JIKA ADA IKLAN YANG TAK ELOK, KAMI AKAN KELUARKAN. NAMUN MEMAKAN MASA SEDIKIT. HARAP MAKLUM

Monday, February 21, 2011

Pencipta lirik lagu Isabella kembali pada Hidayah Allah

Advertisement

Advertisement

JIKA ADA IKLAN YANG TAK ELOK, KAMI AKAN KELUARKAN. NAMUN MEMAKAN MASA SEDIKIT. HARAP MAKLUM

.
Muhammad Hakim Bin Loqman atau lebih di kenali sebagai Bob Lokman telah mengejutkan banyak pihak setelah beliau merubah pendekatan hidupnya kepada seorang insan yang ingin kembali kepada mencari Hidayah Allah.

Pencipta lirik lagu Isabella yang pernah di popularkan oleh kumpulan Search ini, lebih memeranjatkan apabila beliau secara terang menyertai PAS dan penyerahan borangnya telah di serahkan didalam sebuah himpunan yang telah dianjurkan oleh parti tersebut.



Apapun persepsi, ulasan atau isu yang bakal timbul selepas ini, Bob Lokman perlu menghadapinya dengan tenang dan menanganinya dengan penuh berhikmah. Kembalinya Bob Lokman pada cara hidup yang mengharapkan redha Allah di harapkan akan dapat memberi kesan kepada insan-insan lain bahawa ketenangan dan keindahan dalam melayari hidup ini ada pada redha dan kasih sayang Allah.

Firman ALLAH SWT;
Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (Al Qur'an) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu..(Al Hadid; 9)

Kini Bob Lokman telah kembali pada pimpinan hidayah Allah untuk keluar dari hidup yang diliputi kegelapan kepada cahaya yang terang di bawah pimpinan dan tunjuk ajar para ulama’.
Sudah tentu hidup yang penuh cabaran di dunia yang penuh dengan hiburan yang melalaikan ini, bila seseorang hamba yang ingin kembali pada redhoNYA akan menghadapi beberapa ujian. Siapapun, malah Rasulullah SAW sendiri sering di uji dan melalui mehnah dalam sepanjang jalan dakwah yang beliau lalui.

Rasa insaf saya bila membaca blog Bob Lokman yang banyak mengulas tentang kesedaran untuk kembali pada hidayah Allah dan hakikat untuk kembali kepada redho Allah adalah perkara yang dicari-cari oleh semua insan tetapi kadang-kadang terlindung oleh nikmat hidup yang sementara.

Muga Bob Lokman dan kita semua akan sentiasa bersedia untuk kembali kepada hidup yang terpimpin didalam redho Allah…

SYUKUR PADAMU YA ALLAH…







.

Apa Komen Anda?

No comments :