Monday, July 29, 2013

RAMADHAN ~ Puisi


Ramadhan datang lagi...
menyapa aku menyahut cintaMu
membasuh dosa-dosa
memberi nikmat dan syafaat
aroma bulan suciMu gegarkan rongga hatiku
dinginkan gersang jiwaku
Ya Allah....
aku melangkah ke gerbang suciMu...
bersujud dan bermunajat
tanamkan taqwa dalam sukmaku
menyubur jiwa
seiring detakmu Ramadhan...
Allahhurabbi...
sepi kini satu keindahan
malam mewangi kasturi
semailah benih2 kesabaran, keikhlasan
airmata jadilah mutiara
jadikan sujudku sebagai kenikmatan cinta
seorang hamba...

Surah Al-Insyirah




Surah Al-Insyirah

Adalah Surah yang  ke-94 dalam Al Quranul-kareem
Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

Sunday, July 28, 2013

Kata-kata Hikmah Al-Marhum Sheikh Ali Al-Tantawi....

Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh Ali al-Tantawi;


لَا يَلَْزَمُ أَنْ تَكُوْنَ وَسِيْما لِتَكُوْنَ جَمِيْل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

Saturday, July 27, 2013

TAUBAT


Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t.

Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :



  1. Menyesal
  2. Menginsafi
  3. Berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
  4. Beristighfar memohon keampunan Allah SWT
  5. Beramal kebajikan
  6. Mensyukuri nikmat Allah SWT
  7. Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat



Friday, July 26, 2013

NUZUL AL-QURAN Dan Lailatul Qadar


Oleh;  Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata  'al-Quran mukjizat akhir zaman' atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.

Thursday, July 25, 2013

Koleksi Wallpaper Ramadhan ~ sharing is caring ~





Suami Yang Tidak Tampan..


Seorang lelaki buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita.

Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.

Si suaminya terpaku dan merenung isterinya..

IBU TERCINTA




Pernah aku ditegur ibu... Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarahi...  Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu... Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk... Katanya aku manja
Pernah aku melawan... Katanya aku degil
Pernah aku menangis... Katanya aku lemah

Sabahatku ...

❤... JIKA SAAT INI ...❤

Kamu sedang tersenyum,
Semoga senyuman itu menjadi ibadah..

Kamu sedang marah,
Semoga kemarahan itu tidak melampaui batas..

Kamu sedang sedih,
Semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa..

Kamu sedang letih,
Semoga keletihan itu menjadi penggugur dosa..

Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu..

Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidupmu selalu..

❤ Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiiN ❤


Monday, July 22, 2013

Doa 01


❤ Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.”

❤“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”

AMBILLAH MASAMU SAHABATKU


Ambillah masa untuk tersenyum,
Senyuman itu penawar bagi jiwa,
Ambillah masa untuk bersahabat,
Inilah jalan ke arah kebahagiaan,
Ambillah masa untuk berkasih-sayang,
Inilah kurniaan Ilahi untuk hamba-hambaNya.

Ambillah masa untuk solat,
Solat itu kuasa yang paling berkesan mencegah kemungkaran,
Ambillah masa untuk bermain,
Bermain menjadikan kita sentiasa cergas,
Ambillah masa untuk bersedekah,
Hidup kita terlalu singkat untuk kepentingan diri semata-mata.

Ambillah masa untuk berfikir,
Fikiran itu sumber kekuasaan,
Ambillah masa untuk membaca,
Membaca itu asas kejayaan,
Ambillah masa untuk bekerja,
Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha



BERAMAL -->  http://omarbinabdulaziz.blogspot.com/

Menangislah sahabat


Sekadar ingatan...


Menangislah sahabat,

Kerna air mata adalah bicara yang terindah...


Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...

Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...

Bersahabat untuk sebuah kekuatan...


Wahai sahabat2ku....

Renungkanlah...

‎~✿..Kadang-kadang kita TERTANYA dan MEMPERSOALKAN kenapa kita diberi UJIAN yang BERAT sebegitu sekali sehingga kita TERLUPA pada siapa yang perlu kita MENGADU segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali KEKUATAN kita..


Sunday, July 21, 2013

Kenapa ALLAH tidak letakkan mata 1 dihadapan dan satu di belakang ?


Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun

Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.

Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.

Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”

“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.

Saturday, July 20, 2013

Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu



Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”

(Asy-Syahid Hassan al-Banna)



Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..



Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..

Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..

Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..


JANGAN SEKALIPUN LUPA, MAUT AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA SAHAJA


Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan. 
(Surat al-Jumu'a: 8)

Semua perkara yang kita lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda hidup di dunia ini akan pasti suatu hari nanti mati, sebagaimana berjuta-juta manusia yang hidup sebelum kita. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur'an yang berbunyi, “Setiap manusia akan merasai mati...” (surah al-Anbiya': 35). Melupai kepastian ini menandakan kurangnya kesedaran. Manusia tidak dapat lari daripada maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.


Ingatlah, kecantikan, glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang kematian seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba mengelak daripada memikirkan hal kematian dan cuba melupakan perkara ini. Tetapi, hanyalah penipuan terhadap diri sendiri. Oleh sebab itulah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) juga mengingatkan orang-orang beriman supaya “selalu ingatkan mati” (Tirmidhi). Samada kita memikirkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini atau tidak, maut pastinya datang kepada kita:

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya. (Surah Qaf: 19)


Baris-baris ini mesti mengingatkan kita betapa dekatnya kematian itu. Namun, cuba fikirkan perkara ini dengan lebih mendalam; siapa tahu, mungkin maut datang menemui kita sebelum kita sempat untuk menghabiskan buku ini. Oleh itu, ingatlah, kematian adalah sangat dekat dengan kita sebagaimana ia dekat dengan semua orang.

Friday, July 19, 2013

15 Ciri-Ciri Orang Syiah

Penganut Syiah  di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

Tuesday, July 16, 2013

Malu Itu Salah Satu Cabang Iman





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ

وَسَبْعُونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

It is narrated on the authority of Abu Huraira that the Prophet (may peace be upon him) said: Iman has over seventy branches, and modesty is a branch of Iman.

Hadis Abu Hurairah r.a:Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman. 

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang. 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman." 

Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah. 

Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa, biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan. 

Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu. Dan betapa malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah. 

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari) 

Monday, July 15, 2013

Mulianya Wanita Sholihah



Di dunia ini banyak wanita 'public figure' yang menjadi idola masyarakat. Akan tetapi keteladanan mereka kebanyakan hanya berdasar nilai-nilai intelektual, kepribadian dan penampilan fisik. Islam menjadikan nilai moral religius sebagai landasan kemuliaan seorang wanita. Wanita paling utama dalam Islam adalah wanita yang sholihah. Wanita sholihah merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya bagi suami dan keluarga.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ:  يَا مُعَاذُ، قَلْبٌ شَاكِرٌ، وَلِسَانٌ ذَاكِرٌ، وَزَوْجَةٌ صَالِحَةٌ تُعِينُكَ عَلَى أَمْرِ دُنْيَاكَ، وَدِينِكَ خَيْرٌ، مَا اكْتَنَزَ النَّاسُ 

… Rasulullah salallohu alaihi wasallam bersabda kepada Muad bin Jabal:” Wahai Muad, hati yang bersyukur dan lisan yang berzikir dan istri yang sholihah yang dapat membantu atas urusan dunia dan urusan agamamu adalah sebaik-baiknya simpanan manusia.   [Hadist riwayat Baihaki]


Kriteria wanita sholihah menurut Islam adalah:

1 - Menjalankan semua perintah agama dan menjauhi larangannya.

  • Mengerjakan kewajiban agama terutama shalat lima waktu dan puasa Ramadhan dengan tertib dan khusuk.

  • Dapat menjaga kehormatan dengan berpakaian muslimah secara benar, tidak pamer aurat, tidak selingkuh, tidak main api dan tidak berziyna.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  إِذَا صَلَّت الْمَرْأَةُ خَمسها، وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَها؛ وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا: ادخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

…Rasulullah salallohu alaihi wasallam bersabda:”Apabila seorang wanita telah mengerjakan shalat lima waktu dan puasa pada bulan Ramadhan dan menjaga farjinya dan taat kepada suaminya maka dikatakan kepadanya masuklah engkau ke dalam surga dari mana saja pintu yang engkau kehendaki”.   [Hadist riwayat Ahmad]



فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

…wanita yang sholihah adalah wanita yang tunduk dan menjaga dirinya ketika suaminya pergi sesuai dengan peraturan Allah.   [Surat An-Nisa ayat 34]

2 - Wanita sholihah dengan hati ridho dapat membantu tugas-tugas suaminya.



عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ: ” يَا مُعَاذُ، قَلْبٌ شَاكِرٌ، وَلِسَانٌ ذَاكِرٌ، وَزَوْجَةٌ صَالِحَةٌ تُعِينُكَ عَلَى أَمْرِ دُنْيَاكَ، وَدِينِكَ خَيْرٌ، مَا اكْتَنَزَ النَّاسُ 


… Rasulullah salallohu alaihi wassalam bersabda kepada Muad bin Jabal:” Wahai Muad, hati yang bersyukur dan lisan yang berzikir dan istri yang sholihah yang dapat membantu atas urusan dunia urusan agamamu adalah sebaik-baiknya simpanan manusia.    [Hadist Riwayat Baihaki]

3 - Menyenangkan saat dipandang, patuh ketika diperintah suaminya serta tidak menentang.

 أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ؟ قَالَ: الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ، وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ، وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ


  3231  حكم الألباني- حسن صحيح

… manakah perempuan yang paling baik? Nabi menjawab:”Perempuan kalau dipandang suaminya bisa menyenangkan, kalau diperintah bisa taat dan tidak menentang suaminya dalam urusan diri dan hartanya dengan apa-apa yang dibenci oleh suaminya (tidak khianat, tidak menghambur-hamburkan harta)
[Hadist Sunana Nasa'i No. 3231 Kitabu Nikah Bab Ayyunisa' Khoir]

4 - Menjaga Martabat suami dan rumah tangganya

Seorang wanita sholihah tidak membicarakan kekurangan / kejelekan suami dan rumah tangganya kepada orang lain, meskipun kepada keluarganya sendiri.


kredit  -  Pengajian LDII

BERAMAL -->  http://omarbinabdulaziz.blogspot.com


-

Thursday, July 11, 2013

Ayahku mendoakan aku hidup, tetapi aku mendoanya mati



Ayahku mendoakan aku hidup, tetapi aku mendoanya mati

Suatu hari Saidina Umar berjalan memasuki sabuah perkampungan, dari jauh ia melihat seorang lelaki sedang menggendong seseorang tua di belakangnya, sekejap ia duduk, sekejap berlari-lari anak, sekejap ia bermain-main mengeliling lelaki tua itu, sekejap ia berhenti menyuapkan makan ke mulut lelaki itu. 

Melihatkan hal itu Saidina Umar menghampiri lelaki tersebut lalu Saidina Umar memujinya kerana sangat memuliakan lelaki tua itu. 

Kata lelaki itu: 
"Dia ni ayah ku. Usianya telah lanjut, bila aku jauh darinya dia menangis memanggil-manggil aku, sekejap dia minta aku suapkan makanan, lalu aku menyuapnya, kamudian dia minta aku mendukungnya, lalu aku mendukungnya. Dia telah nyanyuk ya Umar.” 

Monday, July 8, 2013

Berselawat


Makna Berselawat:
Makna berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w.  ialah berdoa memohon supaya Allah Taala melimpahkan rahmat menambahkan kemuliaan,  kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w
Maksud dan tujuan berselawat:
Maksud dan tujuan berselawat atas Nabi Muhammad ialah
(1) Mematuhi perintah Allah s.w.t yang tersebut dengan jelas iaitu di dalam ayat 56 Surah  Al-Ahzab yang menyuruh orang-orang yang beriman berselawat dan bertaslim kepada Nabinya, Muhammad s.a.w. 
(2) Menunaikan maksud yang terkandung pada sepotong dari ayat 77 Surah al-Qasas yang memerintahkan kita melakukan kebaikan dan kemurahan sebagai menghargai dan mensyukuri nikmat-nikmat ihsan pengurniaan-Nya kepada kita dan sememang maklum bahawa sebahagian yang terbesar daripada-nya ialah nikmat ihsan-Nya mengurniakan kita seorang Rasul yang teragung, Nabi Muhammad s.a.w.
(3) Mengenang budi dan jasa baik Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak putus-putus sekalipun Baginda s.a.w. telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh sebagaimana sabdanya s.a.w., pada hadis lbn Mas'ud yang diriwayatkan oleh al-Bazzaar yang bererti: "Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa sahaja amal yang aku dapati baik,  aku ucapkan: Alhamdulillah,  dan apa sahaja amal kamu yang aku dapati jahat,  aku :! memohon keampunan Allah untuk kamu."

Sunday, July 7, 2013

Untuk Dya










Banyak lagi di -->  KLIK

PUASA



Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa

  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram

Friday, July 5, 2013

Korban Meninggal Gempa Aceh Jadi 35 Orang


8 orang hilang, 275 orang luka-luka, 4.292 rumah dan 83 bangunan fasilitas umum dilaporkan rusak

Jumat , 05 Jul 2013 13:30 WIB

Skalanews - Korban meninggal akibat gempa bumi berkekuatan 6,2 SR yang mengguncang wilayah Aceh terus bertambah.

Hingga saat ini Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) mencatat 35 orang meninggal dunia, 8 orang hilang, 275 orang luka-luka.

4.292 rumah dan 83 bangunan fasilitas umum juga dilaporkan mengalami kerusakan.

"Dari 35 orang meninggal itu, 9 orang di Bener Meriah dan 26 orang di Aceh Tengah," kata Kepala Pusat data, Informasi dan Humas BNPB, Sutopo Purwo Nugroho melalui pesan elektronik di Jakarta, Jumat (5/7).

Sutopo mengatakan upaya penanganan tanggap darurat gempa Aceh masih terus dilakukan.

ALLAH SWT MENUNGGU DOA HAMBA-HAMBANYA!

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.



Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Doa itu ialah ibadat dan doa itu juga adalah senjata orang mukmin. Allah Subhanahu Wataala memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya berdoa dan memohon kepada-Nya. Di samping itu pula, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri berpesan supaya kita berdoa bersungguh-sungguh. Berdoa itu adalah merupakan pengakuan seseorang hamba terhadap kekuasaan Allah Subhanahu Wataala dan suatu tanda keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah Subhanahu Wataala.

Kenapa Susah Untuk Berhenti Dari Berbuat Dosa ?



BUAT dosa memang seronok.

Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.

Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya.

Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar.