Thursday, November 24, 2011

Muhammad Qayyim ~ Insan Istimewa yang punya keistimewaan

Kisah Adik Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi yang di siarkan di Radio SalamFM ruangan Salam Insani pada 24 Nov. 2011 (12.15 pg) sangat-sangat bermanfaat untuk bersama kita ikuti bagi menjadi contoh dan teladan bagi mencari kejayaan dalam kehidupan, walau bagaimanapun halangan yang harus di tempohi.

Gambar Adik Qayyim di Akademi Adik-Adikku (JAKIM)



Sajak ~ Senandung Malar (M. Roslan Shariff)

Sebuah nukilan dari seorang kawan ketika zaman sekolah.  Kini bertemu semula di maya Facebook.

datanglah lembayung petang
lepas gerimis lalu
melantun senandung malar
M. ROSLAN SHARIFF
bersama sunyi
buluh perindu yang bertukar menjadi sembilu
sembilu rindu yang pilu

bila malam
merenung bulan mengambang
terasa sedih mengigit
suratan yang tak terubah

tiada yang berkunjung ke kamar sepi ini
yang datang hanyalah bayangan malar
kenangan merejam hati
sarat airmataku

merajuklah seorang
didalam kamar sepi
takdir harus diakur
dan aku  pun tak terdaya meratapi lagi

Link FB beliau

Sajak tersebut yang tersiar di Radio SalamFM

Kisah tentang seorang wanita ~ Senyum Dalam Derita

Kisah tentang seorang wanita yang telah kehilangan seisi keluarganya dalam satu malapetaka tetapi masih lagi tersenyum dan tenang.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain ia pasti kerana wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati”, katanya.

Wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang mengetahui hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, ‘Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?’” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu.”

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia telah dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

GAMBAR HIASAN
Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: ”Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat Ibnu Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

SUMBER

Wednesday, November 23, 2011

Komputer Terpakai Untuk Di Jual



Pakej 1 : Dell Optilex 745 - RM550 (CPU Sahaja)

Spesifikasi :-

Intel Core 2 Duo 2.3GHz
1GB Of RAM DDR2
80GB Sata HDD
DVD Rom
Buit In Network Adapter
Built In Intel® Graphics Media Accelerator 3000 / PCI Express x16 graphics card (Ready)
Buit In ADI 1983 High Definition Audio


Pakej 2 : Dell Optilex 520 - RM450 (CPU Sahaja)


Spesifikasi :-

Intel Pentium 4 3.0GHz
512MB Of RAM
80GB HDD
Buit In Network Adapter
Built In VGA
Buit In Audio



Tidak termasuk dengan harga post.
Penghantaran di buat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor Sahaja.

Jika berminat sila Hubungi (SMS) - 012-555 0546 (Omar)

Terima Kasih

Tuesday, November 22, 2011

Darth Vader (STAR WARS) menuntut sebidang tanah

KIEV, Ukraine - Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin

Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu.

"Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan.

"Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat.

"Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader," tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang.

Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine.

'Darth Vader' menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar.

Gelagatnya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube. - AFP



SUMBER

Nabi Sulaiman A.S. dan Seekor Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman A.S. dikala itu sedang mengalami musim kemarau  yang begitu panjang. Hujan sudah lama tidak turun membasahi bumi.

Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Nabi Sulaiman A.S. mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan agar memohon kepada Allah S.W.T. supaya menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Baginda Nabi Sulaiman A.S. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di sebuah padang untuk berdo'a memohon kepada Allah S.W.T, memohon agar musim kemarau itu berakhir dan hujan segera turun.
GAMBAR HIASAN

Sunday, November 20, 2011

Daging Dendeng

Menerima Tempahan Daging Dendeng

Harga
1/2 Kg - RM 24.00
1 Kg - RM 46.00
(Tidak termasuk harga POS
/ PENGHANTARAN boleh dibincangkan)



Yang berhajat, boleh di hubungi  ;

Isa - 019 262 4298
Miza - 014 322 3989





Saturday, November 19, 2011

Alat untuk angkat OKU naik Kereta

Satu masa dulu, pernah seorang pelajar meminta saya memberi cadangan alat keperluan OKU yang masih belum ada. Sayapun memberikan cadangan seperti di link berikut ;


KLIK - Jawapan untuk Soalan - 2


Saya pun melakarkan satu lakaran untuk menggambarkan apa yang terfikir di fikiran saya tetang betapa perlunya alat tersebut pada OKU kategori seperti saya. Turun naik kenderaan adalah satu perkara yang sangat susah pada saya.






Hari ini, ketika saya sedang meng'google' gambar-gambar untuk menyiapkan Video Info OKU yang tersiar di SalamFM, saya terjumpa video ini. Rupanya dah ada lama dah. Video di upload tahun 2008, alat itu ada mungkin lebih awal dari itu.
Malangnya mungkin tiada di Malaysia kerana MUNGKIN kemampuan OKU-OKUnya hanya di tahap PENERIMA SUMBANGAN TEGAR LAGI. Bila la kerajaan nak sediakan PELUANG PROJEK BERASINGAN untuk peniaga-peniaga OKU. Dengan perniagaan saya percaya OKU akan keluar dari dunia 'PEMINTA-MINTA' sepanjang masa.


Manakan tak boleh, meniaga LEMBU pun boleh dapat jutaan ringgit. kalaulah di beri peluang pada OKU ini peruntukan projek, tentu mereka ada kerja dan perniagaan mereka hidup. Tak semua OKU sama kemampuannya....


KLIK UNTUK TONTON VIDEO SUARA HATI OKU

-
~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 
-

Friday, November 18, 2011

Apabila Allah menarik 2 nikmat....

Sangat terkesan apabila saya mendengar pesanan yang telah diberikan oleh Ustaz ini.

Saya kongsikan buat rakan2...




Semuga kita sama-sama dapat mengambil iktibar ilmu dari Video ini...

Salam...

Indahnya Allah menyusun kehidupan makhluk...

LIHAT GAMBAR2 HAIWAN INI
MENGADUN DAUN INI DENGAN
KREATIF DI PENGHUJUNG
ARTIKEL INI
Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.

1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.

Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.

2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.

Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

Thursday, November 17, 2011

Puisi ~ Amanat Tongkat Putih

Yang tersiar di radio SalamFM.  Saya upload dan kongsikan buat rakan2.

Wednesday, November 16, 2011

Kebenaran Mukjizat Al-Quran (Bah - 2)

3. - Teori Perantaian Makanan


4. - Penemuan Sungai di Dasar Laut


5. - Pertembungan Dua Sungai dan Laut


6. - Kisah Seorang Kapten Kapal Laut Memeluk Islam kerana Al-Quran


7. - Cantiknya Allah menyusun perkembangan JANIN dalam perut seorang IBU


8. - Rahsia Penciptaan Serangga Kelip-kelip@kunang-kunang

Gambar



Monday, November 14, 2011

Video Hantu

Salam.

Seorang rakan telah memberikan saya sebuah Rakaman di mana beliau telah ter 'rakam' satu Makhluk yang aneh dan menyeramkan.

Saya susun semula untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan.

Saya meminta maaf kerana ada rakan yang mengatakan kerja saya sebelum ini, mengajak orang kepada mempercayai perkara karut dan khurafat.

LINK VIDEO SEBELUM INI

Saya harap lihatlah dulu keseluruhan Video yang saya edit ini, sebelum menuduh saya sebagai penyebar cerita-cerita tahyul.

Namun, saya tetap meminta maaf kepada sesiapa juga rakan-rakan yang tidak menyukainya.  Saya kongsikan buat rakan2 yang mencari 1 kepastian bagi membina satu keyakinan dalam kebenaran.



Terima kasih...

Saturday, November 12, 2011

ZIARAH ASNAF BAITULMAL MAIWP

Seorang anak saudara suruh saya cari maklumat tentang Permohonan Kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tetiba jumpa gambar-gambar ni...





Kemudian pihak Baitulmal telah menziarahi rumah Encik Omar bin Abdul Aziz, seorang OKU di bahagian kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan beliau. Beliau turut menyara isteri dan 5 orang anak di mana salah seorang anak beliau juga adalah golongan OKU di bahagian kaki. Namun, beliau tetap berusaha gigih untuk membuka perniagaan cyber-cafe secara kecil-kecilan di bawah blok rumah PPR yang didiaminya ketika ini.

SUMBER

Saturday, November 5, 2011

Salam Ei'dul Adha

Kepada semua sahabat-sahabat, di ucapkan Salam I'dul Adha dan selamat menjalankan Ibadah Kurban...






Thursday, November 3, 2011

WANITA TUKANG CUCI

Sebuah kisah yang saya kongsikan dari sahabat negara jiran, Indonesia yang membuatkan tanpa sedar air mata saya turut mengalir seperti mana mengalirnya air mata sahabat ini. Minta maaf jika alih bahasanya agak kurang memuaskan....




