana terlebih dahulu, baru perkara ini boleh difikirkan... mungkin?.


Jadi sebagai pelajar yang mendalami bidang ini, fikirkanlah sesuatu peralatan seumpama yang dicadangkan agar ianya dapat memberi rasa bahagia pada Warga OKU yang amat memerlukannya.  Dengan adanya alatan yang boleh dibawa oleh Warga OKU kemana-mana sebagai alat untuk bantu pergerakan, peralatan ini akan dapat membantu Warga OKU Tegar ini untuk pergi ke tempat-tempat yang di perlukan dengan mudah.

Jika apa yang saya cadang agak tidak logik untuk dilaksanakan, fikirkan lah 1 alatan atau mesin yang boleh membantu memudahkan OKU tegar ini untuk mudah bergerak dan mudah naik dan turun kenderaan agar dunia mereka menjadi luas untuk mudah bermusafir ke mana-mana.

Wallahu a'lam, sekadar jawapan dari saya

aKu-oKu

No comments: