Wednesday, February 4, 2015

ISU OKU TERABAI : PANDANGAN TOK GURU NIK AZIZ, WARDINA SAFIYYAH DAN DR MASZLEE MALIK

Hujung minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang dikurung sehingga kurus kering mendapat perhatian masyarakat dan ramai yang bersimpati dengan nasib remaja malang itu. Ianya masih diperkatakan ramai hari ini.

Pelakon dan aktivis Wardina Safiyyah turut meluahkan pandangannya terhadap isu berkenaan. Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon sitkom Spanar Jaya ini meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara.




“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,”



“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi.  -SUMBER

Manakala, Dr. Maszlee Malik Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi pandangan berikut yang di petik dari akhbar Sinar Harian ;

Pusat Zakat Perlu Tubuh Pusat Peduli OKU

Pusat zakat disarankan agar menubuhkan 'Pusat Peduli' orang kurang upaya (OKU) bagi membela nasib golongan tersebut.

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata apa yang menimpa remaja OKU yang ditemui dikurung dan kebularan di Nilai semalam patut dijadikan pengajaran. -SUMBER

Pandangan penuh beliau terdapat didalam Video dibawah ini ;




Manakala YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mantan Menteri Besar Kelantan pula telah lama memberi saranan seperti berikut ;




Diharapkan dengan adanya kepelbagaian pandangan ini, suatu masa nanti, kehadiran masyarakat OKU di Malaysia akan dapat di perkasakan semaksima mungkin - admin


-
JOM BERAMAL, SKIM TAJAAN OKU - KLIK
-

Apa Komen Anda?

1 comment :

Rahmadanis Erman said...

Assalamualaikum En. Omar,

Sebelum itu saya ingin meminta maaf kerana mungkin saya menghantar kajian saya dalam medium yang salah. Namun saya berharap encik dapat meluangkan masa untuk menjawab soalan kaji selidik saya. Insya-Allah kajian ini mungkin akan membantu encik dan pesakit muscular dystrophy yang lain.

Tuan/Puan/Encik/Cik,

Ini merupakan email rasmi daripada seorang pelajar sarjana muda sains kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Rahmadanis Binti Erman (Tahun 4, pelajar Fisioterapi) mengenai kajian terhadap kesakitan, kelesuan dan kualiti hidup dalam kalangan dewasa dengan Distrofi Otot. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan bagaimana kesakitan dan kelesuan menjejaskan kualiti hidup dalam kalangan orang dewasa dengan Distrofi otot.

Anda dijemput untuk menyertai kajian ini yang diselia oleh Dr. Nor Azlin Binti Mohd Nordin dan diselia bersama Dr. Antoinette Sandra Van Dort, pensyarah di UKM. Tiada risiko yang berkait dengan kajian ini. Dengan menyertai kajian ini, anda akan lebih memahami tentang rasa sakit, kelelahan dan kualiti hidup anda dan bagaimana faktor-faktor ini berkaitan antara satu sama lain.

Kajian ini telah diluluskan oleh Sekretariat Penyelidikan dan Etika, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kod bagi kajian ini adalah NN-159-2014.

Penyertaan anda dalam kajian ini adalah secara sukarela. Untuk faedah bagi populasi Distrofi Otot dan generasi akan datang, kami berharap anda membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Jika anda bersetuju untuk mengambil bahagian, sila dapatkan lampiran untuk soal selidik yang akan memerlukan kira-kira 20-30 minit untuk disiapkan. Penyiapan dan pemulangan soal selidik ini menunjukan persetujuan untuk menjalankan kajian.

Dilampirkan bersama-sama dalam e-mel ini adalah risalah maklumat mengenai kajian ini untuk pengetahuan anda. https://docs.google.com/document/d/1SmWt--rEwO57Oy-stQwEVkLmhkLqoJiQqc03igRUSX4/edit?usp=sharing

Jika anda ingin maklumat lanjut, sila hubungi:
Rahmadanis Binti Erman,
Pelajar Tahun 4,
Program Fisioterapi,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nombor telefon: 017-7083457.

Terima kasih kerana mempertimbangkan untuk menyertai kajian ini.

Untuk memulakan kajian ini, sila isikan maklumat di bawah
http://goo.gl/forms/NHIw8qpI0y