GAMBAR HIASAN
Kisah ini terjadi seingat saya sekitar saya 1995. Memang sudah cukup lama, namun setiap kali ingin menyambut I’dul Adha saya sering teringat pada sebuah peristiwa yang pernah saya alami ini. Hingga saat ini saya tidak pernah dapat melupakannya.

Ketika saya berniaga bersama kawan-kawan (kami ber empat ketika itu), kami mengeluh sedikit, kerana sudah tiga hari kami mencari pelanggan, baru enam ekor yang terjual.  Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Biasanya sudah berpuluh ekor laku terjual.  Tetapi kini, hari raya sudah hampir tiba dan tinggal dua hari sahaja lagi. Kami memang merasa amat risau dengan keadaan itu.  Ketika sedang berbingcang mengenai perkara itu,  salah seorang rakan niaga mengajak saya untuk menunaikan solat Asar di Masjid yang kebetulan berdekatan dengan tempat kami berniaga.

Sesudah selesai solat, saya melakukan zikir dan berdoa, tetapi kali ini saya lebih merayu dan memohon agar Allah permudahkan urusan perniagaan kami.  Dengan penuh harapan,  muga Allah izinkan semua barangan niaga laku dan habis terjual.  Setelah selesai urusan kami menunaikan tanggungjawab,  kami terus kembali ke tempat perniagaan dan kelihatan seorang rakan yang tinggal nampak sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkerumun di tempat perniagaan kami.

Wednesday, November 2, 2011

-KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN-

-KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN-

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

SHARE KANLAH INI DI WALL (DINDING) ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK!


ingat pesanan Allahyarham Tuan Guru Haji Fadhil Noor

Anak itu Amanah ALLAH !




Sumber FB   ---> Himpunan Cerita Sedih

Tuesday, November 1, 2011

Hukum Mengerjakan Haji bagi orang SAKIT/Cacat(OKU)



Gambar Kaabah, M/Haram & Mekah Sejak 1880 (4)


Siri 1: Gambar sekitar 1950an

Kaabah Sekitar tahun 50an
Nampak bezanya, kaabah sekarang dan dulu.....

Siri 2: Semasa Kaabah diserang banjir (1941?)


Apa Ada Dalam Kaabah (3)

PELAN KAABAH

TANGGA DALAM KAABAH.Anda tentu telah lihat pintu warna emas. Melalui pintu ini lah ada tangga yang membolehkan sesiapa sahaja untuk naik ke bumbung bagi kerja-kerja mengganti Kiswa.
ATAS BUMBUNG. Ada pintu bumbung juga .




>

Apa Ada Dalam Kaabah (2)

GAMBAR-GAMBAR KAABAH

PEMANDANGAN KAABAH DARI SATELLET (Atas)

PEMANDANGAN KAABAH HAMPIR DEKAT

GAMBAR KAABAH TERDEKAT

GAMBAR ANTIK KAABAH

Apa Ada Dalam Kaabah (1)


APA ada di dalam Kaa'bah? Hanya orang-orang tertentu saja yang dibenarkan masuk ke dalam Kaa'bah. Pintu Kaa'bah sendiri hanya dibuka 2 kali setahun iaitu sebelum Ramadhan dan sebelum musim Haji. Jadi tidak ramai yang tahu tentang isi bangunan yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia ini.

Pemegang kunci Kaa'bah, Syeikh Abdul Qadir mengatakan lantai Kaabah dibuat dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna Hijau, emas, perhiasan, dan pintu taubat. Pintu ini dibuat daripada emas.


Beliau mengungkapkan di dalam Kaabah terdapat sebuah jubin berwarna gelap yang merupakan tempat Nabi Muhammad meletakkan kepalanya ketika letih. Terdapat pula Sejumlah lampu dari zaman Empayar Ottoman dibuat dari tembaga, Perak, dan gelas berhiaskan ayat-ayat Al-Quran.

Saturday, October 22, 2011

Infak dan Sedeqah

Assalamualaikum.


Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

Hadis Riwayat Thabrani

JOM NGAJI adalah satu usaha dari saya untuk memudahkan sahabat-sahabat semua membaca AlQuran dengan panduan bacaan Qari dan Imam terkemuka, dimana saya editkan tulisan yang mudah dibaca dan meletakkan panduan garis untuk panduan hukum dan cara bacaan agar mudah diikuti.

JOM NGAJI kelolaan Sahabat OKU beroperasi tanpa tajaan mana-mana pihak dan berharap dengan bantuan DERMA/INFAK semua pihak kami dapat meneruskan usaha Projek Sahabat OKU ini.

Kami mengalu-alukan para DERMAWAN dan sahabat semua sudi bersama-sama kami menyumbang sedekah/infak bagi menjayakan dan memastikan kelangsungan projek ini.

Nama : OMAR BIN ABDUL AZIZ
Akaun No : 164 017 121 521
Bank : Maybank
Tel : 012 555 0546

atau ;

Nama : Omar bin Abdul Aziz
Akaun No : 141 022 989 660 9404
Bank : BSN
Tel : 012 555 0546

Kita mengharapkan dengan sedekah ini juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah. Oleh itu, janganlah takut untuk memberi sedikit rezeki kepada saya, kerana saya juga adalah golongan asnaf (penerima zakat) yang juga seorang OKU TEGAR. Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kelebihan rezeki yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki. Jom sama-sama turut serta dengan ikhtiar dakwah JOM NGAJI. Semoga kita adalah sebahagian hambaNya yang gemar memberi. Amin.

Semuga semuanya beroleh keredhaan dan keberkatan Allah, InsyaAllah
Terima Kasih.

OMAR ABDUL AZIZ
Tel : 012 555 0546

Sunday, October 16, 2011

Suara OKU - Salam FM

Saya copykan semua apa yang di tulis oleh penulis BLOG ini untuk dikongsikan bersama.





SUMBER

Sunday, October 16, 2011


Apabila OKU Mula Bersuara

Omar Abdul Aziz
Kehidupan warga yang bergelar Orang Kelainan Upaya atau lebih dikenali sebagai warga OKU tidaklah setabah dan seceria orang biasa walaupun kadang-kadang terdapat sebahagian daripada mereka ceria seperti tiada apa yang berlaku.


Jauh di sudut hati pasti tercetus sedikit perasaan hiba dan sedih walaupun secara kasarnya orang melihat mereka mendapat apa yang mereka inginkan tanpa merasa pedih hati mereka.


Setiap detik dan setiap inci pergerakan yang mereka lakukan memerlukan tenaga dan semangat yang berganda-ganda berbanding dengan manusia normal walaupun hanya mengambil secebis kertas ataupun hanya bergerak untuk mengalihkan badan daripada suatu tempat ke suatu tempat walaupun jaraknya hanyalah beberapa meter. Tahap keperluan kalori dan tenaga yang diperlukan adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan manusia normal.


Setiap level kehidupan mereka memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkan kejayaan seperti warga normal. Andai ketidak upayaan tersebut bermula sedari kecil, sedari kecillah pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi lebih-lebih lagi apabila berusia tujuh (7) tahun. Andai kanak-kanak biasa tidak mengalami masalah untuk bersekolah di mana-mana, tetapi tidak bagi kanak-kanak warga OKU, perkara itu tidaklah semudah yang disangkakan.


Pelbagai 'kerenah' perlu dilalui hanyalah untuk melayakkan diri bergelar sebagai seorang pelajar. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk berdepan dengan pelbagai permasalahan tersebut, pasti kanak-kanak OKU dibiarkan di rumah tanpa pembelaan sewajarnya. Dan jika hal ini berlaku, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada penjaga kanak-kanak OKU tanpa mengetahui tekanan yang terpaksa dilalui oleh mereka.


Permasalahan berterusan lebih-lebih lagi untuk melepasi setiap level kehidupan. Contohnya level daripada bergelar pelajar sekolah rendah, berganjak menjadi pelajar sekolah menengah, kemudian ke matrikulasi/ STPM, dan seterusnya ke peringkat universiti.


Cabaran yang lagi hebat menunggu apabila melepasi dunia pelajar.. Golongan OKU amat sukar untuk diterima menjadi pekerja di sektor-sektor kerajaan dan di sektor-sektor swasta. Andai ada hanyalah sebilangan kecil sahaja daripada mereka dan yang selebihnya mengganggur di rumah seolah-olah menunggu "panggilan" daripada Ilahi.


Andai ada yang diterima bekerja, hanyalah beberapa peratus sahaja daripada mereka secara keseluruhan. Apa yang dibicarakan oleh kerajaan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 1% daripada kakitangan mereka dalah daripada kalangan warga OKU hanyalah ritorik semata-mata.


