Friday, August 5, 2011
Jangan buang TETIKUS yang rosak !!!
Mouse itu boleh digunakan lagi untuk tujuan selanjutnya selepas ia tidak berfungsi lagi di komputer anda.
Selamat Mencuba !!!
Thursday, August 4, 2011
SUP DAGING Power
Assalamualaikum
Di Bazar Ramadhan PPR Laksamana, ada SUP DAGING istimewa di sediakan untuk tetamu yang tidak berkesempatan untuk menyediakan juadah berbuka.
Selalunya pada bulan-bulan yang lain, kebiasaan pada hari Jumaat, orang dari jauh dan dekat akan datang ke Masjid Jame' Alam Shah, Jalan Tun Razak berhampiran Pasar Pudu KL, sebelum solat jumaat, mereka akan 'pekena' sup daging masakan Wak Sururi di kedai makannya yang berhampiran dengan masjid tersebut.
SUP ni memang power dan sedap!
Jika sahabat-sahabat ingin menyajikan juadah berbuka, bolehlah singgah di Bazar Ramadhan PPR LAKSAMANA Jalan Peel KL, ada gerai sup tersebut di situ... Banyak lagi makanan yang di sediakan di gerai-gerai lain. Jemputlah.
Selamat Melengkapkan Ibadah Puasa anda dengan juadah yang disediakan.

Sunday, July 31, 2011
Selamat Datang ke Bazar Ramadhan PPR Laksamana
Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Berbuka
Untuk mengelakkan kesesakan lalulintas, tetamu-tetamu boleh meletakkan kenderaan dalam kawasan Flat yang amat berhampiran dengan tapak perniagaan.
Thursday, July 28, 2011
Kelebihan bulan Ramadhan
"Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)
Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)"

selanjutnya
Berpegang Teguh Pada Hukum Allah
![]() |
| Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah |
selanjutnya
Wednesday, July 27, 2011
Salingsapa - Kita serumpun
Assalamualaikum
Ada diantara segelintir kawan-kawan tidak suka malah memarahi bagi sesiapa yang punya akaun Facebook.
Memang tidak dapat dinafikan memang ada keburukan yang bakal terjadi jika Facebook digunakan secara melampau dan tiada batas panduannya.
Antaranya pandangan yang di lontarkan oleh kawan-kawan dalam ruangan laman forum
tranungkite
Jadi saya tunggu-tunggu juga para-para cerdik pandai IT dari Malaysia yang akan membina 1 laman sosial yang bukan Facebook. Mungkin saya belum terjumpa atau mereka rasa tiada bekepentingan untuk mengujudkan laman seperti ini.
Dalam pada itu, saya terjumpa sebuah laman sosial yang mungkin boleh menjadi alternatif pada orang Islam. Dalam laman tersebut disediakan streaming ceramah, nasyid dan lain-lain yang boleh membawa kepada satu unsur yang baik.
Namun ianya dibina oleh rakan se islam dari negara jiran Indonesia. Kalau Facebook kita ada akaun, saya rasa lebih elok kita menggunakan SalingSapa (Berteman dalam dakwah) untuk mencari kawan atau sahabat ke arah yang baik dan tidak keterlaluan. Lagipun kitakan serumpun...
Klik Untuk Daftar

Tuesday, July 26, 2011
Monday, July 25, 2011
Kisah IBU yang menyentuh hatiku
IBU MITHALI
![]() |
| Gambar Hiasan |
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?
Friday, July 15, 2011
Mendoakan Keluarga atau Sahabat Yang Sedang Sakit
Thursday, July 14, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Doaku Atas Persahabatan Kita…
Perumpamaan persahabatan yang murni:
Bagaikan tangan & mata,
Ketika tangan terluka,
Mata turut mengalirkan air mata,
Ketika mata menangis tangan akan mengusap air mata tersebut.
Semoga begitulah hendaknya dengan persahabatan ini....
Amiin....

| DI IZINKAN |
Apabila kamu hendak bersahabat dengan seseorang maka tunggulah sampai dia marah,
Bila dalam keadaan marah dia tetap berlaku adil padamu,
Maka bersahabatlah anda dengannya,
Tapi kalau ianya tidak berlaku, maka berhati hatilah anda padanya...
Muga persahabatan membawa kebaikan di dunia hingga ke akhirat, InsyaAllah... aKu OkU.
Sunday, July 3, 2011
Tak sempat nak ucap SALAM pada Mazidul Akmal Sidik
Petang 3 Julai 2011, saya ada berbalas komen dengan rakan Facebook, iaitu Tuan Mazidul Akmal Sidik. Dalam sedang memberikan komen berdasarkan apa yang tersirat di hati saya, datang komen bertulis " Oku, bye bye! Pergi merepek kat wall awk yer, tolong " (di gambar no 5). Saya pun atas rasa menghormati hak masing-masing, inginlah mengucapkan السلام عليكم dan maaf lebih kurang atas pandangan yang di berikan sebagai komen terakhir saya, kerana menjangkakan Tuan Mazidul akan DELETE atau BLOCK saya. Belumpun sempat saya menghantar KOMEN akhir tersebut, rupanya benarlah apa yang saya jangkakan. (Lihat gambar No. 6)
Jadi saya sampaikan ucapan salam itu di BLOG saya ini, jika ada teman-teman dan rakan-rakan yang boleh menyampaikan pada beliau...
" السلام عليكم dan maaf lebih kurang atas pandangan yang di berikan "
Saya abadikan komen ini sebagai kenangan kerana begitu tingginya pada saya nilai kita berkawan apatah lagi nilai persaudaraan.
![]() |
| 1 |
![]() |
| 2 |
![]() |
| 3 |
![]() |
| 4 |
![]() |
| 5 |
![]() |
| 6 |
Terima kasih.
Wednesday, June 29, 2011
Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj
Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi ke syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.
Kesempatan di bulan Rejab ini, PMRAM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan di bumi Mesir.
Di samping kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Tuesday, June 21, 2011
Persiapan Raya? Sempatkah kita bertemu kedatangan Ramadhan...
Saya panjangkan apa yang telah di tulis oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz di dalam blognya untuk turut sama merasai apa yang dirasakan oleh para sahabat yang begitu gembira dan menanti-nantikan kehadiran Ramadhan dan menangis apabila berakhirnya Ramadhan.
Ramadhan, kami pasti akan menunggu kedatanganmu yang telah hampir ini. Ya Allah, panjangkanlah umur kami untuk kami bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah ini. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Berdoalah agar kita sempat untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini...
KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK MEMBACA CORETAN USTAZ HISHAMUDDIN

"Ramadhan Terakhirkah Ini?
Sunday, June 19, 2011
SYURGA Depan MATA, DUNIA di bawah DAGU
17 Jun 2011 - Pada petang sehari sebelumnya, tiba-tiba saja saya dan isteri di undang untuk menjadi tetamu di rancangan semanis kurma TV9. Tanpa membuat persediaan, pagi itu TV9 datang mengambil gambar di rumah dan kedai yang saya sewa dari pihak DBKL. Malamnya saya dan isteri bergeras ke studio untuk memenuhi undangan dengan hati yang berdebar-debar dan tanpa sebarang persediaan yang lengkap.
Di awal temuramah, tanpa disedari aku menitiskan air mata kerana merasa amat tersentuh apabila melihat seorang suami yang juga seorang ayah walaupun berusia lanjut tetapi tetap tabah menjaga, melayani serta menguruskan kehidupan seharian isterinya yang sakit dan seorang anak yang cacat. Mereka masih tersenyum menempuh ujian Allah dengan penuh redho dan tabah...
Sebaliknya apa yang berlaku padaku adalah sebaliknya, dimana aku amat mengharapkan pengorbanan seorang isteri dan anak-anak untuk membantuku meneruskan kehidupan seharian untuk aku terus menghirup ni'mat pernafasan sebagai seorang suami dan ayah.
Aku sendiri terkejut dengan kata-kata isteriku yang membuatkan aku semakin yakin untuk menggagahi hidup ini sebagai seorang suami dan ayah walau dalam keadaan aku begini menjadi Insan yang dipilih oleh Allah SWT untuk diujikan dengan kesakitan ini.
Semuga Allah menyediakan semanis-manis ganjaran untuk kalian isteri dan anak-anakku. Kepada Abah dan Emak, terima kasih atas jasa kalian, bukan sahaja abah dan emak telah membesarkan aku hingga aku sebesar begini, tetapi dengan ilmu Allah yang Abah bekalkan membuatkan aku hari ini, mampu meneruskan hidupku sebagai seorang bapa walau tidak sesempurna bapa-bapa lain.
SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA....
Bacalah2
Subscribe to:
Posts (Atom)