Tidak kurang juga yang diterima bekerja tetapi diberikan kerja yang tidak sepatutnya dan dengan gaji yang tidak masuk akal. Tetapi disebabkan tiada pilihan, maka golongan ini terpaksa memberi peluang untuk "diambil kesempatan" memandangkan terlalu sukar untuk mendapat pekerjaan.


Andai terdapat yang 'terlebih usaha' daripada yang 'lebih usaha', mereka akan mencuba membina kerjaya sendiri seperti berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka kedai 'top up' atau kedai kecil di tepi rumah, berjualan secara kecil-kecilan di dunia maya, mengambil upah memasak, ataupun belajar kemahiran seperti menjahit pakaian.


Bunyinya agak mudah, tetapi tidaklah semudah kita menaip di facebook, menaip di blog dan tidaklah semudah kita membaca artikel ini.


Kadang-kadang usaha mereka lakukan tidak setimpal dengan perolehan yang mereka dapat disebabkan oleh pelbagai cubaan dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi serta ketidak upayaan mereka untuk bersaing dengan orang normal demi mendapatkan sesuap rezeki.


Kekangan demi kekangan terpaksa mereka tempuhi dan kebanyakan daripada mereka tidak berani tampil menyuarakan permasalahan mereka kerana tiada siapa yang akan membantu walaupun di dada-dada akhbar, di tv-tv heboh diperkatakan mengenai keisitimewaan yang bakal diperolehi oleh warga OKU.


Hanya mereka sahaja yang sedar, dan rasa serta mengetahui bahawa apa yang dihebohkan tersebut hanyalah untuk mengaburi mata di bawah sedar masyarakat sekeliling bahawa nasib golongan OKU terbela.


Untuk mendapatkan hak-hak keistimewaan bukanlah seperti mengunyah kacang di dalam mulut. Tetapi perlu menempuhi pelbagai prosedure dan kerenah birokrasi yang memakan masa bertahun-tahun dan memerlukan tenaga dan upaya untuk turun naik di jabatan-jabatan tertentu semata-mata untuk mendapatkannya.


Bagi yang kuat, mempunyai sokongan dan kemudahan akan berjaya memilikinya tetapi bagaimana pula bagi yang lain-lain yang sukar untuk bergerak ke mana-mana apatah lagi untuk pergi berulang alik ke jabatan-jabatan hanyalah untuk mendapatkannya?


Andai mereka mempunyai duit dan sumber pendapatan, pasti akan berusaha mendapatkannya dengan prosedur seperti manusian normal yang kurang kerenahnya dan memerlukan masa yang singkat berbanding untuk melalui procedur warga OKU yang lebih bersifat membantutkan.


Ikuti wawancara bersama salah seorang warga OKU, En Omar Abdul Aziz (44 tahun), salah seorang warga OKU yang tabah yang sekarang giat menjalankan perniagaannya yang berkaitan dengan perniagaan komputer. Dan di bawah setiap video tersebut tertulis siratan wawancara beliau bersama DJ Radio Salam FM dalam rancangan Suara Insani.




Kekuatan semangat perlu menjadi suatu teras kepada usaha yang dilakukan dalam perniagaan ataupun meneruskan kehidupan sebagai warga Kelainan Upaya untuk menjadi orang yang turut sama berjaya dalam kehidupan yang mana telah Allah bentangkan di atas dunia ini dengan pelbagai nikmat yang disediakan untuk kita bersama.


Siapa pun kita.. tidak kiralah kita lebih upaya atau kurang upaya.. di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala hanyalah takwa yang menjadi penilaian-Nya.


Usaha dan kegigihan untuk menjadi maju biarpun terpaksa mengharungi seribu satu cabaran cukup membuatkan kita kagum dan berasa betapa hebatnya Allah Subhanallah yang menjadikan hamba-Nya kurang upaya di pandangan mata tetapi beribu daya semangat hidup.


Personaliti En Omar Abdul Aziz (44 tahun) merupakan seorang anak kelahiran Perak, merupakan salah seorang golongan Orang Kelainan Upaya.


Mengalami kecacatan sejak daripada kecil, kehilangan upaya untuk bergerak dan perlu bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda.


Setelah beliau diberhentikan dengan pencen sebanyak RM190 sebulan, beliau telah menubuhkan sebuah perniagaan yang berkaitan dengan komputer seperti perkhidmatan membaiki komputer, mengadakan kelas komputer, jual komputer dan sebagainya.


Beliau telah merangka beberapa strategi untuk memastikan beliau tidak semata-mata menjadi orang yang menerima bantuan sepanjag masa.


Jadi untuk merubah kepada ke arah berusaha dan berdikari, beliau telah menyediakan beberapa plan tindakan di mana walaupun terpaksa berdepan dengan persaingan hebat, namun beliau tetap meneruskan usaha dengan harapan ia tetap akan berjaya.
Adat perniagaan, ada kalanya naik dan ada kalanya jatuh meruncing.


Beliau turut cuba mendapatkan dana-dana daripada orang ramai untuk menaja pelajar-pelajar, anak-anak OKU, dan anak-anak orang warga kurang berkemampuan dan menggunakan dana tersebut dengan mengadakan kelas-kelas bagi mereka serta turut menampung bayaran-bayaran serta sewa dan tuntutan-tuntutan bil untuk meneruskan perniagaan beliau dalam usaha untuk hidup berdikari.




Segagah nama Khalifah Islam, Umar Abd Aziz, semangat dan kekuatan turut mengalir ke dalam diri En Omar Abdul Aziz.


Beliau tidak pernah kalah dengan keadaan yang beliau tempuhi dan alami. Seperti insan lain, beliau mempunyai impian dan cita-cita, juga perasaan yang membolehkan beliau melalui kehidupan ini tanpa merasa erti kekurangn kerana cabaran yang beliau hadapi tidak pernah mengenal siapakah beliau.

Dalam pada itu, beliau tidak pernah jemu untuk menghantar surat dan permohonan kepada pihak yang berwajib untuk memohon supaya mereka mempertimbangkan peluang-peluang perniagaan untuk diberikan kepada golongan-golongan peniaga warga OKU.

Contohnya kerja-kerja baik pulih komputer bagi jabatan-jabatan kerajaan dan 10% atau 20 % daripadanya disalurkan kepada golongan OKU tanpa melalui kerenah birokrasi yang terlalu banyak yang kadang-kadang tidak mampu untuk disediakan oleh warga OKU.

Contohilah acara sukan sukan olimpik, mereka pisahkan dengan sukan paralimpik semata-mata kerana mereka ingin melihat kedua-dua pihak samada peserta sukan yang sihat ataupun peserta sukan warga OKU turut akan merasai kemenangan walaupun dengan cara yang berbeza.

Dalam sukan, perkara ini boleh diasingkan dan tidak mustahil dalam usaha untuk mencari nafkah dan rezeki juga pihak penguasa atau yang berkuasa boleh memikirkan sesuatu untuk membantu golongan warga OKU. Sekurang-kurangnya mengurangkan prosedur yang perlu dilalui untuk memberi keringanan dan kemudahan kepada mereka untuk hidup berdikari tanpa perlu menagih simpati sesiapa.

Memberi sedikit peruntukan kepada warga OKU untuk berniaga membolehkan mereka ini mendapat sedikit sinar dan harapan agar perniagaan yang mereka usahakan boleh mereka jayakan dan mereka jalankan dengan lancar. Warga OKU memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak untuk bangkit menyahut cabaran dunia kehidupan yang banyak rencah kerenahnya.

Untuk membiarkan OKU berdiri sendiri, berusaha sendiri tanpa memberi sedikit suntikan dan bantuan menyulitkan lagi kehidupan mereka. Adalah tidak adil sekiranya pihak yang berkuasa membiarkan golongan OKU untuk berusaha dengan kudrat yang terbatas untuk bersaing dengan golongan orang biasa yang jauh lebih gah untuk maju.

Andai diberi kerjasama, diberi bantuan, diberi peluang kerja, warga OKU akan mampu berjalan seiring dengan peniaga-peniaga lain yang sempurna untuk berjaya dalam dunia perniagaan kerana mereka hanya memerlukan sedikit suntikan untuk turut duduk sebaris bersama-sama dengan peniaga lain.

Semoga luahan rasa yang beliau lontarkan menerusi ruangan ini mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak yang berkenaan. Moga menggamit keprihatinan masyarakat terhadap golongan Kelainan Upaya yang juga mempunyai keinginan untuk hidup berdikari.

Kepada Warga OKU di luar sana yang ingin berkongsi cerita duka, hantarkan atau hubungi :

Penerbit Salam Insani,
Bahagian Media JAKIM,
Aras 3 Blog D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62519, W.P Putrajaya, Malaysia.
Nukilan : LadyBird's Life  


LINK BERKAITAN